[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Selasa, Januari 18, 2011

KisaH SediH DisebaLik PeriBahaSa

Sedap-sedap jer korang kata bodoh cm lembu ye ?!! ingat aku sekor je ke yang bodoh tak sekolah ? Tu banyak jer binatang lain tak pergi sekolah apsal tak kata bodoh cm kambing ker ayam ker...

Ikut suka aku la nak makan anak aku, aku lapar!!! Yang dorang kecoh-kecoh HARUAN MAKAN ANAK nie apahal ? kutuk-kutuk aku pun harga aku berapa dah sekilo, mahal kan .. kan ... kan


Kenapa lak babitkan nama aku nie ? APASAL MACAM KERA KENA BELACAN ? Aku bukan makan sambal belacan pun~ tak glamer langsung la ! Letak la MACAM KERA KENA MANIS GULA kee... manis sikit!




Elehhhh... apa hal jadikan aku perbandingan lak nie...?? MULUT BISING MACAM MURAI TERCABUT EKOR... pompuan-pompuan tu lagi la... mulut dorang lagi bising kalau membebel..



Serius x faham kenapa orang selalu mencarut guna nama aku?? apa salah akuuuu..??? walaupun aku haram untuk dimakan oleh umat Islam, takkan la sampai nama aku pun korang guna buat bahan mencarut! betul2 x adil neh! (luahan hati si khinzir...)


















WiFe

 Diambik dari dalam emel yang aku terima pagi ni...







Isnin, Januari 17, 2011

TaKoYaki



Lama rasanya tak makan Tako ni..Ada sekali dulu beli kat Mines, tapi langsung tak sedap..Yang sedapnya kat Mid Valley je bende ni...Aduiii bestnya..Bilalah nak pergi Mid Valley ni...


ConTest HomeStaY

Diumumkan sebagai pemenang peraduan HomeStay..Hadiah Handphone Nokia Slide 6670 and Percutian 2 hari 1 Malam di Kg Hj Dorani HomeStay Kuala Selangor..

Tarikh : 28 September 2010
Lokasi : MATIC Kuala Lumpur



Ahad, Januari 16, 2011

Kisah AimaN

Aiman Oh Aiman!!! Dah lama tak story pasal budak kecik ni..Dia skrg ni dah jadi abang..Hari2 duk cium adik..And hari ni, budak sorang ni dah wat hal masa kat taman permainan...Nak tau apa diaaaa....


'Papa..Aiman Kemeh lam sluaR'
Ini lah penangan kalau main tak ingat dunia..Terlompat sana sini sampai tak sedar terkencing dalam seluar..Aiman Oh Aiman..Macam2 hal..

Sayang sangat kat budak ni...

Note: Kemeh (bahasa Sarawak) bermaksud Kencing

Sabtu, Januari 15, 2011

RaJa LawaK..Lawak Ke?

Berakhirlah minggu ke 2 Raja Lawak Musim Ke 5 malam semalam..Kumpulan Bobo adalah peserta awal yang terkeluar dari Gelanggang Raja Lawak musim ini..

Tak seperti yang diharapkan, gelanggang malam tadi sedikit hambar. Walaupun diberi tugasan ' Bebas', namun kebanyakan daripada peserta gagal menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya...

Hanya beberapa peserta yang boleh dikatakan agak lawak malam tadi..Antaranya Kumpulan R2, Leman dan Nazmi walaupun persembahannya sedikit kurang menyengat berbanding minggu pertama..Namun dengan kehadiran pengacara Raja Lawak iaitu Johan dan Zizan dengan lawak mereka yang bersahaja, menutup sedikit kehambaran peserta-peserta Raja Lawak malam tadi.

Apapun mungkin ini baru permulaan bagi mereka..Still takut,risau dan idea kurang menyengat..Kita tunggu je lah pada minggu hadapan...





Jumaat, Januari 14, 2011

RaJa LawaK Musim Ke 5

Jom saksikan Gelanggang Raja Lawak Musim Ke 5 Di Saluran 105 (Astro Prima) pada malam ini jam 9.00malam..

Nampak gayanya musim ni peserta hebat-hebat belaka..Tapi still awal lagi nak tau siapa yang boleh dinobatkan sebagai Raja Lawak seterusnya..




Astro First

Al maklumlah, dah lama aku dengan wife tak tengok wayang disebabkan komitmen pada anak-anak..Movie paling last yang kiteorang pergi tonton ialah Filem Karate Kid..Tu pun sekerat jalan saje sebab budak bertuah sorang tu si Aiman mula buat hal dalam panggung..hehehe. 

Baru-baru ni Astro telah memperkenalkan saluran terbaru iaitu Astro First di saluran 480..Filem baru yang keluar di pawagam kini boleh ditonton di rumah sahaja...Sesuai dengan konsep saluran ni "Kini di Pawagam.Dan Dirumah Anda"...

Adalah 3 filem yang terbaru ditayangkan sekarang ni - Ngangkung,Damping Malam dan Aku Masih Dara. Dengan adanya saluran macam ni, bolehlah aku menonton dengan keluarga di rumah sahaja..Dengan hanya bermodalkan RM15 untuk sebuah filem, ianya boleh ditonton dalam masa 48 jam..Sangat menjimatkan kerana kalau pergi tengok wayang, harga  untuk 1 tiket mencecah RM9-RM10 seorang untuk sekali tayangan sahaja...

Diharap pihak Astro akan mengeluarkan banyak lagi filem-filem terkini yang hanya terdapat di pawagam agar dapat ditonton oleh orang luar yang terbatas masanya untuk menonton wayang.Walaupun lambat sikit tayangannya berbanding di pawagam..Tetapi ternyata ianya memang berbaloi...







Selasa, Januari 11, 2011

SyukuR

Sekian lama aku dah tak update blog..Maklumlah skrg ni tengah melayan kerenah si kecil..Syukur Alhamdulillah, isteri aku yang disayangi telah selamatkan melahirkan seorang baby boy pada tanggal 29 Disember 2010, Jam 4.36 petang di Hospital Kajang..Berat baby 3.6 kg. Nama diberi Abril Asyraaf

Banyak dugaan yang aku tempuhi sepanjang penantian aku semasa berada di Hospital. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui..








[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman