[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Isnin, November 01, 2010

LeMonGraSS

Harini time lunch, aku dgn wife pergi bersantap kat Restoran LemonGrass, The Mines..Saja je kuar lunch kat luar harini..Dah lama tak makan berdua-duaan sama-sama...

Mula2 tadi cadang nak makan kat SUBWAY..lastly makan kat tempat lain..Apa taknya, jejak je kaki dalam The Mines..selera aku ni tetiba je bertukar..Janji kenyang..Tu yang penting...






ApA Aku KesAh




"Takda hal lah buang kat sini..Nanti ada 'kuli batak' yang tolong kutip"..Rasanya lebih kurang macam ni lah ayat yang keluar daripada orang yang langsung tak kesah pasal hal ni.. Walhal ada je ' Tong Sampah Besar' yang dah disediakan untuk kemudahan orang ramai kat kawasan aku ni..

Tapi orang yang pemikiran yang sempit ni beranggapan bahawa tong sampah besar yang disediakan ditempatkan jauh sangat..Eloklah jauh sikit dari kawasan rumah..kalau diletakkan dekat dengan kawasan rumah esok, lusa kalau sampah dah berbau busuk or berulat diri sendiri juga yang bising...

Kawasan ni baru lagi diduduki..Rasanya baru 80% rumah2 kat area sini ada penghuni..Tapi kalau keadaan macam ni berlarutan, rasanya tak mustahil lagi 3 bulan tempat ni akan jadi tempat pelupusan sampah yang boleh dikategorikan sebagai kawasan yang paling cantik sekali..

Sampai lah ke harini, kejadian ni masih lagi berlaku..Entahlah..Macam ni lah sikap segelintir manusia yang pentingkan diri mereka sendiri...

Eloknya orang2 mcm ni duk dalam hutan lagi bagus



Jumaat, Ogos 06, 2010

WGF 5128


WGF 5128. Inilah dia antara pemandu yang memandu kereta yang dianggapnya hebat dan laju memandu secara membabi buta dan bersikap kurang ajar serta berlagak seolah2 samseng jalanraya. Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Petang tadi, otw aku balik ke ofis bersama wife aku..sampai kat Tol..kereta memang banyak. Pondok tol yang bukak hanya 2 bijik sahaja. Touch N Go aku pulak duit tinggal RM0.50.. Tengah2 aku beratur nak bayar tol, tiba2 kereta yang dipandu oleh mamat yang kurang ajar ni memotong Q. Bukan setakat potong Q saja, tapi menghimpit kereta aku seolah2 kereta aku takda kat situ. Nyaris2 aku terlanggar kon sebab nak mengelak. Yang aku sakit hati tu, mamat yang kurang ajar ni buat bodoh je macam takde apa2..

Tak namanya kurang ajar ke..Dahlah aku bawak bini aku yang tengah sarat mengandung..Mana tak sakit hati..Nak je aku tibai guna cotar...

Hati2 lah ngan pemandu ni..Mungkin korang pulak jadik mangsa seterusnya...





4 BuLan BerLalu





Alhamdulillah. Dah 4 bulan aku mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati aku. Sekarang pun isteri aku tengah mengandung. Usia kandungan pun dah hampir 20 minggu. Semua itu rezeki dan kurniaan dari Allah S.W.T..

Gambar kahwin aku pun tak sempat2 nak upload. So ada kelapangan ini aku selitkan beberapa keping gambar lah. Sekadar untuk tatapan.



RamaDhan

Ramadhan hampir tiba. Insyaallah kita semua akan menyambut kedatangan ramadhan ini pada 11 Ogos 2010 iaitu pada hari Rabu. Sama2lah kita memperbanyakkan lagi amal ibadat. Semoga dengan kedatangan Ramadhan pada tahun ini akan memberi sinar kepada kehidupan kita semua.

Insyaallah




[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman