[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Jumaat, Jun 11, 2010

MoTor VesPa MiNi

Basikal yang patah tengkuknya akibat 'accident'



Kuda yang kakinya 'tempang sebelah'



Ni lah yang aku nak beli..

Helo..Harini aku cuti..Biasalah wife aku tak berapa sihat sangat..So aku pun buat2lah tak sihat..So arini ada aktiviti yang menarik skitlah..

Nak belikan my Hero Motor Vespa Mini..Hehehehe..Basikal comel and kuda kesayangan hero aku ni semua dah "Tamat"..Kuda je lah ok skit, tempang sebelah..Takpa lah..ada duit skit leh beli yang lain..

Untuk abang Armand, nnt Papa balik Kuching, Papa belikan Basikal 'Ben 10' untuk Armand ok..Tak lama lagi Papa,Mama and Usu nak balik Kuching jumpe Armand...
Armand skrg kene main mainan orang besar skit..Tak leh ikut adik..Adik tu kecik lagi tak tau apa2..

Papa sayang armand sangat tau...Nanti kite main basikal sama2 ok...Love U sayang


Selasa, Jun 08, 2010

TamBah SoraNg Lagi

Alhamdulillah sykur ke hadrat ilahi...Isteri aku dah disahkan mengandung..Tambah lagi sorang ahli dalam keluarga aku...Ni adalah anak ke 3 kami...Kandungan usia dalam 10 or 11 minggu lah...

Insyaallah, 25 Dec 2010 adalah tarikh baby tu akan dilahirkan..Semoga semuanya selamat...Agak2 dapat baby boy ke baby girl eh?

Semua tu aku tak kesah, janji baby dan wife aku selamat,sihat tu pun dah cukup baik bagi aku..Kalau dapat baby girl adalah satu bonus bagi kiteorang sebab skrg ni dah ada 2 boy (yang nakal gitu) heheh.Wife aku berhajat dapat baby girl..Kalo dapat baby boy pun takpe, dapat melengkapkan ahli team takraw family aku..heheh






KeMbaLi

Berbulan lamanya tak menceburi dunia blog ni..Takde apa yang nak ditulis..Lagipun sibuk dengan hal kerja dan rumah tangga...Ini pun ambil kesempatan sebab rasa dah bersawang sangat blog aku ni, macam rumah usang yang dah lama kene tinggal...

Apapun insyaallah aku nak layan semula dunia lama aku ni, kalau takde apa2 halangan..Leh aku kongsi mcm2 story..

Ok Chiaw




AuRat WaNita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan
menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng.sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ..

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu
kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang
sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian
hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang
menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek
(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher
seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan
tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak
dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan
yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis
Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat
Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok
mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka
memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah
diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/
membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.





[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman