Lagi 2 hari, genap usia Abril 2 tahun.
Tengah hari Tadi aku keluar sekejap, bawa dia ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan rutin. Kali ini, aku bawa dia seorang diri memandangkan mama masih di dalam tempoh berpantang. Alhamdulillah dia berkelakuan baik sepanjang kami berada di sana. Cuma bila tiba gilirannya untuk diperiksa, dia ketakutan (Abril memang takut kepada orang yang asing baginya). Nak suruh naik atas alat penimbang pun tak mahu. At last, jururawat minta dia dengan aku sekali naik penimbang tu, kemudian aku turunkan dia untuk dapatkan berat aku. Itu pun dia tak nak jauh dari aku. Heheh. Kalau kat rumah bukan main hebat lagi menyakat semua orang.
Anggaran berat abril adalah lebih kurang 13kg. Anggaran je sebab Abril tak bagi kerjasama untuk dapatkan berat yang tepat. Tak apa, nanti aku bawa dia timbang berat di pasaraya. Yang tu dia suka lah. Lepas dapat nasihat dan konsultasi dari jururawat, aku hantar dia di rumah pengasuh semula. Aku harus kembali ke pejabat dan sambung kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan