[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Rabu, Ogos 10, 2011

Hembusan nafas lega....






Setelah sebulan berkampung di Hospital Putrajaya, akhirnya... Penat tak penat, belakang kira. Yang penting dia sihat, aktif, ceria gembira macam dulu.

 
Meningitis. Itu yang doktor bagitahu. Aku dan isteri, pasrah, redha. Ini ujian daripadaNYA. DIA sahaja yang maha mengetahui. Kami berikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan doktor yang bertugas untuk prosedur-prosedur kritikal dan apa jua cara yang memungkinkan jangkitan itu disekat, dan seterusnya dihapuskan. Berkat doa kami siang dan malam, doa keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan serta usaha dan kerja keras pasukan perubatan, dia kembali sihat. 


Terima kasih semua...


Khamis, Jun 23, 2011

Rutin ibu dan anak...

masuk bilik,

pasang aircond maksimum,
pasang kipas,
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...


ni je lah keje nyerrrrr...



Jumaat, Mei 20, 2011

Nasi BriyaNi

Selesai dari Solat Jumaat tadi, sampai je aku kat office, aku disuruh untuk pergi ambil Nasi Briyani yang diletakkan di dalam bilik mesyuarat..Memang perut ni tengah lapar, dengar je orang suruh ambik, takde nak lengah2 lagi..Ia adalah atas sumbangan beberapa orang staf kat opis aku yang berjaya mendapat APC. Bukan sahaja nasi, buah-buah pun ada..Aku bantai je amik..Baru je lepas setelkan..Memang sedap sangat...Apa tak sedap, bende Free...


menyelerakan


sedap giler..

p/s: Aku amik extra bawak balik ke rumah. Malam ni takyah masak...

MasJid PutRa



Harini aku pergi Solat Jumaat di Masjid Putra. Khutbah harini bertajuk " Rintihan Seorang Ibu"..Sebelum start Khutbah. Sempat aku snap beberapa keping gambar. Sambil2 zikir tadi...Hehehe...Sapa yang tak pergi lagi ke Masjid Putra ni, jemputlah2 datang ye...




GeLagat Masa MeraJuk & MeNanGis

Kalau bab merajuk, budak2 ni mmg CHAMPION...Yang kecik tu pun dah pandai merajuk dah.Lebih2 lagi skrg ni..Aduiyai..Poning kepala. Memang ikut ragam Mama nya lah tu. Mmg semua kuat merajuk.. Kalau lambat sikit merajuk,kalo kene tegur skit merajuk..Aduiyaiii...Mmg photostat perangai Mama nya 100%...Gambar Armand lak takde...Kalo ada, mmg semua sebijik ikut muka Mama dieorang time merajuk..Hahahahaa







mmg copy paste..

tak nak pandang kamera !!!

shy shy cat

takut orang tengok !!

nak gelak tapi malu..sebab merajuk

merajuk sebab tak dapat susu..terus isap jari tanda protes

baru pas kene tegur..

tak bagi turun kereta, terus merajuk !!! macam2


ni 100% ikut muka mama die..hahah


kalo takde orang try pujuk..ni lah jadiknya

hahahahah!!!!!

GeLagaT MasA TiDO

Salah satu perkara yang paling best sekali, bila anak2 nak tido dan ragam yang dibuat sebelum dieorang nak tido. Ada yang terus tido, ada yang merengek nak susu dulu, ada yang buat hal yang bukan2. And bile dieorang dah tido, kecomelan masing2 terserlah. Best sangat...Time ni lah boleh cium puas2...















Rabu, Mei 11, 2011

Kuantan 2011


Lama tak update. Mugkin kawan-kawan sudah lupa akan kewujudan blog ini.

Hey, hey! Tolong jangan lupa aku eh.. Aku ada je di dunia ni. Cuma, masa tidak memberikan aku kesempatan untuk menulis di sisni. Al-maklumlah ada anak kecik, kene la tolong wife buat apa yang patut. Betul tak?

Kami ke Kuantan minggu beberapa minggu lepas. Kenduri kahwin officemate. Aku doakan mereka bahagia hingga ke hujung nyawa.

Ini kali pertama aku bawak baby jalan jauh. Long distance kata orang putih. Alhamdulillah. Tiada masalah. Jadi, lepas ni, boleh lah cuba pegi lagi jauh dari Kuantan pulak.

Tak banyak gambar. Kerana bateri kamera pulak buat hal. Haish! Time2 camni la nak buat hal bagai. Korang tengok gambar yang ada je lah...

Oh, Abril sudah berusia 4 bulan! Hhow time goes so fast when you are having fun!!

Wife & Abril

Ultramanku, Aiman

Muka nakal


Pertama kali wife aku sampai sini ;)
Ingatkan nak bermalam di sana. Tetapi hotel fullhouse pulok! Kerana pada minggu tersebut, Jom heboh menggegarkan Kuantan =(, Maka, petang itu juga kami berangkat balik ke Putrajaya. Penat beb! Tapi aku gembira bila mereka gembira.

Nantikan lokasi kami seterusnya.. (harap bateri kamera tak buat hal lagi)

Rabu, Februari 02, 2011

Hukuman mengedar dadah

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LelakiIrandihukummati/Article/index_html


Inilah hukuman yang sewajarnya dilaksanakan atas kesalahan mengedar dadah..Barulah orang yang nak buat bende haram ni takut..
Ini baru hukum dunia..

Selasa, Januari 18, 2011

KisaH SediH DisebaLik PeriBahaSa

Sedap-sedap jer korang kata bodoh cm lembu ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh cm kambing ker ayam ker...

Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan .. kan ... kan


Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!




Elehhhh... apa hal jadikan aku perbandingan lak nie...?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR... pompuan-pompuan tu lagi la... mulut dorang lagi bising kalau membebel..



Serius x faham kenapa orang selalu mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu..??? walaupun aku haram untuk dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan mencarut! betul2 x adil neh! (luahan hati si khinzir...)


















WiFe

 Diambik dari dalam emel yang aku terima pagi ni...







[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman