[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Sabtu, Februari 28, 2009

Lagu KegeMaraN Aku

Aku nak berkongsi dengan semua lagu-lagu kegemaran aku.



Ahli KeluarGa Aku


AdiK BongSu



Adik KeDua



My MuMz


Sekarang aku ingin memperkenalkan ahli-ahli keluarga aku. Mereka ini lah insan yang aku paling sayang dari dunia sampailah akhirat.

My MUM...
Nama mak aku Zainap Bt Udin. Asal dari Kg Rantau N.Sembilan. Sekarang mak aku berumur 48 tahun. Seorang yang ceria, peramah dan seorang yang tabah. Dialah yang telah membesarkan aku adik beradik semenjak ayah aku meninggal dunia pada tahun 1995. Segala pengorbanan dan kasih sayang yang mak aku curahkan pada adik-adik dan aku tidak dapat aku membalasnya. Dialah ibu dia juga lah bapa kepada aku adik beradik. Tiada sesapa yang dapat menggantikan tempat mak aku. Kami adik beradik teramat sayang kepadanya. Tapi sekarang dia sudah tidak bekerja lagi kerana sudah sampai masanya dia berehat di rumah dan kami adik beradik yang akan menyaranya.
AdiK Aku.
Namanya Mohd Hazril Sham. Sekarang berumur 24 tahun. Seorang yang nakal dan boleh dikategorikan sebagai seorang yang degil juga. Tapi alhamdulillah dia sekarang juga mempunyai kerjayanya sendiri. Dia sekarang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di salah sebuah klinik di Cheras.

Adik Bongsu Aku..
Namanya Mohd Izwan Efendi. Berumur 22 tahun. Baru sahaja menamatkan pengajian di UiTM Shah Alam dalam jurusan Sains Geomatik. Seorang yang pendiam dan manja dengan mak aku. Kadang-kadang dia ni seorang yang pemarah juga. Ketika dia sedang menduduki peperiksaan Semester Akhir, dia telah mendapat surat tawaran kerja dari pejabat SUK Negeri Sembilan. Alhamdulillah walaupun kerjanya sekarang tiada kena mengena dengan apa yang dibelajarnya...sekurang-kurangnya dia tidak hanya duduk di rumah dan menghabiskan masa tidak tentu hala.

































PengaLaman Kerja Aku

Semua orang pasti ada pengalaman kerja pada peringkat awal. Masa tu kite cuma bekerja cuma untuk mengisi masa lapang dan nak merasa duit sendiri. Masa itu juga lah timbulnya perasaan tanggungjawab kita tanpa kita sedari sebenarnya.

Pengalaman kerja aku yang Pertama:
Sebaik sahaja aku menghabiskan pengajian di peringkat Sekolah Menengah, aku telah diajak oleh kawan aku untuk bekerja di sebuah kilang Sarung Tangan di Kawasan Perindustrian Senawang. Disitulah baru aku tahu macam mana susahnya mak aku mencari rezeki untuk membesarkan aku adik beradik. Kerana pada masa itu juga mak aku bekerja sebagai Operator Kilang Elektronik (YanO ElecTronics) di Kawasan Perindustrian TTJ berhampiran dengan tempat kerja aku. Disitu aku cuma bekerja selama 2 bulan sahaja.

Pengalaman kerja aku yang Ke Dua:
Setelah aku berhenti kerja di Kilang Sarung tangan itu, aku duduk di rumah untuk beberapa hari. Kemudian dengan bantuan seorang kawan aku, aku telah bekerja si sebuah Pusat Snooker & Cyber Cafe yang terletak di Seremban Jaya Negeri Sembilan. Pada mulanya aku seronok bekerja disitu disebabkan aku bekerja di Pusat Snooker kerana Sukan Snooker adalah sukan kegemaraan aku pada masa itu. Di situ juga terdapatnya Cyber Cafe yang membolehkan aku belajar dengan lebih dalam mengenai Komputer dan melayari Internet dengan sesuka hati tanpa dikenakan bayaran.
Aku bekerja disitu pun tidak lama kerana aku telah mendapat panggilan untuk melanjutkan pelajaran di IKM johor Bahru walaupun semasa itu aku tidak berminat untuk menyambung pelajaran.

Pengalaman kerja aku yang ke Tiga:
Setelah menghabiskan masa selama 1 tahun 6bulan di IKM Johor Bahru, aku telah memulakan kisah kerja aku di sebuah Pasar baru yang terletak di Seremban Jaya. Disana aku membantu Mak Cik dan Pak Cik aku menjual sayur-sayur kampung. Kebetulan arwah datuk aku pun ada sekali membantu mereka. Tujuan aku hanyalah satu, aku berasa kasihan dengan datuk aku berniaga seorang diri tanpa dibantu. Selepas habis menjual di pasar, aku terus membantu Mak Cik aku di kedai makannya yang terletak berhampiran dengan pasar. Begitulah keadaan aku setiap hari. Permulaan upah aku seharian hanyalah RM5. Tapi aku tetap bersabar sehinggalah upah aku sehari menjangkau RM30 - RM40. Hanya 1 tahun sahaja aku bertahan disana membantu mak cik aku.

Pengalaman kerjaya aku yang ke Empat:
Mak aku mendesak aku untuk mencari kerja lain. Kerana mak aku berpendapat tiadanya potongan EPF / KWSP hanyalah merugikan diri aku sebenarnya. Aku pun berhenti dari membantu mak cik aku. Berkat kesungguhan mencari kerja setiap hari, akhirnya aku berjaya mendapatkan kerja di salahsebuah kilang di Kawasan Perindustrian TTJ. Aku sekarang bekerja di kilang membuat Jubin Seramik. Pada mulanya aku tidak tahan bekerja disitu dengan keadaan habuk dan berdebu. Aku mencuba jugak sehingga lah setahun. Alhamdulillah aku dapat surat dari SPA. Surat tawaran bekerja di Sektor Awam.

Jumaat, Februari 27, 2009

My Car


Latest Gune Sport Rim Lenso Samurai 17' Super Lightweight



Sport Rim pertama untuk Myvi aku K-Speed Taiwan Lightweight 16'




Ini masa mula2 keluar dulu.Standard lagi. Buruk giler


Nak story skit pasal kereta kesayangan aku ni. Ini adalah My first car. Perodua Myvi yang dibeli pada bulan 12 tahun 2006 selepas 6 bulan aku bekerja. Seronok sangat dapat memiliki kereta sendiri. Yelah ini lah angan-angan aku semenjak dari sekolah dulu.
Kisahnya pasal kereta ni...Masa tu tak pernah terpikir pun nak beli kereta apa. Tapi atas nasihat sahabat2 dieorang suruh aku try ambil myvi.
Memang tak sia-sia aku beli kereta ni. Memang selesa sangat. Terkejut gak aku masa tu nampak mcm kecil je dari luaran tapi sebenarnya selesa bila duduk kat dalam.

Aku puas hati sangat dapat beli kereta ni. Dapatlah aku pergi kemana2 tanpa ada sesiapa nak marah ke or nak bising-bising. Yelah sebab kereta sendirikan.
Senang nak bawak mak aku g jalan2 kesana ke mari. Tak payah nak pinjam-pinjam kereta orang lain.
Sekarang kereta aku dan berusia 3 tahun. Macam- aku dah ubah bagi nampak smart. Maklumlah hati muda. Adalah 2 kali aku tukar sport rim ni.
Tak pernah sekali pun timbulkan masalah pada aku kereta ni.
Satu Semenanjung aku dah jejak. Apa2 pun ini lah kenderaan aku yang aku rasa paling puas hati sekali beli.

Sesiapa berkeinginan nak beli kereta tu, belilah Myvi memang korang takkan menyesal..

Adiozz

Khamis, Februari 26, 2009

Diri Aku


Salam semua

Nama aku Mohamad Hazrul Helmi. Kalo kawan kat ofis cume panggil JanG dan kat kampung pulak dieorang panggil BADUT. Aku ni orangnya takdelah berapa handsome sangat, cume sedap mata memandang je. Seorang yang periang, peramah dan suka berkawan tidak kira dengan sesiapa sahaja pun. Asalkan orang tu ikhlas nak berkawan dengan aku.
Adik beradik cuma 3 orang sahaja (termasuk aku). Hasil perkahwinan mak aku Zainap Bt Udin dan arwah ayah aku Mohamad Sum bin Hassan dapatlah 3 orang anak sahaja.

Aku memulakan pendidikan aku kat Tadika Kemas di kampung ayah aku iaitu kat Kampung Gadung Jaya, Labu Negeri Sembilan. Apabila masuk darjah 1 aku telah disekolahkan kat Jelebu Negeri Sembilan. Nama sekolah aku dah tak ingat sebab dah lama sangat.
Aku bersekolah kat situ sekejap sahaja sebab arwah ayah aku telah ditukarkan tempat kerja di HQ TNB Cawangan Seremban semasa aku darjah 2.
Semasa di Seremban pula aku disekolahkan di Sek Keb Methodist (ACS) sehingga lah aku berada dalam darjah 5.
Langit yang terang jangan disangka Tak Hujan, pada tanggal 29 November Tahun 1995 keluarga aku telah diduga oleh Allah S.W.T kerana pemergian ayah aku ke Rahmatullah ketika aku adik beradik masih kecil lagi. Masih memerlukan belaian dan kasih sayang seorang bapa. Tapi takdir dah menentukan segalanya.. Ajal dan jodoh ditangan tuhan.
Ayah aku meninggal dunia kerana mengalami Angin Ahmar ataupun Stroke.
Semenjak pada hari itulah tanggungjawab ibu aku bertambah berat kerana terpaksa menjadi ayah dan ibu pada satu masa.
Kemudian ibu aku mengambil keputusan untuk berpindah ke kampungnya, dan aku telah disekolahkan di Sek Ren Keb Dato' Akhir Zaman semasa aku berada dalam darjah 6.

Pada Tahun 1997,semasa aku telah melangkah ke Tingkatan 1 aku telah bersekolah di Sek Men Keb Dato Samsudin Nain sehingga lah aku berada di Tingkatan 5.
Berbagai kenangan pahit dan manis aku di sekolah itu. Semasa aku bersekolah menengah aku telah menjadi Pengawas dari Tingkatan 1 sehingga lah Tingkatan 5. Kemudian pada Tingkatan 4, guru pengawas sekolah aku telah melantik aku menjadi Pemangku Ketua Pengawas sehingga lah aku menjadi Ketua Pengawas apabila berada di dalam Tingkatan 5.

Pada Tahun 2002 aku telah melanjutkan pelajaran aku di InstituT Kemahiran Mara Johor Bahru. Aku telah mengambil jurusan Pembuatan (Machining) sehinggalah tahun 2003.
Begitu lah serba sedikit tentang tahap pendidikan aku.

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman