[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Selasa, November 10, 2009

KTM KoMuTer



Tujuan aku menulis bukan untuk memalukan atau menjatuhkan mana2 pihak. Tapi ini adalah pengalaman sebenar diri aku sendiri pada malam tadi dan juga aku percaya bahawa perkara ini juga pernah terjadi pada orang lain..


Memang dah lama aku tak menggunakan khidmat KTM Komuter ini. Kali terakhir aku gunakan adalah pada hujung tahun 2008. Masa tu aku menggunakan Komuter ini untuk balik ke kampung aku di Seremban.


Aku memang bercadang untuk membawa Aiman dan Fiza merasai pengalaman menaiki Komuter dan kebetulan malam tadi aku nak ke Serdang , timbullah idea untuk menaiki Komuter dari Stesen Kajang menuju ke Serdang. Kalo nak diikutkan perjalanan menggunakan kenderaan seperti kereta dari Kajang ke Serdang adalah lebih kurang 8 ke 10 minit sahaja.

Lebih kurang jam 1948(7.48p.m) aku pun sampailah ke Stesen Komuter Kajang. Harga tiket dari Kajang ke Serdang adalah RM1.10 sahaja(harga tambang dewasa) . Bagi aku memanglah kosnya murah berbanding menaiki kereta. Perlu bayar tol dan terutamanya minyak lah.


Terpapar dengan jelas di skrin yang berada di Platform bahawa Tren ke arah Rawang dari Seremban akan tiba jam 1957(7.57p.m) Kami semua rasa seronoklah sebab kene pada masanya kami sampai ke situ. Orang pun tak berapa ramai masa tu. Aiman lah orang yang paling seronok. Fiza pula rasa teruja juga sebab ini adalah pengalaman pertamanya menaiki Komuter.


Waktu di skrin telah menunjukkan jam 1957(7:57p.m), tapi tiada tanda2 ketibaan tren. Dalam hati aku berkata2 mungkin sekejap lagi sampailah tren ni. Tapi apa yang ditunggu masih tak muncul2..Terteralah waktu terbaru pada skrin menunjukkan Tren seterusnya ke arah Rawang dari Seremban akan tiba jam 2012 (8:12p.m)..
Orang makin lama makin ramai menunggu ketibaan tren. 

Nak dipendekkan cerita, bila sahaja waktu di skrin tersebut menunjukkan jam 2012(8:12p.m)...masih takda tanda2 kemunculan tren seperti masa yang telah dipaparkan di skrin..Sekali lagi kami hampa.Bukan kami sahaja malah semua yang sedang menunggu masa tu mengeluh..Aiman pula mula rasa tak selesa. Kebetulan angin pun takda bertiup lalu masa tu, so keadaan cuaca terasa berbahang walaupun hujan mula turun renyai2.


Waktu ketibaan yang terbaru pula terpapar, 2026(8:26p.m) ataupun 2028(8:28p.m) kalo tak silap aku. Masa tu aku dah mula rasa tak selesa sebenarnya. Dengan keadaan yang panas dan berpeluh. Disamping Aiman yang mula meragam..Akhirnya jam 2028(8:28p.m ataupun 2029(8:29p.m) tren yang ditunggu tak kunjung tiba tadi pun muncul..Apa yang boleh ditafsirkan pasal ni?????????????



Kenapa ye pihak yang bertanggungjawab tak terus meletakkan atau memaparkan di skrin ketibaan bahawa tren seterusnya adalah pada jam 2028(8:28p.m). Kenapa perlu meletakkan waktu2 yang tren tidak mungkin akan tiba. 1957 , 2012, 2028..Mustahil pengurusan tak tau bahawa tren yang akan tiba tu lewat. 
Bagi pendapat aku, tak guna meletakkan masa ketibaan kalau tren yang dijanjikan akan muncul, tak pun muncul2..At least maklumkanlah pada pengguna bahawa tren akan tiba lewat. Tapi apa yang aku tengok tiada pun pengumuman pasal kelewatan.


Cuma pengumuman pasal penyeluk saku dan menjaga keselamatan harta benda.


Baik diletakkan terus waktu sebenar waktu tren yang akan tiba tu..
Macam menipu pengguna lah aku rasakan benda2 mcm ni...Macam ni ke perkhidmatan KTM Komuter selama ni yer..Perjalanan yang sepatutnya menggunakan kenderaan biasa mengambil masa 8-10 minit sahaja telah menjadi lebih kurang 40 minit.


30 minit menunggu tren tiba,7 ke 8 minit masa perjalanan...



Mungkin pada waktu pagi waktu orang bekerja, masa ketibaan ni adalah tepat. Napa tak diteruskan sampai habis. Kenapa perlu memilih2 waktu..Kalo dah tau tren akan lambat tak perlulah menjanjikan ketibaan tren mengikut waktu yang terpapar pada skrin. Kan nampak macam lakonan je semata2. Baik letak terus waktu yang betul Takda lah orang sakit hati, orang mengeluh dan sebagainya...


Bagi aku lepas ni tak taulah samada teringin lagi atau tak untuk menggunakan khidmat KTM Komuter ni. Mungkin aku ada kenderaan sendiri. So pilihan tu adalah. Tapi macam mana pada orang yang bergantung harap pada perkhidmatan ni. Yang takda pilihan lain....Yang tiada kenderaan sendiri..Nak tak nak terpaksalah juga menggunakannya...

Pikir2kan lahhhhhhhhhhh...



p/s: Tiada niat untuk menjatuhkan maruah mana2 pihak, tapi ini adalah salah satu suara yang menyatakan keluhan.Mungkin ada ribuan atau jutaan lagi yang merasainya..Mungkin juga ada yang dah lali dan sebagainya.










4 ulasan:

  1. Betul tu jang, ai pun penah merasakan nye juga pengalaman seperti ini...MENUNGGU TRAIN X KUNJUNG TIBA...
    teringat kali pertama KTM beroperasi, ai berusia lingkungan 10 tahun... sekitar tahun 1995 kalo x salah, KTM menawarkan tiket perjalanan PERCUMA ke mana-mana sahaja destinasi. Waktu tu arwah abah ai ambil jua kesempatan ini membawa ma ai, arwah adek, & juga ai bercuti dan beraya di PORT DICKSON. turun di hentian KTM SEREMBAN. Seronok bukan main waktu tu...itu sume adalah kenangan indah ai bersama KTM...namun dalam kehidupan ini perlu diingat "JIKA ADA MANIS TENTUNYA ADA PAHITNYA"... ('',)

    BalasPadam
  2. Aku pun pernah merasa naik tren guna tiket kemana2 tu..tak silap aku harganya dulu RM5 or RM6 masa tu..aku first time naik tren ni tahun 1995 jugak. masa tu darjah 5 baru..stesen pertama yang aku naik adalah di Bukit Badak dan turun di stesen Klang...hahahahahah...tapi dulu timenye memang tip top..

    BalasPadam
  3. dah lama tau pasal perkhidmatan komuter yg x bgs. and memang dah lame x naik komoter.. rela naik bus kot..huhu

    BalasPadam
  4. keji gila diorang.
    mati pun aku tak naik g dah..

    BalasPadam

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman