[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Khamis, Disember 27, 2012

Check-up 2 tahun

Lagi 2 hari, genap usia Abril 2 tahun. 

Tengah hari Tadi aku keluar sekejap, bawa dia ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan rutin. Kali ini, aku bawa dia seorang diri memandangkan mama masih di dalam tempoh berpantang. Alhamdulillah dia berkelakuan baik sepanjang kami berada di sana. Cuma bila tiba gilirannya untuk diperiksa, dia ketakutan (Abril memang takut kepada orang yang asing baginya). Nak suruh naik atas alat penimbang pun tak mahu. At last, jururawat minta dia dengan aku sekali naik penimbang tu, kemudian aku turunkan dia untuk dapatkan berat aku. Itu pun dia tak nak jauh dari aku. Heheh. Kalau kat rumah bukan main hebat lagi menyakat semua orang.

Anggaran berat abril adalah lebih kurang 13kg. Anggaran je sebab Abril tak bagi kerjasama untuk dapatkan berat yang tepat. Tak apa, nanti aku bawa dia timbang berat di pasaraya. Yang tu dia suka lah. Lepas dapat nasihat dan konsultasi dari jururawat, aku hantar dia di rumah pengasuh semula. Aku harus kembali ke pejabat dan sambung kerja.

Sabtu, Disember 22, 2012

Hujung minggu

Hujung minggu yang agak membosankan kerana tidak dapat ke mana-mana. Selagi mama masih dalam tempoh berpantang, maka selama itulah tiada aktiviti hujung minggu melainkan melayan kerenah anak-anak ataupun menghadiri jemputan kenduri daripada sanak saudara. Hehe...

Banyak perancangan telah di atur untuk mengisi masa kami setelah mama habis berpantang nanti. Buat masa ini, biar mama dan baby berehat sepuasnya dahulu.

Ahad, Disember 16, 2012

Kehadiran yang dinanti

Inilah bayi perempuan kami. Satu-satunya di dalam keluarga kecil kami. Pelengkap keluarga bahagia ini.

Ayra Ayushi nama yang kami pilih. Ayra berasal dari perkataan arab bermaksud 'yang dihormati'. Ayushi pula berasal dari perkataan hindi yang membawa maksud 'bulan penuh / panjang umur'

Ayra dilahirkan secara normal pada hari Ahad, 9 Disember 2012 jam 4.16 petang seberat 3.4kg. 

Semoga Ayra membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Sabtu, Disember 15, 2012

Masalah teknikal

Dah beberapa lama tak mengemaskini blog. Bukan kerana ketandusan idea, tapi kerana blogger droid seringkali tidak menerbitkan entri yang aku taip. Al-maklumlah aku hanya berkesempatan menggunakan aplikasi ini sahaja untuk berblogging. Nak bukak PC jarang sekali. Anak-anak je yang conquer.

Oh, isteri aku dah bersalin pada 9 disember lepas. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Aku sendiri menjadi saksi kelahiran bayi perempuan kami. Itulah pengalaman yang paling berharga selama menjadi seorang papa. Insya-ALLAH kalau ada masa nanti, aku ceritakan pengalaman aku.

Isnin, November 19, 2012

Ahad, November 18, 2012

Sayang anak, ajar-ajarkan.

Budak-budak kalau tak nakal, jangan dipanggil budak-budak. Terpulang pada kita bagaimana nak mengajar mereka. Kasar, lembut, nasihat, pukul, cubit, pilihan ditangan kita.

Aku ada cara tersendiri. Aku bawa mereka ke tempat yang mereka paling takut. 


Kubur.

Kubur arwah datuk dan nenek isteri aku terletak kurang 1 kilometer dari kediaman kami. Belum sampai pun mereka dah menangis ketakutan. Sampai di kubur, aku suruh mereka baca Al-Fatihah dan berjanji jangan buat nakal lagi.

Buat masa ini, kaedah itu berkesan.

Jumaat, November 09, 2012

Mini Konvo

Pagi tadi aku dan isteri pergi ke istiadat mini konvo si abang.

Seronok tengok abang excited nak naik pentas. Harap pengalaman ini menjadi semangat untuk abang berusaha lebih gigih di masa depan.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, November 07, 2012

'Pen'


"pa, amik pen"
aku bagipen.

"pa, amik pen"
aku bagi pensel.

sekali lagi.

"pa, amik pen"
aku bagi pensel warna.

dia merengek, marah..

"kamek nak pen"

"pa, oo papa, amik pen!"

...

lama aku carik 'pen'...

rupanya dia suruh ambik BUKU.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, November 04, 2012

Menyakat

Budak ni memang champion kalau menyakat.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, November 01, 2012

Membesar

Si kecik ni membesar dengan sihat sejak kami berpindah ke Kuching. Bertukar angin agaknya.

Dah semakin bijak. Petah bercakap, hebat menyakat, pandai bergaduh dengan abang-abang. Hobinya menulis dan tengok youtube.

Bulan 12 nanti dah 2 tahun dan insyaAllah akan ada adik jugak. Persiapan pun dah hampir lengkap. Mudah2an semuanya selamat nanti. Amin, insyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, Oktober 30, 2012

Kursus

Hari ke-2 bekursus. Makan tengah hari disediakan. Tapi beratur panjang sangat tu yang aku tak tahan.

Jalan mudah, start enjin kereta, masuk gear dan gerak ke kedai makan berhampiran. Senang, cepat dan mengenyangkan. Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, Oktober 29, 2012

Aku Kembali

Salam kengkawan.

Dah lama benar aku tinggalkan blog ni. Terlalu sibuk dengan urusan seharian. Biasalah, tanggungjawab sebagai lelaki memang besar. Banyak yang terpikul dibahu.

Buat masa ni aku blogging guna phone je. Tak dapat nak blogwalking selalu. Nanti bila PC dah keluar dari kotak atau aku dah format semula laptop, aku buat blogwalking.

Banyak perkara yang nak dikongsi di sini.

OK, aku beransur dulu. Nanti aku update lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, Januari 20, 2012

Raja Lawak 6

Setiap tahun semenjak RL ni ada, tak pernah miss lagi. Minat sangat bab2 melawak ni. skrg ni pun dah masuk tahun yang ke 6. Dah masuk minggu ke 2..Tak mengecewakan..semua boleh dikatakan best...



Hope tahun ni bolehlah pergi tengok Live. 'Cable' untuk dapatkan pas masuk anytime je bleh bagi...Best memang best





Khamis, Januari 19, 2012

Busy vs Sibuk

Salam..Lamanya dah tak bukak blog aku ni. Bukan saja bersawang tapi mcm rumah tinggal. Kesian betul. Blog kawan2 yang selama ni aku ikuti pun dah lama tinggal..Aduiiyaii..


Inilah penangan anak2. Komitmen yang tinggi diberi supaya dieorang semua selesa. Skrg ni alhamdulillah dah semakin biasa dengan keadaan skrg. Nak aktif ber'Blog' semula?. Tak berani lah nak janji.


Kalau nak diikutkan hati nak tutup je blog ni. Tapi sayang, sebab banyak kenangan terindah,pahit manis dalam catatan aku ni...Kesiannnnnnnnn










[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman