[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Rabu, April 29, 2009

CinTa Hati Kamek




Nak memperkenalkan cinta hati aku ni..Nurafiza nama diberi. Asal dari Kuching,Sarawak..Umur 23 tahun..
Mula berkenalan pada bulan puasa tahun lepas.
Dia ni asalnya jiran depan rumah masa aku tinggal kat Putrajaya dulu. Masa mula2 dulu memang tak pernah bertegur sapa pun.

Seganlah kononya. Tapi entah macam mana masa tu kebetulan aku dengan housemate aku nak pergi berbuka puasa kat KFC..

Aku pun dengan muka tak tau malu msg lah Fiza ni ajak g berbuka sekali. Ajakan aku diterimanya. Masa tu gelabah pun ada..yelah ingatkan dia taknak ikut.Hehehe..

Tulah permulaan kisah cinta aku dengan dia. Nak story lebih2 tak bolehlah kan. biarlah aku dengan Fiza je yang tau.


Apapun dialah Cinta hati aku..

Selasa, April 28, 2009

PerpinDahan

Lupa sangat nak tulis kat dalam ni pasal perpindahan family aku dari Kampung ke Bandar. Rumah peninggalan arwah abah aku pada kami sekeluarga yang terletak di bandar Seremban..
Pindah pada 4hb april yang lepas.. Setelah hampir 13 tahun tinggal di Kampung semenjak arwah abah aku meninggal pada tahun 1995.

Memang pada perancangan awal yang keluarga aku akan berpindah semula kat rumah seremban setelah mak aku berhenti kerja. Tangguh punya tangguh akhirnya kiteorang berpindah jugak...

Seronok sangat dapat pindah semula kat Seremban ni..Nak balik dari rumah aku di Kajang pun dekat..20minit je..
Sekarang rumah ni tengah dalam proses pengubahsuaian sedikit..Takdelah buat apa pun cuma letak Tile dalam bilik air dan simen semula kat hadapan rumah..
Yelah nk duk sendiri kan biarlah selesa skit.
Sebelum ni rumah ni Arwah Pak Long aku yang sewa. Adalah dekat 7 tahun dia menyewa sekeluarga kat rumah ni..

So nanti ada kesempatan aku sambung lagi ok..banyak benda nak story lagi ni heheh..

Adioz

KurSus Di Kuala Lumpur

Tan Sri Shazali




KHAIRUL DAN MAZHAN




AKU TENGAH BERBURAK


KLCC VIEW (SEBELAH JE NAMPAK)



Pada 23hb sehingga @25hb April lepas aku telah berkursus di salah sebuah Hotel yang terletak di Chow Kit..
Maklumlah jabatan aku wajibkan seorang pegawainya berkursus selama 10 hari setahun, so aku kene lah jugak mintak kursus ni sebab tahun ni aku langsung takde kursus lagi. So dengan menghadiri kursus ni dapatlah aku 3 hari..

Hotel tempat aku menginap ni kira ok jugaklah..takde lah apa2 keistimewaannya sangat. Bab makannya plak boleh dikategorikan sebagai biasa sahaja lah..
Sazali iaitu budak ofis aku pun pergi juga ke kursus ni. Adalah kawan2 nak berburak. Masa kursus ni pun aku telah berkenalan dengan kawan baru. Mazhan namanya. Mula2 aku ingat mamat ni PTD lah dengan muka poyonya yang telah ditampilkannya..Tapi bila dah mula berburak2 budak ni ok plak. Peramah kemain..
Rupanya budak ni staff kat tingkat bawah tempat aku bekerja. Dah kerja 6 bulan kat situ tapi masa pergi kursus tu lah first time jumpa mamat ni..

Hari pertama aku ajak zali pergi lepak kat mamak..Nak lepaskan geram makan maggie goreng sebab gigi aku dah tak sakit lagi. Masa tu aku lepak dengan dia berdua je lah..
Lepas tu pergilah ke kelas untuk mendengar ceramah sampailah malam..

Nak diceritakan view bilik aku ni memang cantik, sebab nampak Menara Berkembar Petronas (KLCC)..Malam pertama tu susah sangat aku nak lelapkan mata..Maklumlah tempat barukan..

Hari kedua tu awal2 pagi dah bangun nak g breakfast..lepas bfsat aku dengan Zali terus ke kelas untuk dengar ceramah. Harini ceramah sampai petang je. Ingat nak keluar petang tu..tapi malaslah plak..So aku, Zali dan Mazhan cadang nak lepak dalam bilik je..

Sedar tak sedar kite orang berburak dari pukul 6 petang sampailah pukul 11 malam..Dalam pukul 10 member Zali..Si Khairul join kiteorang sekali berburak dalam bilik aku dan Zali. Macam2 lah topik yang dibincangkan. Kutuk sana kutuk sini..Gelak giler2 kuatnya..
Dalm kul 1130 kiteorang rasa nak Cap Teh kat kedai depan hotel..Kiteorang pun keluarlah lepak kat situ smpailah pukul 1 pagi. Masa ni lah nak merasa kehangatan malam di KL..
Terus naik bilik kemudian tertido...

Hari last kat sana..aku dengan Zali tak turun pun pergi kelas. Malas sangat..Aku lepak je dalam bilik dengan Zali. Mazhan pun join sekaki.. Busan menunggu lama aku call kawan aku Hj Rahim. Kebetulan dia ada sekitar KL..dia pun datang jemput aku kat LRT Chow Kit kiteorang pun pergilah lepak minum sementara nak tunggu bas datang untuk balik ke Putrajaya..




Apepun aku berasa puas sangat sebab dapat kawan baru dan bercuti gamaknyalah heheh.

Dalam pukul 1245 tghhari bas pun sampai..Aku pun mengangkat kaki untuk balik ke rumah sebab dah rindu sangat kat awek aku and anaknya Aiman..

Penat betul sampai terlelap dalam bas.
Tulah serba sedikit tentang hari semasa aku berkursus di KL...

P/s: Balance kursus ada 7 hari lagi. Hope lepas ni dapatlah kursus lagi..

Adiozz..

Rabu, April 22, 2009

BerhaTi2 Di Jalan Raya




Inilah yang berlaku akibat leka dan cuai semasa berada di jalanraya. Kejadian ini terjadi kepada Adik aku pada 16hb Januari 2009.Berlaku di Lebuhraya PLUS menghala ke Kuala Lumpur berhampiran Tol Lama Nilai.Semasa perjalanan ada sebijik kereta tetiba buat brake emergency depan kereta adik aku. Adik aku mengelak dan keretanya LOST CONTROL. Masa tu die on the way nak ke tempat kerja kat Klinik Kesihatan Cheras dari kampung aku. Dia baru lagi kene transfer kat klinik tu so tak sempat lagi nak cari rumah sewa.
Mujurlah dia tak dapat kecederaan yang serius..walaupun tengok pada keadaan keretanya yang boleh dikategorikan kemalangan ngeri sebab keretanya terbalik 2 kali. Dia cuma patah tulang selangka sebelah kiri sahaja.
Nasib adik memang baik haritu sebab dia gunakan tali pinggang keledar, kalo tak guna tak tau lah apa nasibnya..mungkin lagi teruk.
Dia call aku masa tu pukul 7pagi. Masa tu aku baru hidupkan enjin kereta nak pergi tempat kerja. Berderau jantung aku bila dia bagitau yang dia accident. Lepas aku hantar awek aku ke Ofifice dia ,aku pun terus gerak pergi Hospital Seremban untuk tengok keadaan dia. Lega hati aku bila tengok dia ok. Adik bongsu aku pun ada sama temankan dia.
Selepas selesai dia di check oleh doktor, aku dan adik2 aku pergi ke bengkel kereta untuk sain apa yang patut nak buat Claim Insurance. Pergi balai polis buat report dengan dibantu oleh LongKai Abang Ramli.
Setelah semua selesai aku pun menghantar adik aku balik ke kampung.
Sampai sekarang ni 22hb April keretanya masih tak siap2 lagi. Adik ko sabar je lah yo.
p/s: Berhati2 lah dijalanraya. Ingatlah orang yang tersayang


I'm Back

Helo. dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni.maklumlah skrg ni aku bz sangat..sampai nk bukak blog pun takda masa..
Untuk pengetahun semua harini 21hb April aku MC,sebab baru lepas mencabut gigi geraham aku tgh hari semalam kat Klinik Gigi Sg Besi.
Doktor bagi aku MC 2 hari. Seronok dapat MC tapi kebusanan duk di rumah.
Tapi aku lega sebab gigi aku yang sakit tu dah dicabut.


Seronok sangat. Rasa hilang semua sengsara. Paling teruk sengsara aku pada hari ahad lepas. Menjadi2 sakitnya..Menitik air mata aku tanpa disedari.

Nak wat camnerkan dah kena terima jelah.Last year aku pernah kena skali sakit gigi ni,tapi pastu dia tetibe elok. Masa tu nk dicabut takut.Hahaha..
Tapi kejadian ahad lepas buat aku betul2 bertekad nak cabut. Walaupun keadaan kewangan aku tak berapa stabil, aku usahakan juga nak pergi cabut.

Alhamdulillah takdalah kene mahal sangat just RM60 je siap dengan ubat. Cabut pun takdelah sakit sangat. Mcm kene gigit semut je.heeh

Oklah nak sambung main game. Nanti ada story aku tulis lagi..

Adioz

P/s: Thankz to my gurlfrenz Nurafiza coz dia jaga aku masa aku sakit gigi.Sayang awak sangat

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman