
WGF 5128. Inilah dia antara pemandu yang memandu kereta yang dianggapnya hebat dan laju memandu secara membabi buta dan bersikap kurang ajar serta berlagak seolah2 samseng jalanraya. Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan orang lain.
Petang tadi, otw aku balik ke ofis bersama wife aku..sampai kat Tol..kereta memang banyak. Pondok tol yang bukak hanya 2 bijik sahaja. Touch N Go aku pulak duit tinggal RM0.50.. Tengah2 aku beratur nak bayar tol, tiba2 kereta yang dipandu oleh mamat yang kurang ajar ni memotong Q. Bukan setakat potong Q saja, tapi menghimpit kereta aku seolah2 kereta aku takda kat situ. Nyaris2 aku terlanggar kon sebab nak mengelak. Yang aku sakit hati tu, mamat yang kurang ajar ni buat bodoh je macam takde apa2..
Tak namanya kurang ajar ke..Dahlah aku bawak bini aku yang tengah sarat mengandung..Mana tak sakit hati..Nak je aku tibai guna cotar...
Hati2 lah ngan pemandu ni..Mungkin korang pulak jadik mangsa seterusnya...
