[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Isnin, November 30, 2009

2012

Akhirnya dapat jugak aku tengok citer yang digembar-gemburkan antara citer terhebat tahun 2009..
Cerita memang menarik..Effect yang betul2 gempak giler..Walaupun lepas 2 or 3 minggu citer ni keluar kat wayang, at least dapat jugak meluangkan masa dengan orang tersayang untuk layan cite ni..kat GSC Alamanda..heheeh

Apapun memang best and gempaq....


2012: 9.5/10


GemPa BuMi Di SeNawaNG

Dapat daripada sumber yang boleh dipercayai..Satu kejadian gempa bumi telah berlaku di Senawang. Tak tau lagi cerita sebenar...

Nanti ada berita terbaru aku bgtau



Rabu, November 25, 2009

10 SuraH MuJaraB

Dari emel yang dikirimkan oleh seorang sahabat..


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.



2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.
Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH


Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati





SeLeKoh DuRJanA

Memang selekoh ini telah banyak menewaskan pengguna jalan raya, samada selepas hujan ataupun waktu malam..Ini kerana selekoh yang berbentuk seperti huruf 'S' yang terdapat disini adalah selekoh yang sangat bahaya kepada pengguna jalanraya sekiranya kenderaan seperti kereta atau sebagainya dipandu dengan laju atau cuai...

Ditambah lagi dengan keadaan tayar yang kurang memuaskan, tidak mustahil pengguna jalan raya akan menjadi mangsa Selekoh Durjana ini.Ketika aku dilokasi kejadian, jalan sangat licin.

Entah berapa banyak yang sudah menjadi mangsa selekoh ini. Tiang lampu yang dipasang betul2 ditempat kejadian (yang sama) telah berpuluh kali ditukar jika kemalangan yang serupa berlaku..

Lokasi: Lebuhraya SKVE (Menghala ke UPM)
Waktu kejadian: 12.00 Tgh


Kereta yang terbabas


Kereta menghala semula ke Putrajaya





Sepasang kekasih yang cuma mengalami kecederaan ringan

Aku cuba untuk menghulurkan bantuan kepada pasangan kekasih terbabit untuk membawa mereka ke hospital atau ke rumah, tapi pelawaan aku ditolak dengan begitu baik sekali, sambil tidak berhenti mulut pasangan ini mengucapkan terima kasih kepada aku atas pertolongan yang hendak aku hulurkan..


Ads







Antara Ads dari NuffnanG harini...




KeMaLangan Di Silk HighWay dan BanGi

Otw pergi kerja pagi tadi, adalah 2 kemalangan yang berlaku..Satu membabitkan sorang penunggang motor..Mungkin terlanggar kereta didepan ataupun dilanggar oleh kereta..

Tak sempat nk snap gambar yang cantik tadi...
Kedua pulak kat area B.B.Bangi..Membabitkan sebuah teksi..Remuk bahagian depannya..Kenderaan yang dilanggarnya dah takda masa tu..Tak tau lah langgar kereta,bas or lori...


Gambar mangsa tak dapat disnap.(mangsa tgh terbaring)


Napa menung je bang????


TeneT ProBLem

Internet Ofis aku problem dari pagi tadi..Kul 1020 barulah ok..Aduiiyaii




AiMan MenYesAL

TeLur Dah Pecah !!!


TerKeluAr Isi Eh Arr !!!


Hancur BerDorai Kulit Eh


MenyesaL ke AimAn?


JanJi Tak Buat Lagi..Hehehe

Takyah nak bgtaulah sapa yang pocahkan tolor ni..Budak comel ni lah yang pocahkan..Die ingatkan bola kecik untuk dia buat main..Tiba2 terdengar bunyi 'Prak'.....Aduiiii Aiman dilambungnya telur, Jatuh ke lantai..Apa lagi pecahlah..

Kat tangannya ada sebiji lagi masa tu..ditepuk2nya..Nasib sompek diselamatkan..Kalau tak nasib telur tu pun sama lah jadiknya..

Pandailak termenung tu menyesal..Aduiii..Nak marah tak boleh. Salah mak nya jugak letak telur atas meja..Senang budak ni nk capai...Kalau nk marah pun tak jadik nak marah tengok gelagat eh..Klakar plus comel2 kucing gitu eheheh..




Selasa, November 24, 2009

MenCari Hp SecoNd


Tengah melepak2 kat site mudah.my, mengushar hp yang murah2..Hp aku guna skrg ni bermasalah lah pulak..Ntah apa masalahnya..Tak berkeinginan nak beli yang mahal2.Kalau nak beli yang mahal baik aku beli baru kat kedai.Harga 1ribu lebih pun takpe..Lagipun tak minat pakai hp cecanggih sangat ni...

Janji boleh SMS and Call.Just nak carik hp cam Nokia 3200 ke, Nokia 2100 ke, Nokia 1200 ke..
Sesiapa yang ada nak jual tu bgtaulah yer...

Apo HaL Eh Ni?




Apa masalahnya dengan orang ni?


Note: Gambar dari emel


FaCeBooKzzz (FB)

Facebook telah digunakan dengan meluas di serata dunia, tidak terkecuali Malaysia. Juga telah digunakan oleh sebilangan pemimpin. Contoh yang terbaru sekarang ini ialah Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah berdaftar dengan Facebook..

Ini membuktikan kesungguhan beliau dalam memastikan slogan Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan dapat dicapai matlamatnya..

Namun yang menjadi persoalan buat masa sekarang ini ialah, di jabatan2 kerajaan amnya, Facebook tidak boleh diaccess oleh kakitangan kerajaan. Kenapa tidak sahaja dibenarkan penggunaan laman web sosial ini digunakan oleh kakitangan kerajaan sedangkan pemimpin kita sendiri telah menggunakannya..?

Tidak terkecuali juga Twitter.

Jawapannya ialah, MAMPU mungkin akan membenarkan laman web Facebook ini dapat diaccess tidak lama lagi. Ini membuktikan keprihatinan kerajaan agar laman web sosial ini boleh digunakan dengan sebaik2nya oleh semua peringkat masyarakat

Syabas!!!!



PerOduA ALza 1.5 DVVT




Perodua Alza 1.5L

Keluaran terbaru PERODUA..



Gen2 MaLanG


Kemalangan yang membabitkan rakan seopis..Kejadian berlaku di MOA, Putrajaya pada minggu lepas..

Dilanggar oleh sebuah Van berdekatan persimpangan untuk memasuki MOA..Mujur tiada kecederaan serius yang berlaku. Sekarang menunggu kelulusan insurans untuk membaiki kerosakan..

Isnin, November 23, 2009

MiSSioN CoMpLeTe




SeLesaI sudah urusan di JPJ Selangor(Padang Jawa)...Ditemani oleh Hafiz my ofismate.. Perjalanan agak lancar walaupun ada kesesakan yang tidak berapa sesak...

Mutu perkhidmatan di JPJ pada kadar memuaskan..Walaupun terpaksa menunggu giliran agak lama..
Tiada apa2 masalah sepanjang pemeriksaan yang telah dilakukan pada kereta aku. Semua nya mantap..




Sabtu, November 21, 2009

France Vs IreLand

Tengah melayan perlawanan ulangan antara Perancis dan Ireland kat Astro Supersport ch 811..
Mata tak dapat nk dilelapkan..So kenelah layan bola jap.. Perlawanan yang telah mencetuskan kontrovessssssiiiiiii

Huhuhuhu

Jumaat, November 20, 2009

CaKoi YanG ENak


Menunggu ketibaan kuih Cakoi yang akan dibawa oleh En Alif ke ofis. Keadaan kurang menyenangkan kerana perut sudah mula berbunyi. Menunggu ketibaan yang tak kunjung tiba lagi...

Dimana ko Cakoi? Bilo ko nak sampai ni?


NoTis PanGGiLan

Semalam dapatlah satu notis dari JPJ Selangor.. Notis Panggilan Pemeriksaan Kenderaan..Dalam notis tu ada dinyatakan bahawa aku kene bawa kereta aku untuk diperiksa di JPJ Selangor pada 23 November ni jam 9 pagi hingga 3 petang..

Juga dinyatakan pemeriksaan perlu dilakukan atas kesalahan CERMIN GELAP..

Andaikata tidak hadir atau gagal hadir pada tarikh tersebut, maka aku telah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Oleh kerana telah mendapat notis sedemikian, maka aku dengan rela hatinya akan menghadirkan diri untuk membuat pemeriksaan pada kereta aku tu..

Untuk itu pada kawan2 yang rasa2 menggunakan cermin gelap atau rasa2 cermin tu memang gelap maka berhati2 lah dan disyorkan untuk menukar tinted pada cermin kereta masing2 kepada tinted yang dibenarkan..

Untuk pengetahuan, kereta aku tidak ditahan dimana2 operasi JPJ, tapi mungkin telah terserempak dengan Penguatkuasa JPJ di jalanraya dan akhirnya notis ini telah sampai ke rumah aku..

Oleh yang demikian, kenelah akur dengan Notis ini..So lepas ni, untuk membuktikan yang JPJ benar2 menguatkuasakan undang2 penggunaan cermin gelap ni..Maka dengan itu haruslah dibuat operasi besar-besaran menentang penggunaan cermin gelap ni terutama pada kereta2 mewah yang ada di Malaysia ini..Contoh seperti Toyota Alphard,Toyota Wish, Toyota Estima dan sebagainyalah..

Janganlah sekadar mencari kereta2 biasa yang digunakan oleh rakyat yang kurang berkemampuan sahaja..

Sekian...


Note: Isnin 23 November aku akan buat N3 mengenai pemeriksaan kereta aku tu nanti. Tungguuuuu!!!!


Khamis, November 19, 2009

WaFFLe CHoc




Kenyang perut suka hati..Waffle choc menjadi santapan aku. Baru je lepas belasah 2 keping waffle..Semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh abang Sufi a.k.a Gedik2..hahahah

Sebab apa kene belanja? sebab team die kalah main Counter Strike semalam hahaah..Nak buat camne dah team aku handal giler..Susah nk dicaba
r...
Makan kat tempat parking tadi. Gelojoh kiteorang makan. Sedap giler. Waffle yang brother ni jual sedap sebab choc die letak banyak. Meleleh masuk dalam mulut..Hahahah Thankz Sufi a.k.a Gedik2 hahaha..Next time boleh belanja kiteorang lagi...Huahuahua...

RezeKi Di Pagi Hari


Dahlah masuk lambat arini, tetiba ofismate aku bgtau yang bos bagi duit kat die suh belikan makanan untuk bebudak ni.. Fuiyohhhhh seronoknya dapat orang belanja ni..Dahlah memang tengah lapar sangat2 hahaahah..

Serta merta terus keluar semula untuk belikan makanan bebudak ni..Diiringi oleh Hafiz dan member aku sorang lagi Sufi Gedik2...hahahah


Tapau 10 bungkus nasi lemak plus ayam goreng...And tak lupa buat my sweety Roti Canai..Sempat juga hantarkan tadi kat ofis die..


Sampai2 ofis semua muka masam sebab lambat sampai..Apa lagi aku pun mereka2 lah alasan kat kedai tadi orang ramai sangat and nak carik parking susah..heheheh


Apapun pagi ni aku dah kenyang. Nak buat kerja pulak dah malas..Tengahhari nanti orang belanja Waffle pulak. Hasil kemenangan perlawanan Counter Strike petang semalam hahaha..
Oklah ye..

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman