[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Jumaat, Disember 24, 2010

BabY Oh Baby


Sehingga ke hari ini, belum ada tanda2 baby nak keluar lagi. Macam2 perasaan yang menyelebungi diri aku dengan wife..Takut,Risau,seronok,Excited semua ada..Aiman pun tak sabar lagi dah nak jumpa adiknya.Armand pun akan terbang dari Kuching besok semata-mata untuk tengok adiknya yang baru....Apapun aku berdoa semoga semuanya selamat...
Due date ikutkan besok 25 Disember 2010..









Khamis, Disember 23, 2010

Releasing Stress

Selamat pagi.

Hari ni nak kongsi cerita di taman. Bukan taman bunga. Tapi, taman permainan. Saja je bawak anak bini lepak2 kat taman permainan di bawah blok kami. Hilangkan stress seharian di rumah. 





Aiman dah pandai buai sendiri. Sebelum ni, dia takut nak buai. Sekarang ni, makin laju, makin dia suka. Bini aku pulak dah besar teramat perutnya. Sekarang sedang menunggu saat-saat melahirkan. Hari ini, kandungannya berusia 39 minggu5 hari. Lagi 2 hari due. Tapi masih tiada tanda-tanda akan melahirkan. Takpelah. Mungkin baby masih ingin berseronok di dalam perut mamanya. Apapun kengkawan, doakan supaya dipermudahkan urusan kami.




Ahad, Disember 19, 2010

Apa Khabar Orang Kampung?

Selamat pagi.

Apa khabar semua? Lama dah tak bersua.

Lama dah aku tinggalkan blog usang ni. Bukan kerana malas mengemaskini, tetapi bebanan kerja semakin bertambah. Maklumlah, berkhidmat untuk negara.. Hehe..

Lepas ni aku akan cuba untuk luangkan masa untuk update blog sekerap mungkin. Banyak cerita-cerita menarik yang boleh dikongsikan bersama, nantikan je lah...

OK, aku nak mandi dulu.. Baru jer bangun tido nih..


Ahad, November 14, 2010

RenoVatioN IN PROGREs

BLOG INI SEDANG DIUBAHSUAI. SEBARANG KESULITAN AMATLAH DIKESALI



Ohhh PiZZa Hut !!!!!

Petang tadi wife aku dengan cousin die pergi Alamanda nak beli barang. Aku malas nak keluar so aku just pesan kat wife aku belikan Cheese-baked Meatball kat Pizza Hut. Sebab dah beberapa hari datang selera aku nak makan benda tu..

Sampai2 je rumah tadi, aku pun bukak lah kotak dari Pizza Hut...Punyelah sakit hati aku, bukan Cheese-baked Meatballl yang ada dalam tu, tapi Seafood Lasagna..Aku check resit, mmg wife aku order Meatball..Aku peliklah..macam mana boleh jadik benda macam ni..Padahal dieorang ada resit apa yang customer dah order...

Nak keluar pergi hantar semula, memang tak berbaloi..Dengan nak mencari parking nye lagi kang...dah membazir masa..Dengan cuaca yang tengah hujan kat luar ni lagi..Sakit nye hati aku..

Pada owner yang tersilap amik apa yang aku order tu..aku mintak halal lah..Aku pun halal kan je apa yang ko dah amik tu..Pada budak2 Pizza Hut Alamanda..Janganlah korang buat kesilapan bodoh macam ni lagi..Bagi korang mmg nampak bende kecik..Tapi bagi Customer bende tu menyakitkan hati dan boleh timbulkan masalah pada korang...

p/s; Tak kirelah orang ramai mane, tak leh ko nak jadikan alasan pasal tu..Orang ramai lagi elok, sekurangnya boleh bayar gaji korang...

Selama aku makan kat Pizza Hut, Ni lah first time jadik masalah kat aku..


[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman