[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Rabu, Jun 24, 2009

pERgi MeLaka

Besok kene kursus kat Melaka sampai hari Sabtu..Nak diikutkan hari Selasa aritu aku kene pergi kursus kat Kuantan Pahang sampai hari Jumaat. Tapi aku tarik diri saat2 akhir sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan..

Pastu tetiba dapat memo sekali lagi untuk pergi Melaka. Nampak gayanya kene jugaklah pergi..Kebetulan geng baik aku Tan Sri Shazali join sekali. So takdelah busan sangat nanti..

Wahai Melaka Bumi Hang Tuah, Tunggu Kedatangan Den..hahahaha

Selasa, Jun 23, 2009

PinDaH OfFiCe

Dulu cerita ni mula2 hanya khabar angin je, rupanya akan jadi betul tak lama lagi. Harini kedua2 bos aku pergi meeting kat PUtrajaya. Sampai2 je tadi dieorang bising2 tak lama lagi kiteorang semua akan dipindahkan ke Putrajaya..Lega juga lah dengarnya..

Tak payah lagi mengadap Tol yang dah aku lalu selama 3 tahun ni. Dekat dari rumah aku juga. Tak yah nak redah jalan yang jem tak tentu masa lagi.

Tunggu je lah surat arahan...hahahaha....

Isnin, Jun 22, 2009

WasiAt UnTuk IsTeri

Cerita yang akan dikongsikan ini adalah sebagai satu pengajaran sahaja. Cuma ingin berkongsi dengan semua.
KISAH BENAR-WASIAT UNTUK ISTERI

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti, kisah nie biarlah tersemat di dalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah... Kira- kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu....Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima;
manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. "


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

Jumaat, Jun 19, 2009

PLaneT HOLLywOoDz


Kenangan masa lalu semasa lepak kat PlaNet HoLLywood KL dengan Mr Roy. Lama dah tak jejak kaki kat sini. Sekarang ni tak leh pergi sebab dah ada Aiman hehehe..Aiman kecik lagi,nanti abis plak awek dalam tu die ngurat. Jadi tumpuan kang, aku yang susah pastu saham aku jatuhlak sebab orang kerumuni dia je nanti hahahah...

CoUnTer StriKe CoNdiTiOn ZErO


Setelah lebih 6 bulan terkubur atas masalah teknikal, kini game kegilaan di opis aku ni telah kembali semula dengan membawa sinar kegemilangan. Hahahaha. Ada berani jom join!!!

BeTUL - BetUL MerDekA

Betul2 merdeka 2 hari ni..Semalam dengan harini..Mana taknya bos aku dua2 nya takde..aduiyaiii rasa kebebasan yang teramat sangat. Macam2 boleh buat. Layan counter strike kow2 sampai lebam hahahah..
Bukannya selalu dapat mcm ni kan.


MERDEKAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!

Isnin, Jun 15, 2009

aPO nAk DikaTO

Memang tak sempat dan tak dapat nak hupdate ape2 pun dalam blog merapu aku ni. Mana taknya banyak bebenor aktiviti aku last week. Dengan laptop ngan broadband tertinggal kat rumah tak bawak balik Seremban.
So harini je lah kat opis dapat tengok dan godek2 blog aku ni..Kalo nak diceritokan mana aku pogi apo aku buek, jenuh nak membaco eh kang hehehe..

Pagi ni aku pergi kerja, aku terpakso tempuh jem yang dasyat teramat. On the way nak pergi opis tadi tersangkut 2 kali sebab accident. Paling teruk sekali tadi tengok accodent melibatkan 6 biji kereta berhampiran Tol Besraya. Kemet2 bonet dopan. Jem bukan pasal accident tapi pasal orang yang menengok eh..Aduiiyaiii..
Nasib lah sempat aku sampai opis tak lewat arini.. Tinggal seminit je lagi tadi kalo tak memang aku lewat lah untuk kali ke 2 dalam bulan ni.
Skrg ni kalo lewat lebih 3 kali kene bagi surat tunjuk sebab, bikin panas je. Dulu2 takde plak..Poyo giler...

Ok lah nak tengok apa kerja boleh aku buat ni..System pun tengah tak elok ni..Melopong jo lah jawab eh..hehheh..

Adioz

Sabtu, Jun 13, 2009

JaLan2 Ke DowNtoWn

Malam tadi aku pergi ke downtoown Cheras. Aku pergi ni pun sebab Fiza yang ajak sebab dia nak beli barang. Dah lama tak jejak kaki kat downtown. Sebelum pergi tadi singgah makan kat Presint Diplomatik, Putrajaya. Kebetulan sebelum pergi tadi aku ajak member opis aku sekali.
adalah 3 kereta konvoi pergi sana.
Tak dapat pun jalan ngan dieorang sebab aku temankan Fiza and melayan Aiman. Biarlah dieorang jalan sendiri. Lagipun semua bawak bini memasing kan hehehe..
Aku dapatlah sambar poster TErMinaTor sehelai. Saja nak letak kat rumah. Kosong sangat plak dinding rumah aku ni.

Tak lama aku kat situ, lepas Fiza beli barang2nya kiteorang pun nak gerak balik. Sebelum gerak tu sempat jap singgah kat gerai mainan. Dapatlah Aiman piano budak2. Dia skrang suka dengar bunyi2. Tu pasal belikan untuk dia. Aku pun beli sumting jugak nak letak dalam kereta aku hehehe..

Kiteorang pun gerak balik. Tak lama dalam kereta Aiman pun tido. Sian Aiman penat sangat lah tu. Takde plak gambar nak amik tadi. Cam Fiza takde bateri lak.

Oklah yo aku pun malas nk tido awal malam ni.Lagipun sok cuti. Besok pun nak balik kampung arwah ayah aku. Nak kenalkan Fiza dengan dieorang semua.

C ya

Adioz

Jumaat, Jun 12, 2009

SpeciAL BaU KeTiaK LeLaKi

Tajuk pun dah kelakar. Tapi bende ni bukan aku saja cipta tau. Aku dapat emel dari kawan aku tadi. Betul tak betul lu pikirlah sendiri hahahaha.


Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami
oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi
Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan
di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan
melancarkan perjalanan haid.
Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini,bau ketiak
lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak memakai deodoran
digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa
hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.
Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas
bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh
lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian
tersebut.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat
daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata
dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... dipetik dari majalah PA&MA...Feb
2004...kalau tak caya... So kengkawan kalau tengah stress tu .....bolehlah cium
ketiak suami atau boyfriend.
Bagi kaum adam pulak,simpan bau ketiak tu utk orang tersayang.
Moral of the Story
So kalau gurl dok tention ..calit sikit bau ketiak..yang masam tu insyaallah mood diorang akan ok wakaka
ha..ha...ha. ... selamat mencuba....
Kepada gurlzz jangan dok tension sangat...nanti kena cium bau ketiak

Khamis, Jun 11, 2009

PuTUs / CeRai

Tertarik pada artikel dalam blog sahabat aku Haruan TaseK. Mengenai Putus tunang. Aku pun pernah mengalami kisah seperti ini. Yelah mungkin takde jodoh lagi antara aku dengan dia lagi.

Mungkin salah aku juga..Tapi bagi aku dua2 salah.
Terlampau ego sangat diri memasing. Bercinta punyelah lama. Dekat 5 tahun. Bertunang sampai 1 tahun, tapi semuanya sudah tertulis bahawa tiada jodoh aku dengan dia lagi. Biarlah dia mencari lelaki yang 10 kali lebih baik dari diri aku. Dia pun orangnya berpelajaran. Bukan macam aku ni.

Mula2 aku memang rasa tak boleh terima kenyataan ini. Aku tersangat malu pada orang kampung, kawan2 di pejabat dan terutama sekali pada keluarga aku sendiri.Mak aku dah berharap yang aku akan akhiri zaman bujang aku ni. Aku rasa masa tu semua perancangan aku selama bertahun2 hancur sekelip mata sahaja. Wang ringgit dah tentulah aku dah rugi..Tapi tu bukan jadi persoalannya. Sebab duit boleh dicari. Aku jadi murung untuk beberapa seketika. Aku jarang nak balik kampung masa tu. Nak jumpa kawan2 pun aku dah kurangkan. Semua nya jadi tak normal. Hati aku masa tu gundah gulana. Keluarga aku masa tu menyalahkan aku sebab terjadi semua ni. Tapi dieorang semua tak faham. Aku bersabar je dengan apa yang terjadi.

Tak ramai yang faham masa tu. Pernah satu ketika dia mengajak aku berbaik semula, tapi dah terlambat. Maruah aku dah betul2 tercemar. Bukan senang untuk mulakannya semula. Dia pun dah menyatakan tak boleh nak jadi dia seperti yang dulu. Tertutup pintu hati aku.

Tapi disebalik kejadian pahit yang menimpa aku ni, sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Aku berkenalan dengan Fiza. Teman hati aku sekarang ni. Fiza seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak. Pada mulanya Fiza hanya menjadi pendengar setia aku untuk meluahkan perasaan. Tapi hati aku masa tu mula tertarik padanya, tanpa aku sedari. Bukannya tujuan aku untuk menggantikan si dia dalam masa terdekat, tapi perasaan kita tak boleh nak tipu.
Kisah hidup Fiza lagi tragik dari kisah hidup aku. Tak perlulah aku nak ceritakan. Antara aku dengan dia sahajalah.
Mungkin nasib aku dengan Fiza sama. Tapi aku berpisah sebelum kahwin , tapi Fiza selepas bahgia mendirikan rumah tangga.

Bagi aku biarlah aku berpisah dengan dia sebelum berkahwin, jangan kemudian hari selepas berkahwin terjadi benda2 macam ni. Masa tu aku langsung tak kisah Fiza ni sudah mempunyai 2 orang anak. Bagi aku semua tu aku tolak tepi. Yang penting dia faham perasaan aku.

Nak diceritakan lagi nanti panjang lebar plak. Saja nak tulis ni untuk luahkan perasaan. Apa2pun aku bersyukur yang aku dah mempunyai insan yang teramat menyayangi diri aku ni. Keluarga aku terutama Mak yang aku sayangi, dah menerima Fiza seadanya. Tambahan pula Aiman anak Fiza dah menjadi cucu kesayangan mak aku. Nampak gaya dah lebih sayang Aiman dari diri aku hahahaha...
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adioz


DuiT Oh DuiT

Harini aku pergi service kereta Myvi aku tu..Dah sampai masa kene hantar service. Aku hantar kat Service CenTer ProduA area BanGi.. Tanye tadi kos semua dalam RM145 je lah..Tapi bile dah selesai tadi just kene bayar RM134 je..Budget aku kene dalam RM250..Lega lah rasanya sebab murah...

Pagi tadi bayar bil Astro..RM170..Pastu elektrik RM30..And isi minyak penuh RM60...
Duit2..Keluar meleleh macam air je kan..Tapi tak kesah lah semua tu janji hutang piutang terlangsai..

Janji dapat makan, dapat pergi kerja oklah..Jangan termis makan minum sudah..Nanti nak pergi beli barang2 Aiman..Aku nak pergi beli Susu and Pampersnya. Saje nak beli buat stock. Nanti tetiba habis takdelah kelam kabut. Takde mahal sangat pun..Aku kalo beli barang2 Aiman memang tak kesah habis duit pun. Aku beli pun kekadang je. Sian plak kat Fiza harapkan dia je plak.Janji hati aku senang.Aku tak makan pun takpe , Jangan Aiman tak makan...Tak sanggup aku nak tengok kalo jadik mcm tu hehehe..

Oklah..Kumpullah duit yo kengkawan...Hehehe

adiOz

TEaMwoRK

Apa yang korang semua boleh simpulkan pasal gambar diatas ni..Bende ni berlaku setiap hari. Pada diri sendiri dan masyarakat sekeliling kita...

cAri oRaNg DaLaM KOPi


Let's get your brain to work

Can you find the man in the picture in 3 seconds?
According to medical research

If u find it in less 3 seconds, your brain is developed above the normal brain.

If u find it in a minute, you have a normal developed brain

If u find it between 1 and 3 minutes, your brain is responding slowly. Protein in-take might help.

If it takes you more than 3 minutes, your brain is responding to slow and perhaps more exercises likes this might help you tu develop that part of your brain.

It is not a joke. The man is really there !!.






Rabu, Jun 10, 2009

LaGi - LaGi KurSuS AdUiiiii

Bikin gempak je kat tajuk aku ni hahahah..Baru terima email tadi yang aku dapat pergi kursus BTN kat Muar .Tarikh pergi 9hb JuLy sampai 13hb JULy..5 hari dahtu. Kursus ni memang taknak aku tolak sebab nak dapatnya susah..Lagipun ni kursus wajib..Nak taknak terpaksa jugaklah pergi kan..Fiza memang takut bile dengar kursus BTN ni hahahah..Ntah apa yang ditakutnya pun aku tak tau lah..

Lagipun ramai member2 aku yang pergi sekali..So adalah kawan2 aku nanti..Kalo aku pergi next time jawabnya kursus dengan bebudak yang aku langsung tak kenal lah.

Sebelum pergi BTN ni ada kursus lagi aku kene pergi..Yang ni kat Kuantan, Pahang plak..23hb JuN sampai 26hb Jun..Yang ni 4 hari jelah..
Tahun ni dapatlah pergi berjalan ke sana ke mari..Tahun lepas nak dapatkan kursus punyalah seksa..Punca aku pergi kursus ni sebab ada kene mengena dengan kerja aku..Elok sangatlah..

So keseluruhannya kursus aku kalo complete semua ni dapatlah aku 13 hari...Dah lebih dari apa yang sepatutnya lah..Patutnya setahun 10 hari berkursus je..Lepas ni tak yah nak pikir2 lagi pasal ni..Relax2 je kat opis..

OKlah nak pergi mengelamun jap...ChiaW

Speed TesT

65 perkataan

>Speed test




Ni je aku layak dapat hahahaha...JOm try kalo berani lor

AgaMa IsLam ( BacaLah )

SEKADAR UNTUNG BERKONGSI EMEL YANG TELAH SAYA TERIMA HARINI...

Soalan dari bukan islam untuk orang islam, tentang agama islam..Saya rasa sebagai seorang Islam, kita perlu tahu menjawab bila diajukan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya seperti dibawah. I got this from my friend, please take some of your time to read all of these.
-------
Soalan dari bukan islam untuk orang islam, tentang agama islam SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.


1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?
Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.



2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.



3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.



4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.



5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan ma nu sia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.



6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.



7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu a nu gerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga a nu gerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?



8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bu nu h hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bu nu h. Itu tidak kejam? Bila kita bu nu h (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa ma nu sia.



9) Sami Budha menjawab " Bu nu h sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bu nu h binatang dosa besar" Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bu nu h orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?


10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bu nu h sayur, sayur akan tumbuh balik" Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"


11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk ma nu sia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.



12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.



13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!



14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dia nu tinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.

Selasa, Jun 09, 2009

KuRsUS LaGi

Harini seharian takde kat opis sebab aku hadiri Kursus di Putrajaya. Kursus sehari sahaja..Jadilah kan.. So kirenya kursus aku untuk tahun ni dah ada 4 hari...
Tadi aku hadiri kursus Pemanduan Profesionalisme. Penceramahnya adalah Timb.Pengarah JPJ Putrajaya..
Memang seronok jugaklah dengar ceramahnya tadi. Banyak perkara dan ilmu yang telah dikongsi masa ceramahnya tu..
Antara skop ceramahnya adalah mengenai penjagaan kereta...Banyak sebenarnya yang aku tak tahu sebelum ni rupanya..Sebelum ni main bawak je heheheh..

Tak rugilah datang kursus ni...Nanti aku akan berkongsi dengan semua beberapa perkara mengenai penjagaan kereta dan beberapa perkara lagilah...

OK..tunggu lah eh..penat sangat lah rasanya ni..heheheh

Adioz

Ahad, Jun 07, 2009

JaLan - JaLan CaRi PasaL Ka?

Baru je balik dari hantar adik Fiza, boy kat rumah dia area jalan Klang Lama. Harini seharian duk rumah je arrr...Takde g memane pun. Duk tengok TV and online ja kat rumah...

Tadi pun terus hantar kek lapis kat customer..Hantar kat ofismate aku dengan kawan aku Nizam.
Tak kuar lama pun, lepas hantar kek terus hantar boy balik rumah dia. Lagipun besok kerja. Aku pun dari hari rabu cuti sampai arini..Badan pun dah naik lemak membuta je. So besok ada semnagat nak pergi kerja. Mesti kerja aku kat opis tu dah berlambak2..Adui nak buat camner..Cuti memang seronok tapi kene tanggung akibatnya pastu heheheh..

Malam ni aku bawak Aiman tido kat rumah aku. Ada lah jugak penghibur malam ni. Dia pun tengah duk layan tv tu. Jap g nak suh dia tido. Kang dia tido lambat aku pun terjebak sekali plak heheh..
Sementara tu tengok tv jugak ni. Layan citer Bukit Kepong. Dah lama tak layan citer ni.

Oklah eh, minggu ni malas tul nak post entry, Mood ada kureng skit. Duk umah je kot rasanya jadik mcm ni.
Mintak2 ada berita baik besok hari..Mana tau ada masyuk plak ke kan..
Oklah yo

adioz

Sabtu, Jun 06, 2009

JoM PoGi LCCT

Pagi ni mcm biasalah bangun lmbat sebab takde ape nak buat. Time ni lah amik kesempatan sebaik mungkin untuk tido lelama..Kalo hari kerja tak dapatlah macam ni..
Petang nanti nak pergi LCCT jemput boy..So takdelah boring sangat duk kat rumah je petang kang.
Lagipun nak amik stock Kek Lapis Fiza sekali .

Hope harini cuaca eloklah hendaknya..Nak diceritakan pasal LCCT ni kalo bab saman parking dah berlambak2 aku dapat. Mana taknya dulu aku ingat paring berbayar kat situ mahal. So takdelah aku nak parking kat dalam tu. Selalu park kat tempat menurun penumpang..

Setiap kali pergi mesti ada je kertas saman terselit kat cermin depan..Baca je terus buang hahahah...
Tapi semenjak 2 menjak 3 menjak ni je aku parking kat dalam park yang sepatutnya..Rupanya parking kat situ murah je...Sejam RM2 je..hahahahah..Kalo tau dari dulu lagi aku park kat situ..

Takpelah saman tu tolak tepi janji dapat g jejalan bawak Aiman petang ni. Baru call Fiza tadi, dia cakap Aiman tido..Baru lepas mandi..
OKlah Aiman pergilah charge power dulu tau, petang nanti kite ngurat2 awek kat LCCT hahahahah...


Jumaat, Jun 05, 2009

AdUi KeNe BeLanJa PLak

Petang tadi lepak kat opis Fiza..Busan lak duk kat rumah..Lagipun takde orang kat opis die arini so slumbr je lah..Aiman pun pergi jugak sekali tadi hehehe...
Aiman mcm biasalah dengan ragamnya..Kehulu ke hilir...Aku lah yang jadi bodyguardnya...

Pastu aku pun menggatallah bukak emel jabatan aku..Just nak tau mane tau ade emel2 yang peting ke..Dapatlah satu emel yang bgtau results untuk exam yang Fiza ambik bulan 4 aritu..
Aku pun checklah results Fiza dalam website lepas tu..

Alhamdulillah Fiza lulus kedua2 papernya..Seronok dan lega rasa hati aku ni..Yelah aku risau kalo dia tak lulus...Tahniah sayang....
Nak dijadikan citer dulu masa dia amik exam aku dah janji kalo dia lulus kene belanja KennYz roGers...So nampak gayanya kenelah aku belanja jugak buah hati aku ni..
Kene tepati janji, kalo tak nanti kembung perut aku tak senang hati hahahaha...

Lagipun mmg dah lama tak layan KennYz ni..Nak makan banyak2 nanti...Next week lah pergi belanja dia..Minggu ni nak lepak rumah je rehat2 heheheh,,

So bersabarlah dulu yo..Kalo saya terlupa tu nasiblah hahahahah

Adioz

AiMan BarU BaLik KOjO




Aksi budak bertuah ni pakai kasut kerja aku. Seronok sangat konon2nya die lah yang baru balik kerja. Tak sedar kasut tu lagi besar pada badan dia hahahah

Khamis, Jun 04, 2009

MaXis BroadBanD CusToMer SerVice


Kalo kat rumah untuk online aku gune maxis broadband. Kat area rumah aku ni line die mmg mantaplah ok..Laju je..Kat Seremban rumah mak aku pun sama..Kekadang je lah slow skit.
Semalam broadband aku ni wat hal skit..tengah2 online tetiba je networknya problem..
Aku pelik lah jugak tetiba jadik mcm ni..

So aku pun call lah Customer Service khas untuk Maxis broadband ni 1800-82-2000. Kebetulan Fiza ada singgah jap kat rumah aku semalam. So aku mintaklah dia call kan untuk aku untuk tanye pada Customer Service apa masalah yang dah jadi.

Fiza dapatlah sorang mamat ni, orang melayu kita lah. Fiza tanya napa broadband takleh nak guna. Dengan senang hati dan angkuhnya mamat tu jawab yang account aku dah kene sekat tak bayar bil. Kepala otak dia cakap mcm tu. Kalo aku tak bayar maknanya phone aku ni pun takleh lah guna sebab bil phone aku and broadband masuk dalam satu bil. Punyelah aku sakit hati dengan jawapan mamat tu, aku call semula customer service tu.

Sekarang aku dapat seorang lelaki keturunan cina. Aku tanya dia apa masalah yang berlaku pada broadband aku ni. Dengan baiknya dia ajar aku satu persatu apa patut yang aku kene buat untuk elokkan balik network aku ni. Hasilnya broadband aku dah berjaya dipulihkan balik.
Aku pun terus ucapkan berbanyak terima kasih pada budak ni dan aku ceritakan padanya apa yang dah terjadi pada aku dengan panggilan yang aku buat sebelum ni. Aku luahkan rasa tak puas hati aku pada dia sebab aku tau setiap perbulan aku dirakamkan.
Memang teruklah mamat melayu yang senang hati cakap aku tak bayar bil. Pada hal pemalas nk bantu orang yang perlukan bantuan.

Aku puji budak cina ni sebab sanggup tolong aku berbanding dengan mamat yang tak guna tu. Aku harap adalah orang maxis yang baca apa yang aku tulis ni. Biar mamat tu tau apa effectnya kalo sesuka hati buat customer. Wei aku guna Maxis ni aku bayarlah..Jangan sesedap hati je cakap orang tak bayar padahal ko pemalas.

Pengajaran pada cerita aku ni, kalo korang buat panggilan ke Customer Service ko mintak namanya. Kalo tak puas hati dengan caranya korang mengadu pada penyelia nya terus. Baru die tau.
Tak silap aku nama budak cina tu Eric or Alan..Anyway thankz for your help...



SuRaT PenJeLasAn

Aduiyai..petang tadi buka emel jabatan. Dalam banyak2 emel tu adalah sehelai emel yang aku dapat dari HQ Putrajaya. Dalam emel tu menyatakan yang aku telah lewat datang kerja selama 4 hari dan disuruh memberi penjelasan tentang kelewatan aku tu sebelum 9hb Jun ni..

Mula2 aku terkejut lah jugak, mana taknya sebelum ni pun memang bende ni tak pernah jadi. Memang aku mengaku aku datang lambat masa tu sebab aku guna Motor pergi kerja. Kebetulan hari pulak hujan, so nak tak nak kene jugaklah lambat pergi kerja.Takkan nak meredah je sampai2 opis basah kuyup.

Aku memang tak kesah lah dapat bende2 mcm ni, tapi yang aku kesahkan kalo bende mcm ni aku surang je yang dapat.Sedangkan orang yang selalu wathal kat opis aku tu tak dapat. Aku terus call bos aku tanya pasal hal ni. Aku tanye dia yang budak yang selalu wat hal tu dapat tak emel yang aku dapat ni. Bos aku pun bgtau yang budak tu dapat jugak. Mmg mula tadi rasa tak puas hati sangat..Lepas bos aku bgtau yang budak tu pun dapat aku pun lega lah semula...

Apa2 pun aku dah emelkan surat penjelasan napa aku datang lewat pada bulan April tu..Aku tak kesah pun, apa yang dieorang boleh buatkan..Nak tukarkan aku ke tempat lain lagi aku suka. Aku dah tak tahan nak kerja kat tempat sekrang ni. Dengan tolnya lagi, jalan jem tak tentu masa.
Memang inilah tahun last aku kerja kat situ lepas ni goodbye lah...

Adioz

TuKaNg BaSuH KereTo

Kat apartment aku tinggal ni ade disediakan khidmat untuk membasuh kereta penduduk2 kat sini..Bayaran bulanan takdelah mahal just RM35 je sebulan..Kat kawasan apartment aku mamat ni datang untuk basuh pada hari Ahad,Selasa dan Khamis sahaja..
Takpelah kan at least tak yah nak sibuk2 kat car wash luar..Niat pun nak tolong mamat ni.Kesian...

Mula2 mamat ni basuh memang ok..Setiap pagi pergi kerja mesti kereta aku berkilat je..Kalo time hujan pun dia akan basuh bila hujan dah behenti..Takpun kalo hujan sampai malam,pagi2 buta lagi dia datang untuk basuh kereta aku..

Tapi semenjak akhir2 ni dia ni dah mula nak mengelat..Aku fahamlah kalo waktu hujan..Tak basuh pun takpelah..Tapi camner pun dia kene jugaklah gantikan hari yang dia mis nak basuh kereta aku ni pada hari yang lain..Ni tak dia wat tak tau je..Mule2 dulu aku tak kesahlah..Tapi sekrang ni dah melampau sangat...

Bayar bulan2 nak penuh tapi kerja tak cukup hari..Mana boleh jadik mcm ni..Rugilah aku..Nampak sangat dia mcm berkira sangat..Aku pun apa lagi jumpa mamat ni bgtau dia yang aku taknak dah upah dia untuk basuh kereta aku lagi..Lantak dia lah..Orang nak tolong dia tapi dia lah wat hal...

Sekrang ni baik aku basuh kat Car Wash luar..Kat area rumah aku ni berlambak Car Wash..Tak heran pun aku..
Susahlah kalo dapat orang yang berkira sangat ni..Dia jadi berkira, so kenelah aku berkira jugak..

PADAN MUKO KO...!!!!

Rabu, Jun 03, 2009

MC 3 HaRi

Baru je bangun tido ni arr makan ubat...Lama giler aku tido dari pukul 1230 sampai pukul 4 petang hahahah..Puas rasanya..

Pagi tadi aku pergi Klinik Kesihatan ..Mata aku ni tak elok2 lagi dah dekat seminggu..Mana tahan mcm ni..Takut berjangkit dengan budak kecik si Aiman or Fiza..Yelah selalu jumpa dieorang bila time balik kerja...



Aku kat sana takdelah berapa lama sangat..Walaupun orang ramai...Dari pukul 9 pagi aku kat sana pukul 10 aku dah selesai semua siap ambil ubat lagi..Dengar citer dulu kalo kat klinik kerajaan lambat, tapi aku dah rasa sendiri takde lah berapa lambat sangat sebab aku just jumpa MA je bukan jumpa doktor..
Apapun best lah dapat rilex puas2 kat rumah..Lepas makan ubat tadi rasa lah ok skit berbanding pagi tadi..Pagi tadi nak kene cahaya pun tak tahan..

Fiza pun aku bawak sekali tadi..dia pun tak berapa sihat jugak..Tapi dia ni jumpa doktor so lambat lah skit dia selesai..Takpelah aku pun takde apa nak buat arini..Dalam kul 12 baru die selesai..Terus pergi makan sebab aku dah lapar sesangat..Mana taknya tak breakfast pagi tadi kan..
Seronok dapat MC ni hahahahaah

Oklah yo..nnt jumpo lagi heheh

adioz

Isnin, Jun 01, 2009

SaKit MaTo PLak

Ni lah yang menjadi masalah aku semenjak hari Sabtu yang lepas..Kene sakit mata..Bukan sakit mata yang teruk tulah..just bengkak kat kelopak mata mcm baru lepas sengat kat Tebuan..
Pagi tu bangun2 tido aku rasa mata aku sakit..Ingatkan apahal..biar jelah..
Lama2 membengkak plak..aduiyaii satu masalah plak lagi..
Kene jugak datang kerja arini banyak bende nak uruskan...
Nak pergi jumpa adik aku amik ubat dan MC dia cuti plak..Hantar awek dia konvo kat Shah Alam...
Malas nak pergi klinik luar, membazir je..ubatnya sama je...
Tunggu je lah adik aku habis cuti..Hope cepatlah sembuh mata aku ni..Mcm Pirates dah sekarang ni..Tadi pergi buat urusan kat luar pun pakai cermin mata..
Ape ubatnya sakit mata ni eh...? Tak taulah..Dah 2 kali kene ni dalam masa 2 bulan...

Apo nak jadik lah den pun tak tau arrr

SibUk GiLer LasT WeeK

Aduhai..baru lah ada masa nak update blog aku ni..hahaha..mana taknya dari jumaat lepas aku bz memanjang..ke sana kemari..bawak mak aku ke rumah mak cik aku kat Shah Alam..Nak online memang takda masalah....
Macam2 cerita, macam2 ragam..kalo nak tulis kat sini memang tak larat..
Apa2 pun tahniah pada adik aku sebab dah jadi terima Dip. nya pada konvo hari sabtu lepas..
Tak dapat nak join sebab aku penat sangat..Just menghantar mak aku dan dua orang sepupu aku untuk escort mak aku tu je..
Aiman dengan Fiza pun folow sekali pergi Shah Alam..Yelah saja nak kenalkan pada Mak Cik aku sorang ni...
Aiman mcm beselah kalo rumah yang ramai orang, banyak mainan..lupa diri..main tak henti2 hahaha..Ada ke kul 3 pagi baru tido sebab terlampau sangat main...heheheh...

Lepas adik aku selesai dengan konvo nya..kiteorang semua balik ke Seremban dalam petanglah..Sempat jugak singgah kat opis aku amik broadband aku tertinggal plak..Pastu singgah umah Fiza amik baju kotornya bawak balik Seremban..tak sempat nak basuh...
Apa lagi bila Aiman ada kat rumah mak aku, maka rumah aku tu jadi Taska lah...Sorang2 mengajar Aiman bercakap..Aduiiyaiiii...Hiruk piruk mak aku mengajar....

Petang semalam kiteorang pun balik rumah..Saja balik awal so dapat relax kat rumah lama skit..Semalam pun buat pertama kalinya hujan..Mana taknya dah lama tak hujan kat area Selangor ni...
Singgah jap kat MCd beli makanan..Tak yah nak masak2..Penat lah katakan...

Ok lah tu jelah..Nak cite panjang2 kang takde orang nak baca..hahahaha...

Adioz..

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman