[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Isnin, November 02, 2009

TandAs KoTOr



Melihat pemandangan luaran, stesen minyak ni sangat cantik..Dengan keluasan kawasan yang besar cukup selesa untuk pemandu2 mengisi minyak, membeli makanan atau minuman dan sebagainya setelah selesai urusan di LCCT samada baru turun dari pesawat, menghantar saudara mara ataupun baru balik bekerja..
Petang semalam, selepas selesai menghantar Mak Fiza kat LCCT, aku pun singgah lah kat sini untuk isi minyak dan belikan air untuk Aiman. Masa tu memang terasa nak buang air kecil. Singgah lah aku ke tandas stesen minyak ni.

Apa yang boleh ditafsirkan disini ialah , persekitaran tandas yang boleh dikategorikan sebagai sangat kotor dan menjijikkan..Dengan bau yang menyucuk hidung...Macam ni ke nak tunjukkan kepada orang luar terutama kepada pelancong2 tahap kebersihan tandas kat Malaysia...Sempat disnap beberapa gambar, tapi kebetulan masa nak snap gambar ni, sorang pekerja(mat bangla) stesen minyak tersebut baru sahaja mengemop lantai....Tak dapat nak tunjukkan gambar lantai yang menjijikkan. Kalo bolehlah gambar ni mengeluarkan bau, tentu korang semua seksa dengan baunya..

Bukan pertama kali aku singgah kat sini..Boleh dikatakan setiap kali aku ada urusan kat LCCT mesti aku singgah untuk mengisi minyak atau beli air..Tapi setiap kali aku datang tulah, keadaan tandas ni sama sahaja...Mana perginya kakitangan untuk bersihkan tandas ni..Semua tido ke or bz sangat dengan kerja lain?

Takda ke jadual untuk membersihkan tandas..Kalo dah tau ramai orang yang gunakan, at least kekerapan untuk membersihkan tandas ni di perbanyakkan...Ataupun staf2 sini hanya tutup mata je kalo tandas dah kotor mcm ni. Ataupun dibersihkan ketika Penyelia atau Bos datang nak melawat atau kutip duit?????

Bukan untuk menyalahkan sebelah pihak, tetapi sekurangnya tanggungjawab pemilik stesen ataupun kakitangan kat sini ambil inisiatif untuk menjaga kebersihan..Jarang sangat sekarang ni aku tengok tandas2 kat stesen minyak yang kotor..Kalo tempat lain boleh buat, napa kat sini tak boleh buat...?

JIJIK.........

Takda niat untuk memalukan sesiapa. Tapi kita sendiri boleh pikirlah....Diharap nanti kalo aku singgah lagi kat sini adalah perubahan......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman