Berikut adalah info keganasan Penyokong Kelantan sepanjang Tahun 2009 yang dipetik dari Kosmo Online
1) 1 Mac 2009:Penyokong Kelantan dan Selangor melontar objek diantara satu sama lain di Stadium Shah Alam dalam saingan Liga Super
2) 1 April 2009 :Penonton membaling objek di Stadium Sultan Muhammad ke - IV ketika saingan Liga Super menentang Negeri Sembilan
3) 7 April 2009 : Trak polis dibakar dan kereta penonton dipecahkan selepas penyokong Kelantan mengamuk di Stadium Sultan Muhammad ke -IV dalam saingan separuh akhir Piala FA pertama menentang Negeri Sembilan
4) 9 April 2009 : FAM mendenda KAFA RM90,000 dan menggantung stadium Sultan Muhammad ke - IV daripada sebarang perlawanan Liga Malaysia
5) 7 November 2009 : Beberapa kerusi dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dibakar dan pemain serta penyokong Negeri Sembilan dilaporkan diserang oleh penyokong Kelantan didalam dan diluar stadium pada Final Piala Malaysia
Apa yang boleh ditafsirkan dengan info2 yang dinyatakan ini. Adakah betul2 penyokong Kelantan berminat untuk menonton bola sepak ataupun hanya berminat untuk mencetuskan provokasi?. Memang bukan semua penyokong yang bersifat mcm ni. Tapi inilah hakikatnya yang kita dah saksikan semasa perlawan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sabtu lalu.
Kalah menang adalah adat pertandingan. Tapi adakah kalo mereka menang kejadian mcm ni tidak akan berlaku. Mungkin kalau pasukan mereka menang kejadian yang lebih buruk akan berlaku. Ingatlah kita di Malaysia ada undang2. Boleh dikatakan kebanyakan penonton malam itu adalah terdiri dari bangsa kita sendiri iaitu Bangsa Melayu. Ini ke yang kita nak tunjukkan pada orang luar, sikap biadap, tak bertamadun dan sebagainya.
Dari pemerhatian aku, perkara yang terjadi malam tu umpama macam medan pertempuran. Pemain tak melebih2 penyokong pulak yang beriya2. Hormatlah pada DYTM Tuanku Mukhriz dan Pemangku Sultan Kelantan yang hadir juga menyaksikan perlawanan pada malam tu. Kita orang melayu kaya dengan adat dan budi bahasa.
Takkan disebabkan oleh bola mewajibkan perkara2 yang tidak diingini macam ni. Kalau betul2 ada semangat kesukanan memang benda2 yang teramat teruk mcm ni takkan terjadi. Bagi aku biasalah kalau kita terdengar perang mulut antara penyokong2. Tapi takdalah sampai nak mengancam nyawa mana2 pihak. Bakar kerusi, bakar itu bakar ini.
Aku sendiri percaya, andaikata pasukan Negeri Sembilan tewas pada malam tu, benda2 mcm ni tak mungkin terjadi. Bukan nak sebelahkan mana2 pihak tapi itulah hakikatnya. Ini permainan bola sepak Malaysia, bukannya tempat untuk menunjukkan sifat kenegerian masing2.
Diharap hukuman yang setimpal akan dikenakan pada pihak yang bertanggungjawab. Jangan nanti orang luar mengatakan bahawa Sukan Bola Sepak adalah bukan sukan yang selamat lagi di Malaysia. Tiadanya tahap keselamatan untuk melindungi penyokong2 yang lain. Bukannya semua kaum lelaki sahaja yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak. Bahkan ada juga kaum Ibu, serta anak2 yang menyaksikan perlawanan tersebut.
Jagalah nama baik Negeri Kelantan. Jangan disebabkan segelintir yang bertindak mcm ni, keseluruhan penyokong Kelantan dilabelkan sebagai ganas.
Tahniah buat Negeri Sembilan dan tahniah juga buat Kelantan kerana telah berjaya memasuki Final Piala Malaysia.
betul lah jang, ai sendiri sebagai anak kelahiran Qlate turut bersimpati atas ape yam berlaku...dah macam x leh nak dibendung lagi...insyaAllah harap2 agar pihak berwajib tau langkah2 yam sepatutnye supaya kejadian seperti ini x berulang...bagi ai, x guna nak denda juta2 pun kalo tabiat penyokong yam melampau macam ni x dapat dibanteras lagi... moga sukan bola sepak di Malaysia tambah bertamadun dari segi penyokong nye...!
BalasPadamsbg anak jati kelate sy xkan marah if terbace kupasan2 psl sikap sebahagian rkyat kelantan yg begitu taksub dan kurang ajar pd plwnn bola final kel-Ns hr 2..mereka benar2 mlampau..mncemarkn imej bola sepak kelantan..imej tok guru..imej negeri kelantan yg ditadbir para ulama dan bijak pandai! smoga pesatuan bola sepak mesia ada cara tok mnangani kes sebegini dr berulang..jgn sbb nila setitik..habes ungu sebelanga susu!
BalasPadammemang, disebabkan segelintir yang melakukan bende2 kurang ajar mcm tu, yang mendapat nama satu negeri Kelantan.bukan orang yang melakukan tu, tapi NEGERI Kelantan...semua tu dieorang tak pikir...
BalasPadamCONGRATS N9
BalasPadamjang...apsal x angkat tepon?