[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Khamis, Jun 04, 2009

SuRaT PenJeLasAn

Aduiyai..petang tadi buka emel jabatan. Dalam banyak2 emel tu adalah sehelai emel yang aku dapat dari HQ Putrajaya. Dalam emel tu menyatakan yang aku telah lewat datang kerja selama 4 hari dan disuruh memberi penjelasan tentang kelewatan aku tu sebelum 9hb Jun ni..

Mula2 aku terkejut lah jugak, mana taknya sebelum ni pun memang bende ni tak pernah jadi. Memang aku mengaku aku datang lambat masa tu sebab aku guna Motor pergi kerja. Kebetulan hari pulak hujan, so nak tak nak kene jugaklah lambat pergi kerja.Takkan nak meredah je sampai2 opis basah kuyup.

Aku memang tak kesah lah dapat bende2 mcm ni, tapi yang aku kesahkan kalo bende mcm ni aku surang je yang dapat.Sedangkan orang yang selalu wathal kat opis aku tu tak dapat. Aku terus call bos aku tanya pasal hal ni. Aku tanye dia yang budak yang selalu wat hal tu dapat tak emel yang aku dapat ni. Bos aku pun bgtau yang budak tu dapat jugak. Mmg mula tadi rasa tak puas hati sangat..Lepas bos aku bgtau yang budak tu pun dapat aku pun lega lah semula...

Apa2 pun aku dah emelkan surat penjelasan napa aku datang lewat pada bulan April tu..Aku tak kesah pun, apa yang dieorang boleh buatkan..Nak tukarkan aku ke tempat lain lagi aku suka. Aku dah tak tahan nak kerja kat tempat sekrang ni. Dengan tolnya lagi, jalan jem tak tentu masa.
Memang inilah tahun last aku kerja kat situ lepas ni goodbye lah...

Adioz

TuKaNg BaSuH KereTo

Kat apartment aku tinggal ni ade disediakan khidmat untuk membasuh kereta penduduk2 kat sini..Bayaran bulanan takdelah mahal just RM35 je sebulan..Kat kawasan apartment aku mamat ni datang untuk basuh pada hari Ahad,Selasa dan Khamis sahaja..
Takpelah kan at least tak yah nak sibuk2 kat car wash luar..Niat pun nak tolong mamat ni.Kesian...

Mula2 mamat ni basuh memang ok..Setiap pagi pergi kerja mesti kereta aku berkilat je..Kalo time hujan pun dia akan basuh bila hujan dah behenti..Takpun kalo hujan sampai malam,pagi2 buta lagi dia datang untuk basuh kereta aku..

Tapi semenjak akhir2 ni dia ni dah mula nak mengelat..Aku fahamlah kalo waktu hujan..Tak basuh pun takpelah..Tapi camner pun dia kene jugaklah gantikan hari yang dia mis nak basuh kereta aku ni pada hari yang lain..Ni tak dia wat tak tau je..Mule2 dulu aku tak kesahlah..Tapi sekrang ni dah melampau sangat...

Bayar bulan2 nak penuh tapi kerja tak cukup hari..Mana boleh jadik mcm ni..Rugilah aku..Nampak sangat dia mcm berkira sangat..Aku pun apa lagi jumpa mamat ni bgtau dia yang aku taknak dah upah dia untuk basuh kereta aku lagi..Lantak dia lah..Orang nak tolong dia tapi dia lah wat hal...

Sekrang ni baik aku basuh kat Car Wash luar..Kat area rumah aku ni berlambak Car Wash..Tak heran pun aku..
Susahlah kalo dapat orang yang berkira sangat ni..Dia jadi berkira, so kenelah aku berkira jugak..

PADAN MUKO KO...!!!!

Rabu, Jun 03, 2009

MC 3 HaRi

Baru je bangun tido ni arr makan ubat...Lama giler aku tido dari pukul 1230 sampai pukul 4 petang hahahah..Puas rasanya..

Pagi tadi aku pergi Klinik Kesihatan ..Mata aku ni tak elok2 lagi dah dekat seminggu..Mana tahan mcm ni..Takut berjangkit dengan budak kecik si Aiman or Fiza..Yelah selalu jumpa dieorang bila time balik kerja...



Aku kat sana takdelah berapa lama sangat..Walaupun orang ramai...Dari pukul 9 pagi aku kat sana pukul 10 aku dah selesai semua siap ambil ubat lagi..Dengar citer dulu kalo kat klinik kerajaan lambat, tapi aku dah rasa sendiri takde lah berapa lambat sangat sebab aku just jumpa MA je bukan jumpa doktor..
Apapun best lah dapat rilex puas2 kat rumah..Lepas makan ubat tadi rasa lah ok skit berbanding pagi tadi..Pagi tadi nak kene cahaya pun tak tahan..

Fiza pun aku bawak sekali tadi..dia pun tak berapa sihat jugak..Tapi dia ni jumpa doktor so lambat lah skit dia selesai..Takpelah aku pun takde apa nak buat arini..Dalam kul 12 baru die selesai..Terus pergi makan sebab aku dah lapar sesangat..Mana taknya tak breakfast pagi tadi kan..
Seronok dapat MC ni hahahahaah

Oklah yo..nnt jumpo lagi heheh

adioz

Isnin, Jun 01, 2009

SaKit MaTo PLak

Ni lah yang menjadi masalah aku semenjak hari Sabtu yang lepas..Kene sakit mata..Bukan sakit mata yang teruk tulah..just bengkak kat kelopak mata mcm baru lepas sengat kat Tebuan..
Pagi tu bangun2 tido aku rasa mata aku sakit..Ingatkan apahal..biar jelah..
Lama2 membengkak plak..aduiyaii satu masalah plak lagi..
Kene jugak datang kerja arini banyak bende nak uruskan...
Nak pergi jumpa adik aku amik ubat dan MC dia cuti plak..Hantar awek dia konvo kat Shah Alam...
Malas nak pergi klinik luar, membazir je..ubatnya sama je...
Tunggu je lah adik aku habis cuti..Hope cepatlah sembuh mata aku ni..Mcm Pirates dah sekarang ni..Tadi pergi buat urusan kat luar pun pakai cermin mata..
Ape ubatnya sakit mata ni eh...? Tak taulah..Dah 2 kali kene ni dalam masa 2 bulan...

Apo nak jadik lah den pun tak tau arrr

SibUk GiLer LasT WeeK

Aduhai..baru lah ada masa nak update blog aku ni..hahaha..mana taknya dari jumaat lepas aku bz memanjang..ke sana kemari..bawak mak aku ke rumah mak cik aku kat Shah Alam..Nak online memang takda masalah....
Macam2 cerita, macam2 ragam..kalo nak tulis kat sini memang tak larat..
Apa2 pun tahniah pada adik aku sebab dah jadi terima Dip. nya pada konvo hari sabtu lepas..
Tak dapat nak join sebab aku penat sangat..Just menghantar mak aku dan dua orang sepupu aku untuk escort mak aku tu je..
Aiman dengan Fiza pun folow sekali pergi Shah Alam..Yelah saja nak kenalkan pada Mak Cik aku sorang ni...
Aiman mcm beselah kalo rumah yang ramai orang, banyak mainan..lupa diri..main tak henti2 hahaha..Ada ke kul 3 pagi baru tido sebab terlampau sangat main...heheheh...

Lepas adik aku selesai dengan konvo nya..kiteorang semua balik ke Seremban dalam petanglah..Sempat jugak singgah kat opis aku amik broadband aku tertinggal plak..Pastu singgah umah Fiza amik baju kotornya bawak balik Seremban..tak sempat nak basuh...
Apa lagi bila Aiman ada kat rumah mak aku, maka rumah aku tu jadi Taska lah...Sorang2 mengajar Aiman bercakap..Aduiiyaiiii...Hiruk piruk mak aku mengajar....

Petang semalam kiteorang pun balik rumah..Saja balik awal so dapat relax kat rumah lama skit..Semalam pun buat pertama kalinya hujan..Mana taknya dah lama tak hujan kat area Selangor ni...
Singgah jap kat MCd beli makanan..Tak yah nak masak2..Penat lah katakan...

Ok lah tu jelah..Nak cite panjang2 kang takde orang nak baca..hahahaha...

Adioz..

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman