[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Khamis, Disember 27, 2012

Check-up 2 tahun

Lagi 2 hari, genap usia Abril 2 tahun. 

Tengah hari Tadi aku keluar sekejap, bawa dia ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan rutin. Kali ini, aku bawa dia seorang diri memandangkan mama masih di dalam tempoh berpantang. Alhamdulillah dia berkelakuan baik sepanjang kami berada di sana. Cuma bila tiba gilirannya untuk diperiksa, dia ketakutan (Abril memang takut kepada orang yang asing baginya). Nak suruh naik atas alat penimbang pun tak mahu. At last, jururawat minta dia dengan aku sekali naik penimbang tu, kemudian aku turunkan dia untuk dapatkan berat aku. Itu pun dia tak nak jauh dari aku. Heheh. Kalau kat rumah bukan main hebat lagi menyakat semua orang.

Anggaran berat abril adalah lebih kurang 13kg. Anggaran je sebab Abril tak bagi kerjasama untuk dapatkan berat yang tepat. Tak apa, nanti aku bawa dia timbang berat di pasaraya. Yang tu dia suka lah. Lepas dapat nasihat dan konsultasi dari jururawat, aku hantar dia di rumah pengasuh semula. Aku harus kembali ke pejabat dan sambung kerja.

Sabtu, Disember 22, 2012

Hujung minggu

Hujung minggu yang agak membosankan kerana tidak dapat ke mana-mana. Selagi mama masih dalam tempoh berpantang, maka selama itulah tiada aktiviti hujung minggu melainkan melayan kerenah anak-anak ataupun menghadiri jemputan kenduri daripada sanak saudara. Hehe...

Banyak perancangan telah di atur untuk mengisi masa kami setelah mama habis berpantang nanti. Buat masa ini, biar mama dan baby berehat sepuasnya dahulu.

Ahad, Disember 16, 2012

Kehadiran yang dinanti

Inilah bayi perempuan kami. Satu-satunya di dalam keluarga kecil kami. Pelengkap keluarga bahagia ini.

Ayra Ayushi nama yang kami pilih. Ayra berasal dari perkataan arab bermaksud 'yang dihormati'. Ayushi pula berasal dari perkataan hindi yang membawa maksud 'bulan penuh / panjang umur'

Ayra dilahirkan secara normal pada hari Ahad, 9 Disember 2012 jam 4.16 petang seberat 3.4kg. 

Semoga Ayra membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Sabtu, Disember 15, 2012

Masalah teknikal

Dah beberapa lama tak mengemaskini blog. Bukan kerana ketandusan idea, tapi kerana blogger droid seringkali tidak menerbitkan entri yang aku taip. Al-maklumlah aku hanya berkesempatan menggunakan aplikasi ini sahaja untuk berblogging. Nak bukak PC jarang sekali. Anak-anak je yang conquer.

Oh, isteri aku dah bersalin pada 9 disember lepas. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Aku sendiri menjadi saksi kelahiran bayi perempuan kami. Itulah pengalaman yang paling berharga selama menjadi seorang papa. Insya-ALLAH kalau ada masa nanti, aku ceritakan pengalaman aku.

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman