[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Rabu, September 30, 2009

OfLine Jooooo!!!

Aduiyaiii...bilelah boleh nak bayar saman ni...Dari semalam lagi aku nak bayar saman tak lepas2 disebabkan system ofline..Napa boleh jadi camni. Menyusahkan orang ramai lah kalo jadi macam ni.
Semalam lepas renew insurance kereta Wira, ingat nak pergi hidupkan roadtax pulak. Singgah lah aku kat Pos Besar Seremban untuk hidupkan roadtax..Tapi malangnya tak dapat jugak. Sebab katanya ada saman. Sebelum ke pejabat pos, singgah jugak kat IPD Seremban 2 untuk check samada ada saman ke tak...Tapi dimaklumkan bahawa system ofline..
Aku pun dengan slumber pergi Pejabat Pos. lastly camtu lak jadinya...

Harini pun aku keluar, semata2 untuk nak bayar saman and renew terus roadtax kereta ni. Tapi malang untuk aku sekali lagi, system still ofline...Sampai bile nak mcm ni. Tolonglah cepat2 kan skit. Bukan aku sahaja yang bermasalah, malahan aku percaya ramai lagi yang tak senang hati kalo keadaan mcm ni berlarutan. Kalo ofline stakat 2 0r 3 jam tu takpelah..Ni tak sampai harini pun tak boleh2 lagi..

Nak dijadikan cerita aku pun singgah kat IPD Putrajaya untuk jelaskan saman. Anggota yang duk kat luar tu bgtau aku sebelum raya lagi dah ofline...
Apalah bende semua ni. Menyusahkan..
Sapalah tak sakit hati...Kalo tak bayar saman, tak boleh renew roadtax..kang bila roadtax tak renew kene tahan roadblock JPJ or Polis kene lagi saman...

Petang semalam lepas bengang sangat tak dapat nak setelkan saman tu, aku pergi jemput mak cik sedara Fiza kat LCCT. Datang dari Kuching. Sapa yang kebelakangan ni lalu kat sana mesti tahu skrg ni ada Operasi JPJ membenteras "Ulat-Ulat" disamping tu juga buat roadblock untuk kereta2 biasa.
Aku pun tak terlepas jugak dari di check..Lalu je aku kat pegawai JPJ tu die terus suh aku jalan, baru je setengah aku jalan die baru perasan roadtax kereta mati..Tapi takde plak die tahan. Jangan bila aku nk bayar saman nanti ada plak saman ekor kat kereta ni. Saman roadtax mati. Kalolah ada, memang aku tentang habis2 habisan..

Sebab system punye hal, aku and orang lain jadik mangsa keadaan...

Pada pihak yang bertanggungjawab, mintaklah tolong sangat segerakan secepat mungkin baik pulih system tu. Kalo tak semua merasa kesannya...

Tolonglah sangat. Dari Rakyat Malaysia yang Prihatin.

p/s: Aku ni manusia biasa, tak lepas dari buat salah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman