[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Isnin, Oktober 29, 2012

Aku Kembali

Salam kengkawan.

Dah lama benar aku tinggalkan blog ni. Terlalu sibuk dengan urusan seharian. Biasalah, tanggungjawab sebagai lelaki memang besar. Banyak yang terpikul dibahu.

Buat masa ni aku blogging guna phone je. Tak dapat nak blogwalking selalu. Nanti bila PC dah keluar dari kotak atau aku dah format semula laptop, aku buat blogwalking.

Banyak perkara yang nak dikongsi di sini.

OK, aku beransur dulu. Nanti aku update lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, Januari 20, 2012

Raja Lawak 6

Setiap tahun semenjak RL ni ada, tak pernah miss lagi. Minat sangat bab2 melawak ni. skrg ni pun dah masuk tahun yang ke 6. Dah masuk minggu ke 2..Tak mengecewakan..semua boleh dikatakan best...



Hope tahun ni bolehlah pergi tengok Live. 'Cable' untuk dapatkan pas masuk anytime je bleh bagi...Best memang best





Khamis, Januari 19, 2012

Busy vs Sibuk

Salam..Lamanya dah tak bukak blog aku ni. Bukan saja bersawang tapi mcm rumah tinggal. Kesian betul. Blog kawan2 yang selama ni aku ikuti pun dah lama tinggal..Aduiiyaii..


Inilah penangan anak2. Komitmen yang tinggi diberi supaya dieorang semua selesa. Skrg ni alhamdulillah dah semakin biasa dengan keadaan skrg. Nak aktif ber'Blog' semula?. Tak berani lah nak janji.


Kalau nak diikutkan hati nak tutup je blog ni. Tapi sayang, sebab banyak kenangan terindah,pahit manis dalam catatan aku ni...Kesiannnnnnnnn










Rabu, Ogos 10, 2011

Hembusan nafas lega....






Setelah sebulan berkampung di Hospital Putrajaya, akhirnya... Penat tak penat, belakang kira. Yang penting dia sihat, aktif, ceria gembira macam dulu.

 
Meningitis. Itu yang doktor bagitahu. Aku dan isteri, pasrah, redha. Ini ujian daripadaNYA. DIA sahaja yang maha mengetahui. Kami berikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan doktor yang bertugas untuk prosedur-prosedur kritikal dan apa jua cara yang memungkinkan jangkitan itu disekat, dan seterusnya dihapuskan. Berkat doa kami siang dan malam, doa keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan serta usaha dan kerja keras pasukan perubatan, dia kembali sihat. 


Terima kasih semua...


Khamis, Jun 23, 2011

Rutin ibu dan anak...

masuk bilik,

pasang aircond maksimum,
pasang kipas,
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...


ni je lah keje nyerrrrr...



[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman