[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Khamis, Ogos 27, 2009

NyaRis deMam

Salam..Malam tadi nyaris2 demam sebab kesejukan yang teramat sangat masa kat opis...Balik kerja semalam badan dah mula rasa seram sejuk..

Tetibe je rasa bdan ni macam dicucuk2..Adui aku risau betul kene demam2 ni..Lepas buka semalam makan panadol 2 bijik...Terus tido tak de citer banyak lagi dah..
Bangun je pagi tadi, kepala dah rasa ringan..Alhamdulillah....
Lega....

Rabu, Ogos 26, 2009

Sabtu, Ogos 22, 2009

SeLamAt BerPuasA

Alhamdulillah, sekali lagi kite semua dapat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Aku menyambut kedatangan awal Ramadhan di Seremban bersama dengan Fiza, Aiman dan keluarga aku...
Bertolak balik malam tadi jam 1130p.m Tujuan bertolak lewat nak mengelakkan jem.Tapi memang tak dapat nak dielakkan jugak..pukul 12 lebih still jem lagi kat highway PLUS..

Nak buat camne ramai orang kota pulang ke kampung ditambahkan lagi hari puasa jatuh pada Sabtu dan budak2 dah start cuti sekolah.
Harini takda apa nak dibuat. Tengok tv and Aiman makan je lah...hahaha

Ok lah nanti sembang lagi.....

AdioZZ

Khamis, Ogos 20, 2009

DoA DaLaM BuLan RaMadHan

Doa-Doa Dalam Bulan Ramadhan

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hari Pertama

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua

"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga

"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima

"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi
Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam

"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan

"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan

"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh

"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas

"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas

"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas

"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat BelaS

s"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas

"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas

"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas

"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas

"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."

Hari Kesembilan Belas

"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua

"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga

"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat

"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima

"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."

Hari Kedua Puluh Enam

:"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh

"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan

"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan

Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

SoLaT TeraWiH

Insyaallah tahun ni dapatlah kite sekali lagi menyempurnakan Solat sunat terawih. Tak sabar nak berpuasa tahun ni. Seronoknya rasa...

Rabu, Ogos 19, 2009

AnDai Ini RamaDhaN TeraKHir

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'

tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..

mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...

menerangi kegelapan hati kami

menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...

kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami

hamba2 mu

yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Amin.....

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KU LAKUKAN

Isnin, Ogos 17, 2009

H1N1


Beliau bukanlah seorang pakar bedah, bukan juga seorang doktor gigi,nurse atau sebagainya yang berkait rapat dengan tugas seharian menggunakan face mask.
Tapi beliau telah disuspek oleh doktor membawa virus Influenza A H1N1.

Semuanya bermula selepas beberapa hari balik dari Kuching. Tiap2 hari batuk dan selsemanya makin teruk. Akhirnya terpaksa dibawa untuk buat pemeriksaan untuk pastikan apa sakitnya yang sebenar. Akhirnya doktor memberi cuti selama 7 hari kuarantin di rumah sehingga sihat. Aku pun terlibat sama, tu yang dapat mc 4 hari jugak.

Hahahahah..Memang seronok dapat duk kat rumah, tapi busan giler kalo lelama sangat...Alhamdulillah, tiada apa2 yang serius berlaku. Cuma demam disebabkan keadaan cuaca yang berjerebu skrg ni. Apa2 pun kalo rasa demam,bauk dan selsema tu janganlah berlengah lagi, buatlah pemeriksaan kat mana2 Klinik atau Hospital...

Mencegah lagi elok dari mengubati...


DeTik2 SeMasA di KucHinG




















SoRRy

Salam pada semua,sorrylah sebab skrg ni aku jarang dapat nak update blogaku yang tak seberapa ni. Mana taknya, bulan ni aku banyak sangt MC sebab kurang sihat. Lepas tu bila dah start kerja semula, atas meja aku berlambak2 kerja perlu kene siapkan. So kekangan masa menyebabkan takde kelapangan nk buat n3 baru ni. Sekali sekala ada jugaklah buka, tapi ada je halangannya.

So malam ni ada masa skit yang terluang. Takde apa nak buat so dapatlah selemer skit blog aku yang teramat hebat ni hahahhaha...


Rabu, Ogos 12, 2009

TanGGAL 1hb OgoS




Alhamdulillah dengan izin ALLAH S.W.T aku telah selamat bertunang dengan wanita pilihan hati aku, Fiza pada tanggal 1 Ogos 2009 yang lepas. Tempat berlangsung majlis ini adalah di Kuching, Sarawak iaitu kampung halaman Fiza.

Majlis serba ringkas tapi membawa sejuta makna kepada kami seluruh keluarga dan juga kedatangan saudara mara dari sebelah keluarga Fiza yang begitu ramai membuatkan majlis ini berlangsung dengan begitu meriah.

Syukur ke hadrat ilahi kerana segalanya berjalan dengan begitu lancar sekali.






Khamis, Ogos 06, 2009

FirsT DaY To SaraWAK





Lokasi di LCCT Sepang. Menunggu ketibaan flight yang tak kunjung tiba disebabkan delay.Aiman pun dah mula melakukan aksi2 yang nakal didalam balai perlepasan. Habis seluruh bangunan dilarinya. Teruk aku menjaganya hahahaha. Setelah hampir 2 jam barulah flight muncul untuk menerbangkan kami semua ke Kuching.

Rabu, Ogos 05, 2009

ComE BacK

Barulah dapat meluangkan masa aku skit harini nak update blog yang tak seberapa ni..
Setelah balik dari Kuching, Sarawak aku dapat mc 2 hari sebab kena demam selsema. Balik berehat ke kampung bawa Aiman dan Fiza sekali.
Kalo nak diceritakan hari2 yang berlaku semasa aku kat Sarawak haritu memang cukup banyak. Tak larat rasanya hehehe..

So nanti aku akan upload beberapa gambar semasa berada kat sana. Bersama orang2 yang aku sayang.

Besok dah mula bertugas semula. Setelah seminggu tak menjejakkan kaki kat opis. Ntah berapa banyaklah kerja yang tertunggak kat opis aku ni hehehe..

Ok lah eh..Nanti sambung g chiaww

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman