Serba sedikit tentang Hari Pekerja
Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja
Hari Buruh Antarabangsa juga merupakan cuti antarabangsa yang diraikan pada 1 Mei dalam memperingati kejayaan pergerakan buruh pada 1886 Mogok Haymarket di Chicago, Illinois. Negara-negara lain selain daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom, di mana bentuknya mungkin berbeza dari segi konotasi. Hari 1 Mei biasanya dirujuk sebagai dirujuk sebagai Hari Buruh. Dalam kebanyakan tempat di dunia, residen keas bekerja melawan keras untuk menjadikan Hari Mei ini suatu keranda-yang dikenali hari ini.
Kanada, Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand meraikan Hari Buruh pada tarikh lain, yang mana ia bergantung kepada sejarah asal untuk meraikan bagaiman cuti bagaimana cuti berkenaan wujud pada tarikh tersebut. sila lihat Hari Setia (Loyalty Day) dan Hari Undang-undang(Law Day).
Hari Mei telah lama menjadi titik fokus kepada demonstrasi oleh pelbagai kumpulan sosialisme, komunisme, dan anarkisme. Dalam abad ke-20, cuti berkenaan mendapat persetujuan daripada Kesatuan Soviet; perayaan dalam negara-negara komunis semasa era Perang Dingin sentiasa mengandungi perarakan ketenteraan dan menunjukkan rakyat biasa di dalam keadaan menyokong kerajaan.
Dipetik dari wikipedia.
[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]
Jumaat, Mei 01, 2009
Khamis, April 30, 2009
Balik KampUng ( SpeCiaL )

Besok sempena cuti Hari Pekerja ( Jumaat )..Aku nak balik ke rumah mak aku di Seremban. Tapi kali ni berbeza sedikit sebab kepulangan aku kali ini lebih istimewa..
Sebabnya aku akan bawa Fiza dan Aiman sekali untuk diperkenalkan kepada Mak aku.
Bagi aku dah sampai masanya untuk aku perkenalkan dieorang pada Mak aku tu.Selama ni cuma mendengar cerita daripada aku je.
Kalo ada Armand boleh bawa dia sekali. Tapi dia kat kampung sekarang ni..
Memang rasa gementar jugak nak perkenalkan pada mak aku ni. Apatah lagi Fiza. Tapi mak aku ni sporting..Dia tak kesah siapa pun pilihan hati aku janji orang tu dapat membahagiakan aku..
Memang rasa gementar jugak nak perkenalkan pada mak aku ni. Apatah lagi Fiza. Tapi mak aku ni sporting..Dia tak kesah siapa pun pilihan hati aku janji orang tu dapat membahagiakan aku..
Rasa tak sabar sangat nak balik kampung besok..
Nanti boleh bawa Aiman jalan-jalan pergi City Park..City Park ni salah satu tempat beriadah yang popular di Seremban. Ada Tasik buatan sendiri. Banyak ikan dalam tasik tu. Pengunjung boleh bagi makan pada ikan. Ada tempat permainan kanak-kanak dan macam-macam lah lagi.
Nanti boleh bawa Aiman jalan-jalan pergi City Park..City Park ni salah satu tempat beriadah yang popular di Seremban. Ada Tasik buatan sendiri. Banyak ikan dalam tasik tu. Pengunjung boleh bagi makan pada ikan. Ada tempat permainan kanak-kanak dan macam-macam lah lagi.
Tujuan aku perkenalkan pada Mak aku bukannya apa, untuk memberi tahu mak aku siapa pilihan hati aku untuk dijadikan Teman Hidup.Insyaallah kalo panjang umur dan dimurahkan rezeki..adalah jodoh aku bersama dengan Fiza. Lagipun mak aku memang suka sangat kat budak-budak.Kene-kene lak macam Aiman yang cute tu..
Sebelum aku bercinta dengan dia dulu pun aku dah tau statusnya..Tapi bagi aku tu bukan penghalang untuk aku menjalinkan hubungan dengan Fiza. Janji dia setia dan memahami aku.
Bagi aku kehidupan lamanya tu biarlah hilang pada ingatannya. Aku cuma nak menjalinkan hidup baru dengan dia. Tutup buku lama buka buku baru..
Perancangan aku kalo ada rezeki nak bernikah pada awal tahun depan. Insyaallah kalo ada reseki tak kemana pun. Lepas ni aku plak kene berkenalan dengan orang tua Fiza. Dalam bulan 6 kot nanti pergi Kuching.Dapat pergi melawat kat sana. Tak pernah lagi sampai ke Sarawak..Heheheh
Apa2 pun selamat bercuti kepada semua...
Adiozzzz
My Office





Office aku terletak di Bangunan Sapura, Seri Kembangan Selangor. Salah sebuah kawasan elit di Selangor.
Hanya 20 minit dari rumah aku. Aku dah bertugas kat sini lebih dari 3 tahun. Bangunan setinggi 9 tingkat dan Pemandangan tempat kerja aku disini sangat cantik kerana di belakang office aku boleh dilihat pemandangan Tasik The Mines.
Untuk pergi ke tempat kerja aku ni, perlu melalui Tol Besraya. Setiap hari kene lalui 2 tol untuk ke tempat kerja. Satu Tol RM1.30. Bangunan ini dimiliki oleh Kumpulan Sapura iaitu salah sebuah syarikat Korporat yang terkenal di Malaysia.
Disini terdapat 2 buah cafe yang membolehkan kakitangan minum pagi dan juga makan tengah hari. Office aku ni pun terletak berhampiran dengan Shopping Complex The Mines dan juga dekat dengan Palace Of The Golden Horses. Disini juga disediakan parking dari tingkat 2 hingga ke tingkat 4 juga sekitar kawasan bangunan ini. Parking disini sangatlah terhad.
Memang seronok dapat bekerja disini. Tapi satu hari nanti aku mesti akan bertukar juga ke tempat lain. Macam-macam kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui masa bertugas kat sini. Semua tu takkan dapat aku lupakan sampai bila-bila.

BaJu Batik
Kalau dah hari Khamis, maknanya kene lah pakai Baju Batik untuk pergi kerja. Sekarang ni pun aku ada sehelai je baju batik.Kadang-kadang aku tak pakai pun baju batik ni.
Nak pergi beli tak berkesempatan. Memang dah lama sangat tak pakai baju batik ni.
Pemakaian baju batik ni pun wajib untuk kakitangan awam dan dipakai pada hari Khamis sahaja.
Tapi hari ni ada semangat pulak nak pakai..
Baju yang aku pakai ni aku beli dengan kawan aku.. Batik Terengganu. Harga dalam RM150 jugaklah masa budak tu jual..
Memang nampak cantiklah..
Lepas ni nampak gayanya kene jugak beli lagi sehelai, kalo tak nanti setiap minggu guna baju yang sama je.
Kalo semua nak tau lebih details pasal batik ni Klik Kat Sini
Rabu, April 29, 2009
AimAn Cute Boy
Aiman adalah anak kepada girlfrenz aku Fiza. Dia datang ke sini pada 8 Mac lepas semasa Fiza balik ke kampungnya di Kuching. Semenjak pertama kali aku bertemu dengan Aiman...Perasaan sayang mula timbul secara tiba-tiba..
Aiman budaknya cute dan manja sangat..kadang2 jadi nakal..Masa mula2 dia sampai ke KL haritu dia tak sihat. DEMAM..Mayb sebab berubah tempat..
Kesian sangat Aiman masa tu...menangis je. Masa mula2 dulu pun dia takut2 dengan aku lagi..Yelah tak kenal kan sebab baru first time jumpa.. Tapi sekarang dia lagi rapat dengan aku daripada Maknya sendiri. Sampai ada sekali tu maknya jeles sangat. Heheheeh
Aku kalau balik kampung,mesti rindu sangat dengan Aiman..Dulu dia kurus sikit...Tapi sekarang badannya dah berisi..Comel sangat..Mana taknya minum susu kuat..Makan pun kuat.
Masa dia ada kat sini dapat jugak aku bawak Aiman pergi jalan2 ke Melaka dan Area K.Lumpur..Seronok sangat masa tu..
Macam2 kenangan manis aku masa bersama dengan Aiman..Gelak tawa dia menjadi penghibur aku dengan Fiza kat sini. Tak pernah pun sekali aku nak marah2 kat Aiman Tak sampai hati......Macam mane dia nakal pun au tak kesah....Sebab aku sayang sangat kat dia.
Sekarang ni dia dah mula nak bercakap.Perkataan pertama yang dia sebut adalah PapA.Seronok sangat masa dia mula2 belajar nak bercakap.
Kuat tergelak dan bergurau jugak Aiman ni. Selalu lepas balik kerja je,walaupun aku letih macam mane pun mesti aku tak sabar2 nak pergi jumpa dia.Nak cium2 Aiman.Walaupun bukan anak sendiri,tapi aku dah anggap macam anak aku sendiri sekarang ni.
Tapi yang sedihnya' tak lama lagi Aiman nak kena balik kampung...Nenek dan atuk kat kampung dah rindu sangat dengan dia. Mayb dia ada kat sana lama kot sebelum aku dan Fiza jemputnya semula datang ke sini. Sedih sangat sebab nak berpisah dengan Aiman..
Sekarang aku nak habiskan masa aku sepenuhnya bersama dengan Aiman sebelum dia balik Sarawak nanti. Tak taulah mcm mane aku nak hadapi nanti bila Aiman tak ada kat sini..
Tak dapat lagi nak dengar gelak tawa dia..tak dapat lagi nak bergurau2 dengan dia..
Mesti aku sedih sangat2..
Aiman Papa janji dengan Aiman, Papa akan datang sana secepat mungkin untuk jemput Aiman balik KL. Papa sayang sangat kat Aiman..
Nanti Aiman kat kampung jangan nakal2 tau..Ingat Papa kat sini tau..
I Love u So Much Aiman...
Langgan:
Catatan (Atom)
[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL
[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman
