[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Jumaat, November 20, 2009

NoTis PanGGiLan

Semalam dapatlah satu notis dari JPJ Selangor.. Notis Panggilan Pemeriksaan Kenderaan..Dalam notis tu ada dinyatakan bahawa aku kene bawa kereta aku untuk diperiksa di JPJ Selangor pada 23 November ni jam 9 pagi hingga 3 petang..

Juga dinyatakan pemeriksaan perlu dilakukan atas kesalahan CERMIN GELAP..

Andaikata tidak hadir atau gagal hadir pada tarikh tersebut, maka aku telah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Oleh kerana telah mendapat notis sedemikian, maka aku dengan rela hatinya akan menghadirkan diri untuk membuat pemeriksaan pada kereta aku tu..

Untuk itu pada kawan2 yang rasa2 menggunakan cermin gelap atau rasa2 cermin tu memang gelap maka berhati2 lah dan disyorkan untuk menukar tinted pada cermin kereta masing2 kepada tinted yang dibenarkan..

Untuk pengetahuan, kereta aku tidak ditahan dimana2 operasi JPJ, tapi mungkin telah terserempak dengan Penguatkuasa JPJ di jalanraya dan akhirnya notis ini telah sampai ke rumah aku..

Oleh yang demikian, kenelah akur dengan Notis ini..So lepas ni, untuk membuktikan yang JPJ benar2 menguatkuasakan undang2 penggunaan cermin gelap ni..Maka dengan itu haruslah dibuat operasi besar-besaran menentang penggunaan cermin gelap ni terutama pada kereta2 mewah yang ada di Malaysia ini..Contoh seperti Toyota Alphard,Toyota Wish, Toyota Estima dan sebagainyalah..

Janganlah sekadar mencari kereta2 biasa yang digunakan oleh rakyat yang kurang berkemampuan sahaja..

Sekian...


Note: Isnin 23 November aku akan buat N3 mengenai pemeriksaan kereta aku tu nanti. Tungguuuuu!!!!


2 ulasan:

  1. btol.
    biasa klu tinted dibenarkan pihak kedai ad bg surat mengesahkan tinted tu disahkan.
    klu kne tahan. tunjuk je surat tuh.

    ngee~~

    BalasPadam

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman