[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]
Jumaat, Oktober 16, 2009
ArmaNd
Mungkin aku jarang bercerita mengenai diri si kecil ini. Namanya Armand Firdaus. Abang kepada Aiman..Umurnya sudah mencecah 3 tahun. Seorang yang sangat pemalu dan aktif. Tinggal bersama nenek dan datuknya dikampung (Kuching)..Badannya kurus berbanding adiknya Aiman yang dikategorikan berisi.Kesian sangat. Takda selera makan agaknya.
Pernah dipelawa untuk tinggal di semenanjung, tapi Armand tak mahu ikut mama nya. Mungkin dia sudah biasa hidup bersama nenek dan datuknya. Malah dia sangat dimanjakan. Pada awal dahulu, dia kurang rapat dengan aku. Mungkin tak biasa. Tapi lama kelamaan dia sudah mula rapat dengan aku. Mungkin dalam pemikirannya bahawa aku lah Papa nya. Tersentuh hati pabila mulutnya mengungkap perkataan Papa dengan begitu manja.
Wajahnya kelihatan tampak ceria apabila Mamanya dan adiknya balik ke Kuching. Tapi wajahnya suram dan nampak begitu sedih pabila Mama dan adiknya pulang semula ke KL. Masa pertama kali aku ke sana, bila masa untuk balik ke KL, dia menangis. Sedih aku masa tu.
Sama juga masa hendak balik ke KL tempoh hari, walaupun tiada kedengaran tangisnya, tapi melihat wajahnya membuatkan hati aku sedih. Sekiranya boleh, mahu je aku bawa nya ke sini. Bersama2 dengan Mama dan adiknya Aiman.
Armand, Papa sayang sangat kat Armand. Jangan nakal2 tau kat sana..Ikut kata Nenek dan Atuk. Insyaallah satu hari nanti kita akan hidup bahgia bersama2 ye..Papa janji akan jaga Armand, Aiman dan Mama....Sayang sangat2.......
Walaupun mereka berdua (Armand & Aiman) bukanlah anak kandung aku sendiri, tapi aku dah menganggap mereka mcm anak aku sendiri. Malahan lebih daripada tu. Aku sayang sangat pada dieorang..
Aku hanya berharap satu hari nanti, dieorang dapatlah sedekahkan Al-Fatihah pada aku, andainya aku sudah tiada kat dunia ni....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan