[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Rabu, September 30, 2009

OfLine Jooooo!!!

Aduiyaiii...bilelah boleh nak bayar saman ni...Dari semalam lagi aku nak bayar saman tak lepas2 disebabkan system ofline..Napa boleh jadi camni. Menyusahkan orang ramai lah kalo jadi macam ni.
Semalam lepas renew insurance kereta Wira, ingat nak pergi hidupkan roadtax pulak. Singgah lah aku kat Pos Besar Seremban untuk hidupkan roadtax..Tapi malangnya tak dapat jugak. Sebab katanya ada saman. Sebelum ke pejabat pos, singgah jugak kat IPD Seremban 2 untuk check samada ada saman ke tak...Tapi dimaklumkan bahawa system ofline..
Aku pun dengan slumber pergi Pejabat Pos. lastly camtu lak jadinya...

Harini pun aku keluar, semata2 untuk nak bayar saman and renew terus roadtax kereta ni. Tapi malang untuk aku sekali lagi, system still ofline...Sampai bile nak mcm ni. Tolonglah cepat2 kan skit. Bukan aku sahaja yang bermasalah, malahan aku percaya ramai lagi yang tak senang hati kalo keadaan mcm ni berlarutan. Kalo ofline stakat 2 0r 3 jam tu takpelah..Ni tak sampai harini pun tak boleh2 lagi..

Nak dijadikan cerita aku pun singgah kat IPD Putrajaya untuk jelaskan saman. Anggota yang duk kat luar tu bgtau aku sebelum raya lagi dah ofline...
Apalah bende semua ni. Menyusahkan..
Sapalah tak sakit hati...Kalo tak bayar saman, tak boleh renew roadtax..kang bila roadtax tak renew kene tahan roadblock JPJ or Polis kene lagi saman...

Petang semalam lepas bengang sangat tak dapat nak setelkan saman tu, aku pergi jemput mak cik sedara Fiza kat LCCT. Datang dari Kuching. Sapa yang kebelakangan ni lalu kat sana mesti tahu skrg ni ada Operasi JPJ membenteras "Ulat-Ulat" disamping tu juga buat roadblock untuk kereta2 biasa.
Aku pun tak terlepas jugak dari di check..Lalu je aku kat pegawai JPJ tu die terus suh aku jalan, baru je setengah aku jalan die baru perasan roadtax kereta mati..Tapi takde plak die tahan. Jangan bila aku nk bayar saman nanti ada plak saman ekor kat kereta ni. Saman roadtax mati. Kalolah ada, memang aku tentang habis2 habisan..

Sebab system punye hal, aku and orang lain jadik mangsa keadaan...

Pada pihak yang bertanggungjawab, mintaklah tolong sangat segerakan secepat mungkin baik pulih system tu. Kalo tak semua merasa kesannya...

Tolonglah sangat. Dari Rakyat Malaysia yang Prihatin.

p/s: Aku ni manusia biasa, tak lepas dari buat salah

Jumaat, September 25, 2009

Maybank Oh Maybank !!!

Ini lah salah satu hal yang mencabar kesabaran aku harini. Tapi ditenangkan oleh Shazali. Camni story nyer..Aku berhajat nk buka akaun Maybank. Sebab nanti senang nak buat transfer itu ini. Dah lama cadang nk buka akaun, tapi sebabkan masa yang terhad so tak dapatlah nk uruskan.

Kejadian Pertama (Maybank Serdang)
Aku masuk jumpa sorang pekerja kat kaunter. Aku bgtau dia yang aku nak buka akaun simpanan. Dia pun mintalah IC aku.

Aku: Salam. Selamat Hari Raya. Saya nk buka akaun maybank cik

Maybank : "Mintak IC cik"..Cik kerja kat mana yer dan tinggal kat mana?
Aku : Saya kerja kat Putrajaya dan tinggal kat area Kajang.

Maybank : Ooooo...Kalo macam tu cik kene buka akaun kat area Kajang ataupun Putrajaya. Kalo di Putrajaya cik kene sediakan surat pengesahan majikan.

Aku : Oooo yeke. Tak tau lah plak saya. Ingat kan kat mane2 Maybank boleh buka akaun. Kene tengok alamat Ic pulak eh. Ok lah kalo mcm tu saya ke Kajang je lah.


Aku pun teruslah meneruskan perjalanan ke Maybank Kajang dengan harapan takda lah apa2 masalah lagi timbul lepas ni.


Kejadian ke 2 ( Maybank Kajang )

Aku: Salam, saya nk buka akaun maybank lah puan.

Maybank: Mintak IC cik......Maaf cik, alamat IC cik bukan area Kajang.

Aku: Tapi saya tinggal kat area Kajang puan.

Maybank : Kalo tinggal kat area Kajang, Cik kene bawak Bill Air, Astro ataupun Elektrik sebagai bukti yang cik menetap di Kajang. Ataupun cik kene buka kat Maybank Seremban.

Aku: Lah yeke, tadi saya ke Maybank Serdang takde pun bgtau saya pasal bil2 ni. Kalo saya tau mmg saya takdelah nk pergi Maybank sini.Dieorang just bgtau suh saya buka akaun kat area Kajang.

Maybank: Kalo mcm tu cik kene bawak apa2 bil yang berkaitanlah untuk tujuan sebagai bukti.Ataupun surat pengesahan majikan tempat cik bekerja.

Aku : Yelah. Nak buka akaun pun susah. Terima Kasih banyak2 ye Puan sebab menyusahkan saya.

Maybank: (Terkebil-kebil)

Aku dengan hati yang dah panas membara, dengan keadaan cuaca yang panas pun terus bgtau pada Zali yang aku nk buat kat Seremban je. Zali pun setujulah. Aku pun terus direct ke Seremban.


Kejadian ke 3 (Maybank Seremban)

Maybank: Ye cik boleh saya bantu.

Aku: Saya nk buka akaun Maybank lah puan.

Maybank: Untuk gaji atau simpanan biasa.Minta ic cik

Aku: Simpanan biasa sahaja puan.

(Orang ni pun terus cek ic aku gune ntah apa bende alatnya ntah)

Maybank: Maaf cik, alat ni tak dapat nk baca cip ic cik lah. Encik boleh pergi ke kaunter 5.

(Aku pun pergilah ke kaunter 5 tu dan terus serahkan ic aku)

Maybank 2: Sorry cik, tak leh nk baca cip ic cik ni.

(Lepas tu dia bagi ic aku terus je diam, tanpa bgtau aku apa2 pun. Untuk taknak menghampakan harapan aku, aku pergi semula ke kaunter pertanyaan tadi)

Aku: Takleh baca jugaklah cip ic saya ni.

Maybank: Kalo mcm tu cik naik tingkat atas. Kaunter 2 ye.

(Aku pun terhegeh2 lah naik ke tingkat atas dan terus ke kaunter 2)

Aku: Selamat pagi. Saya nk buka akaun maybank, tadi sy cek ic saya dibawah tak boleh. So dieorang suh saya naik atas ni.

Maybank 3: Sebentar ye cik..

( Die pun teruslah cek ic aku guna alat yang sama jugak)

Maybank 3: Maaf cik memang tak leh detect lah.Selalunya kalo tak leh detect mmg kite tak boleh nak buka akaun.

Aku: So mcm mana ni cik, dah dua cawangan Maybank saya pergi untuk buka akaun ni. Masuk ni yang ketiga. Saya taknaklah kedatangan saya ke sini sia2 sahaja. Wasting my time only.

Maybank 3: Ok Sebentar cik. Cik sini ada plan simpanan kewangan. Bayar RM100 sebulan dapat 25 ribu lebih dalam masa 15 tahun. Encik berminat tak? Kalo masuk ni mayb boleh buka akaun tanpa cek ic tu. Gune ic potostat je.

(Minah ni pun call ntah sapa ntah tanya pasal plan ni, samada boleh buka tanpa detect ic..Kemudian dengarlah dia berkata.Ok boleh ye)

Maybank 3: Ok sebentar cik, cik isi dulu borang ni yer

Aku: So kalo masuk plan ni saya boleh buka akaunlah yer.Yelah saya masuk je lah. Janji saya boleh buka akaun and takyah rasa kedatangan saya sia2 je dari jauh.

(Aku isi lah borang yang minah ni bagi. Ada 2 jenis borang. Semua aku isi)

Maybank 3: Ok cik, sila ikut saya ke bawah.

(Kat bawah aku ditemukan dengan sorang lagi pegawai bagi menerangkan tentang plan tu dan faedahnya)

Aku: Saya setuju nak masuk plan ni, janji saya dapat buka akaun Maybank. Lepasni mmg takde masa g nk buka akaun, saya pun bukan kerja sini.

Maybank 4: Ok cik, sila ke kaunter 3 ye.

(Aku pun pergilah ke kaunter 3. Terperuk lama jugak aku tunggu kat situ. Sampai turn aku bagilah borang2 tadi. Aku lepas tu diarah ke Kaunter 5 semula. Ada serba sedikit penerangan dari pegawai ni. Dengar je lah. Alhamdulillah dari pukul 1030 pagi aku masuk untuk urusan buka akaun ni, selesai dekat pukul 1 petang)...


Aduiyai mcm2 dugaan dan cabaran aku tempuh harini. Korang semua nilailah sendiri dengan hal yang jadi kat aku harini. Sebab information yang diberi tak lengkap, pelanggan yang jadi mangsa.
Fikir2kan lah ye kengkawan.

Sesiapa yang baca blog aku ni Staf Maybank, jgn lak marah. Open skit minda tu ok. Sebelum terlupa, aku pun tanye jugak tadi, napa kene ikut alamat ic untuk buka akuan, Aku pun diberitahu untuk mengelakkan penipuan. Taktaulah aku penipuan camne yang boleh jadi. Tu mmg dah dasar bank nk buat camne. Kenelah jugak ikut. Apa2pun thankz to Maybank Seremban sebab dapat sediakan akaun untuk aku. Walaupun lama melepak kat situ, aku puas hati sebab dah berjaya buka akaun.









AcCiDenT

Aduhai..banyaknya accident pagi tadi masa aku otw dengan geng aku shazali nak ke Maybank area Serdang.. 2 accident di Putrajaya, 1 accident berdekatan dengan UPM (selekoh maut)...
Mana taknya jalan licin baru lepas hujan pagi tadi.

Nasib semua pemandu tak cedera teruk. Kat putrajaya kereta yang accident jenis Perodua Kancil dan satu lagi Toyota Avanza. Area UPM pun perodua Kancil. Tapi kat UPM ni nmpak teruk skit keretanya mayb lepas terbalik. Semua cerminnya pecah.

Ruginya..tak sempat nak snap gambar. Sebab takdan nk stop untuk amik gambar.
Apapun berhati2 lah ketika memandu....


Khamis, September 24, 2009

Rabu, September 23, 2009

OFFice YanG SunYi

Harini aku dah mula kerja, Sama dengan ofismate aku Tan Sri Shazali. Nasib baik die kerja sekali..Kalo tak memang jadi orang gila lah duk surang2 termenung hahaha..

Minggu ni ramai bebudak opis masih cuti beraya lagi. Keadaan mcm ni berlarutan sampailah jumaat ni. Next week keadaan akan menjadi hingar bingar seperti biasa...

Besok kene harungi sehari lagi.

Adioz

POsinG FrOM Aim

Sebelum balik kampung



IkaN BaKar


Antara menu makan tengahari semasa beraya kat kampung nenek.Ikan bakar Special. Memang best dan meriah sangat. Berselera giler makan..Hahahah

Selasa, September 22, 2009

KoJo

Aduhaiiiii, besok dah mula kerja!!!!!!!!!Busannyaaaaa

Isnin, September 21, 2009

SyawaL

Alhamdulillah harini dah masuk hari raya ke 2 untuk tahun ni. Aku skrg kat rumah nenek aku kat kampung..Saja nak tido sini nikmati suasana kampung. Lagipun kat sini tido best skit...

Tak tau nak jalan beraya kat mana arini. Ingat nak jumpa kengkawan lama..Tengoklah mcm mana. Petang2 skit baru kuar..
Ramai saudara mara aku datang kat umah nenek pagi ni.. Seronok jugak ramai2 datang. Yelah semua dah lama tak jumpa. Sekali jumpa sembang mmg tak ingat dunia..heehehe...

Takde apa nk buat skg ni, orang kesayangan semua dah balik kampung..Takpelah...

Tunggu je detik kepulangan mereka yang tersayang...


RINDUNYAAAAAA

MenuNggU Detik 1 SyawaL

Salam pada semua, baru ada kelapangan untuk buat sedikit post untuk tatapan semua...heheh..
Almaklumlah hari raya ni, sanak saudara tak henti2 datang ke rumah. Seronok rasanya..


Tahun ni Aiman,Fiza and Bot beraya kat rumah aku. Bukan kerana apapun tapi sebab kehabisan ticket flight untuk pulang beray
a kat Kuching. Tapi takpelah, at least raya tahun ni lain skit sebab dieorang ada sekali. Meriah lah skit suasana tu...

Petang sebelum tibanya Syawal, aku bawak Aiman gunting rambut,Aku pun gunting sekali. Maknya pun sekali terlibat jugaklah.Pergi saloon kat area rumah aku je.Mengamuk2 Aiman taknak gu
nting tapi paksakan ja.hehehe

Malam Fiza bantu mak aku pasang langsir pulak, dari raut wajahnya mmg gembira, tapi dalam hatinya mmg dia sedih sebab beraya di tempat orang sedangkan keluarganya di Kuching. Tapi takpelah nanti mcm ni jugak kalo dah kahwin nanti bile tibe sampai masa beraya kat kg aku hehehe.
Kire praktikal lah jugak, so takdelah rasa lain lak pasni heheeh...
Apapun raya tahun ni mmg best...Malam pulak aku keluar nagn dieorang pergi Senawang. Bukan sengaja nk kuar malam2 tapi baru teringat songkok si Comel tu lupa nk beli lak heheheeh..

Terlupa sangat2.Yelah sibuk buat itu ini lastly songkok budak comel tu terlupa hahaha...

Ni die serba sedikit kejadian yang berlaku pada malam raya. Alhamdulillah semuanya sudah selamat sampai ke kampung masing2. Petang ahad aku pergi hantar dieorang kat KLIA and LCCT...

Balik cepat2 eh..kmk rindu sangat2...

Rabu, September 16, 2009

KaiN PeLiKaT

Baru tadi ada majlis perjumpaan dengan TimB.Pengarah tempat aku bekerja ni. Dia sampaikan sehelai Kain Pelikat bagi setiap kakitangan lelaki dan sehelai tudung untuk wanita.
Memang setiap tahun kiteorang semua satu Cawangan terima pemberian macam ni. Tahun lepas dapat butang baju melayu skali.

Perjumpaan dibuat harini sebab kebanyakan besok sahabat2 taulan yang bekerja kat tempat kerja aku ni dah mula bercuti raya.
Tapi aku dan beberapa orang staf kat sini still jugak kerja sampai hari Jumaat ni. Jumaat nanti baru gerak balik ke Seremban.


Tak Sabar nak Beraya Yahuuuuuuu




Selasa, September 15, 2009

MissioN CoMpletE

Baru balik dari Putrajaya menghantar Kek Lapis dan Ikan terubuk kat kawan aku..Penghantaran yang last sekali buat kali ni.
Ikan terubuk tu pun kebetulan ada lebih and budak tu beriya sangat nak. Bagi lah sekali...
Busan lak malam ni, nak tengok tv takde citer menarik..

So apa lagi mengodam laptop ni lah...Tak sabar nk balik raya ni....Aduiiiiiii

SuSaH JumPa OraNg CAMNi

Dah tau beli kereta, pepandailah bayar. Janganlah buat bodoh je. Kalo tak jangan pakai kereta..Kalo setakat nak bergaya tapi nak bayar pun tak mampu baik lah takyah guna.
Simpan je duit bayar kereta tu buat bagi makan anak bini...
Kalau mcm ni lah, memang kene sumpah seranah kat orang je.....Bukannye sorang bekerja..bini pun kerja..Ntah apa yang lambat sangat bayar tak tau lah...

Tulah die ragam orang kita, Cakap berdempung2 mcm kompang..tapi hasil takda...
Ada cara nak setelkan tapi tak nak ikut...Bodoh Sombong...

Jangan pikirkan susah sendiri je, orang lain pun susah jugak..Pasal raya ni ko sanggup berabih ribu2..Tapi tang bab membayar hutang....Janganlah sebab beraya ko jadi kayap..Orang lain pun raya jugak dol..

(Keluhan seorang insan)

Perodua SerVis


Semalam, aku baru lepas hantar kereta untuk diservis kat Perodua Servis Bangi. Alhamdulillah semuanya dah setel, lega skit nak berjalan raya nanti hehehe..Kene pun tak lah mahal sangat. RM112.70 sahaja..Buat Basic service..

Service yang diberikan pun sangat memuaskan hati. Kat sana ada guna system appointment..So kalo guna system ni takdelah menunggu lama sangat. Kurang2 pun dalam sejam je lah. Kalo tak buat appoitment, siaplah menunggu.

Kakitangan disana juga kebanyakannya kawan2 aku jugak. Mana taknya dari awal aku servis kereta sampailah 3 tahun usia kereta aku skrg ni, servis kat sana ja. Asyik muka aku je hantar kereta pergi servis setiap bulan.
Mana taknya kereta aku hari2 bergerak kurang2 pun 100kilometer ke atas setiap hari..

So enjin tu kene lah jaga, nanti kalo dah rusak lagilah banyak pulus nk dikeluarkan. Baik kuar skit dulu sebelum keluar banyak. Alhamdulillah setakat ni kereta aku tu tak pernah buat hal. Diharap sampai bila2 pun lah heheheh..

Ok lah nk buat kerja jap ni.
Chiaw

Alamat tempatnya
No. 7 , Jalan P10/21,
Taman Selaman,
Seksyen 10,
43650 Bangi, Selangor



Isnin, September 14, 2009

Jumaat, September 11, 2009

kESian Aiman

Aiman Tak sihat sekarang ni. Kesian sangat. Malam tadi tak tido lena dia..Tapi dah bawak pergi klinik, adalah nmpak kurang skit. Tapi malam tadi tak behenti2 menangis..Naik risau aku tengok...
Bapak Fiza, Aku dengan Fiza puas dah memujuk tapi tak datangkan hasil jugak..

Lastly die senyap jugak mayb sebab dah penat sangat menangis. Kesian sangatttttt.......

Aiman, lekas2 sembuh tau....

dELiverY SeLesai

Syukur Alhamdulillah, penghantaran kek lapis yang ditempah telah selesai dihantar kepada para pelanggan2. Diharap semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan.

Kalo tak sedap bgtau kami, kalo sedap bgtau kawan2..

heheheh

Jumaat, September 04, 2009

PengeDaran KeK LapiS



Bermula sudah kerja2 penghantaran Kek Lapis kepada para pembeli. Diharap semuanya akan berjalan dengan lancar...Yang baru sampai semalam adalah cuma bilangan kecil sahaja. Yang hardcore nya akan sampai pada 08hb ni..Aduiiiii..Letih tapi seronok heheh...

Sapa yang tek beli tu memang rugi lah...

BerMuLaLah

Selamat sudah sampai Armand and bapak Fiza kat sini. Semuanya ok cuma lewat skit jemput dieorang sebab jalan jem kat area Salak TInggi...Lepas tu singgah jap kat Bazaar Ramadahan kat Kota Warisan..
Beli skit kuih muih and lauk2...Terus kiteorang semua gerak balik ke rumah. Mcm biasalah Aim dan abangnya melepaskan rindu masing2...Menjerit2 seronok..Kelakar betul....

Lepas berbuka, kiteorang semua keluar pergi Tesco. Saja jalan2 sebab nak beli kasut bapa Fiza and kasut bebudak ni skali. Kasut memasing dah tak muat...

Last sekali kiteorang pergi Satay Kajang. Teragak plak bapaknya nk makan sate. So kiteorang semua singgah lah kat Satay Kajang Hj Samuri. Orang pun tak de lah ramai sangat. So tenang skit tempat tu. Selesai kiteorang semua pun balik ke rumah untuk merehatkan tulang-temulang yang teramatlah letih ni...

Aduiiyaiiii heheheh

Puasa Si MiskiN

PUASA SI MISKIN


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Khamis, September 03, 2009

JuaLAn KeK LaPis SaraWaK KemBaLi

Ini adalah sticky mode. Untuk New Entry sila scroll ke bawah yo.Terimo Kasih


Diatas permintaan yang begitu hebat. Order sesi ke 3 Kek Lapis Sarawak kini telah dibuka kembali. Untuk keterangan lanjut klik pada KODAI FIZA. Jangan lepaskan peluang ini.
Sekian HaraP MaKlum

Rabu, September 02, 2009

KFC


arrrrrrrrr....buat apa siang2 kat KFC, bulan puasa ni arrrrrr???????

JuaLan KeK Lapis DiTutup

Kerana sambutan yang diluar dugaan, dengan ini tempahan untuk Kek Lapis Sarawak telah ditutup sedikit awal iaitu pada 02 hb September 2009. Ini adalah disebabkan had limit untuk tempahan kek tersebut telah lebih pada target yang sepatutnya.
Mohon maaf kepada sesiapa yang tidak sempat untuk membuat tempahan tersebut. Insyaallah di lain masa akan dibuka kembali tempahan bagi sesi yang ke 4.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pembeli diatas sokongan yang diberikan.


Selasa, September 01, 2009

WeLcOme

Hari Khamis ni, Insyaallah bapak Fiza dan juga Armand akan datang ke sini. Aku dah siap2 amik cuti nk jemput dieorang kat airport nanti. Malas nak half2 day leceh je...Lagipun leh jugak relax2 kat rumah nanti..Cuti banyak lagi....

Tak sabar nk tunggu dieorang datang sini. Mesti seronok. Menjelang minggu depan, Mak Fiza and beberapa orang saudara jugak datang sini...


Ok lah ehhh

SeLamaT Hari MerDeka yang Ke 52


Rasanya belum lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-52 kepada semua rakan2 blogger sekalian.
Kita jadikanlah hari kemerdekaan ini sebagai hari yang amat bermakna pada diri kita kerana tanpa merdeka, nescaya hidup yang kita lalui sekarang ini tidak dapat kita kecapi..

Kita sama2 doakan semoga negara kita akan terus merdeka disamping menjadi negara yang aman dan makmur sampai bila2.Insyallah...


Merdeka,Merdeka,Merdeka



HappY birtHday AimAn


30 Ogos 2009 adalah hari lahir Aiman yang ke 2 tahun. Takda apa2 majlis yang diraikan untuk Aiman cuma disambut dengan meriah di samping family aku di Seremban.
Ada jugak hadiah yang dia dapat...heheheh

Selamat Hari Lahir Aiman..

Semoga Aiman akan menjadi anak yang soleh,dipanjangkan umur dan menjadi insan yang berguna satu hari kelak.

Papa and mama sayang sangat kat Aiman..Jgn nakal2 heeheh..


p/s: Takde lak gmbar sempat diambik..

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman