Ini lah salah satu hal yang mencabar kesabaran aku harini. Tapi ditenangkan oleh Shazali. Camni story nyer..Aku berhajat nk buka akaun Maybank. Sebab nanti senang nak buat transfer itu ini. Dah lama cadang nk buka akaun, tapi sebabkan masa yang terhad so tak dapatlah nk uruskan.
Kejadian Pertama (Maybank Serdang)
Aku masuk jumpa sorang pekerja kat kaunter. Aku bgtau dia yang aku nak buka akaun simpanan. Dia pun mintalah IC aku.
Aku: Salam. Selamat Hari Raya. Saya nk buka akaun maybank cik
Maybank : "Mintak IC cik"..Cik kerja kat mana yer dan tinggal kat mana?
Aku : Saya kerja kat Putrajaya dan tinggal kat area Kajang.
Maybank : Ooooo...Kalo macam tu cik kene buka akaun kat area Kajang ataupun Putrajaya. Kalo di Putrajaya cik kene sediakan surat pengesahan majikan.
Aku : Oooo yeke. Tak tau lah plak saya. Ingat kan kat mane2 Maybank boleh buka akaun. Kene tengok alamat Ic pulak eh. Ok lah kalo mcm tu saya ke Kajang je lah.
Aku pun teruslah meneruskan perjalanan ke Maybank Kajang dengan harapan takda lah apa2 masalah lagi timbul lepas ni.
Kejadian ke 2 ( Maybank Kajang )
Aku: Salam, saya nk buka akaun maybank lah puan.
Maybank: Mintak IC cik......Maaf cik, alamat IC cik bukan area Kajang.
Aku: Tapi saya tinggal kat area Kajang puan.
Maybank : Kalo tinggal kat area Kajang, Cik kene bawak Bill Air, Astro ataupun Elektrik sebagai bukti yang cik menetap di Kajang. Ataupun cik kene buka kat Maybank Seremban.
Aku: Lah yeke, tadi saya ke Maybank Serdang takde pun bgtau saya pasal bil2 ni. Kalo saya tau mmg saya takdelah nk pergi Maybank sini.Dieorang just bgtau suh saya buka akaun kat area Kajang.
Maybank: Kalo mcm tu cik kene bawak apa2 bil yang berkaitanlah untuk tujuan sebagai bukti.Ataupun surat pengesahan majikan tempat cik bekerja.
Aku : Yelah. Nak buka akaun pun susah. Terima Kasih banyak2 ye Puan sebab menyusahkan saya.
Maybank: (Terkebil-kebil)
Aku dengan hati yang dah panas membara, dengan keadaan cuaca yang panas pun terus bgtau pada Zali yang aku nk buat kat Seremban je. Zali pun setujulah. Aku pun terus direct ke Seremban.
Kejadian ke 3 (Maybank Seremban)
Maybank: Ye cik boleh saya bantu.
Aku: Saya nk buka akaun Maybank lah puan.
Maybank: Untuk gaji atau simpanan biasa.Minta ic cik
Aku: Simpanan biasa sahaja puan.
(Orang ni pun terus cek ic aku gune ntah apa bende alatnya ntah)
Maybank: Maaf cik, alat ni tak dapat nk baca cip ic cik lah. Encik boleh pergi ke kaunter 5.
(Aku pun pergilah ke kaunter 5 tu dan terus serahkan ic aku)
Maybank 2: Sorry cik, tak leh nk baca cip ic cik ni.
(Lepas tu dia bagi ic aku terus je diam, tanpa bgtau aku apa2 pun. Untuk taknak menghampakan harapan aku, aku pergi semula ke kaunter pertanyaan tadi)
Aku: Takleh baca jugaklah cip ic saya ni.
Maybank: Kalo mcm tu cik naik tingkat atas. Kaunter 2 ye.
(Aku pun terhegeh2 lah naik ke tingkat atas dan terus ke kaunter 2)
Aku: Selamat pagi. Saya nk buka akaun maybank, tadi sy cek ic saya dibawah tak boleh. So dieorang suh saya naik atas ni.
Maybank 3: Sebentar ye cik..
( Die pun teruslah cek ic aku guna alat yang sama jugak)
Maybank 3: Maaf cik memang tak leh detect lah.Selalunya kalo tak leh detect mmg kite tak boleh nak buka akaun.
Aku: So mcm mana ni cik, dah dua cawangan Maybank saya pergi untuk buka akaun ni. Masuk ni yang ketiga. Saya taknaklah kedatangan saya ke sini sia2 sahaja. Wasting my time only.
Maybank 3: Ok Sebentar cik. Cik sini ada plan simpanan kewangan. Bayar RM100 sebulan dapat 25 ribu lebih dalam masa 15 tahun. Encik berminat tak? Kalo masuk ni mayb boleh buka akaun tanpa cek ic tu. Gune ic potostat je.
(Minah ni pun call ntah sapa ntah tanya pasal plan ni, samada boleh buka tanpa detect ic..Kemudian dengarlah dia berkata.Ok boleh ye)
Maybank 3: Ok sebentar cik, cik isi dulu borang ni yer
Aku: So kalo masuk plan ni saya boleh buka akaunlah yer.Yelah saya masuk je lah. Janji saya boleh buka akaun and takyah rasa kedatangan saya sia2 je dari jauh.
(Aku isi lah borang yang minah ni bagi. Ada 2 jenis borang. Semua aku isi)
Maybank 3: Ok cik, sila ikut saya ke bawah.
(Kat bawah aku ditemukan dengan sorang lagi pegawai bagi menerangkan tentang plan tu dan faedahnya)
Aku: Saya setuju nak masuk plan ni, janji saya dapat buka akaun Maybank. Lepasni mmg takde masa g nk buka akaun, saya pun bukan kerja sini.
Maybank 4: Ok cik, sila ke kaunter 3 ye.
(Aku pun pergilah ke kaunter 3. Terperuk lama jugak aku tunggu kat situ. Sampai turn aku bagilah borang2 tadi. Aku lepas tu diarah ke Kaunter 5 semula. Ada serba sedikit penerangan dari pegawai ni. Dengar je lah. Alhamdulillah dari pukul 1030 pagi aku masuk untuk urusan buka akaun ni, selesai dekat pukul 1 petang)...
Aduiyai mcm2 dugaan dan cabaran aku tempuh harini. Korang semua nilailah sendiri dengan hal yang jadi kat aku harini. Sebab information yang diberi tak lengkap, pelanggan yang jadi mangsa.
Fikir2kan lah ye kengkawan.
Sesiapa yang baca blog aku ni Staf Maybank, jgn lak marah. Open skit minda tu ok. Sebelum terlupa, aku pun tanye jugak tadi, napa kene ikut alamat ic untuk buka akuan, Aku pun diberitahu untuk mengelakkan penipuan. Taktaulah aku penipuan camne yang boleh jadi. Tu mmg dah dasar bank nk buat camne. Kenelah jugak ikut. Apa2pun thankz to Maybank Seremban sebab dapat sediakan akaun untuk aku. Walaupun lama melepak kat situ, aku puas hati sebab dah berjaya buka akaun.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan