[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Ahad, April 28, 2013

Kembali bersiaran

Baru je membara semangat nak blogging, handphone pulak hilang.

Baru-baru ni ada rezeki masuk sikit. Aku belikan mama Samsung Note 2 pink sebagai hadiah hari lahir.

Kebetulan yang dirancang, tarikh lahirnya bersamaan dengan tarikh perkahwinan kami. Mudah2an kasih sayang kami kekal ke syurga abadi.

Berbalik kepada cerita blogging, mulai hari ini, jika masa bukan satu kekangan, aku akan kerap bercerita semula. Insha Allah.

Selamat membaca dan happy blogging!

Rabu, Januari 16, 2013

Demam

Satu rumah demam. Yang paling teruk si abril asyraaf. Kesian.

Rabu, Januari 02, 2013

Hari Pertama Si Ultraman

Hari ni budak Ultraman masuk Taski ABIM. Senang jugak nak bangunkan dia pagi tadi. Semangat hari pertama kot.

Tapi bila sampai sekolah, duduk menongkat dagu pulak. Bosan ke Ultraman sebab tak dapat gunakan kuasa? Hehe..


Harap esok dan hari-hari seterusnya dia bersemangat macam hari ini jugak :)

Khamis, Disember 27, 2012

Check-up 2 tahun

Lagi 2 hari, genap usia Abril 2 tahun. 

Tengah hari Tadi aku keluar sekejap, bawa dia ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan rutin. Kali ini, aku bawa dia seorang diri memandangkan mama masih di dalam tempoh berpantang. Alhamdulillah dia berkelakuan baik sepanjang kami berada di sana. Cuma bila tiba gilirannya untuk diperiksa, dia ketakutan (Abril memang takut kepada orang yang asing baginya). Nak suruh naik atas alat penimbang pun tak mahu. At last, jururawat minta dia dengan aku sekali naik penimbang tu, kemudian aku turunkan dia untuk dapatkan berat aku. Itu pun dia tak nak jauh dari aku. Heheh. Kalau kat rumah bukan main hebat lagi menyakat semua orang.

Anggaran berat abril adalah lebih kurang 13kg. Anggaran je sebab Abril tak bagi kerjasama untuk dapatkan berat yang tepat. Tak apa, nanti aku bawa dia timbang berat di pasaraya. Yang tu dia suka lah. Lepas dapat nasihat dan konsultasi dari jururawat, aku hantar dia di rumah pengasuh semula. Aku harus kembali ke pejabat dan sambung kerja.

Sabtu, Disember 22, 2012

Hujung minggu

Hujung minggu yang agak membosankan kerana tidak dapat ke mana-mana. Selagi mama masih dalam tempoh berpantang, maka selama itulah tiada aktiviti hujung minggu melainkan melayan kerenah anak-anak ataupun menghadiri jemputan kenduri daripada sanak saudara. Hehe...

Banyak perancangan telah di atur untuk mengisi masa kami setelah mama habis berpantang nanti. Buat masa ini, biar mama dan baby berehat sepuasnya dahulu.

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman