Semua orang pasti ada pengalaman kerja pada peringkat awal. Masa tu kite cuma bekerja cuma untuk mengisi masa lapang dan nak merasa duit sendiri. Masa itu juga lah timbulnya perasaan tanggungjawab kita tanpa kita sedari sebenarnya.
Pengalaman kerja aku yang Pertama:
Sebaik sahaja aku menghabiskan pengajian di peringkat Sekolah Menengah, aku telah diajak oleh kawan aku untuk bekerja di sebuah kilang Sarung Tangan di Kawasan Perindustrian Senawang. Disitulah baru aku tahu macam mana susahnya mak aku mencari rezeki untuk membesarkan aku adik beradik. Kerana pada masa itu juga mak aku bekerja sebagai Operator Kilang Elektronik (YanO ElecTronics) di Kawasan Perindustrian TTJ berhampiran dengan tempat kerja aku. Disitu aku cuma bekerja selama 2 bulan sahaja.
Pengalaman kerja aku yang Ke Dua:
Setelah aku berhenti kerja di Kilang Sarung tangan itu, aku duduk di rumah untuk beberapa hari. Kemudian dengan bantuan seorang kawan aku, aku telah bekerja si sebuah Pusat Snooker & Cyber Cafe yang terletak di Seremban Jaya Negeri Sembilan. Pada mulanya aku seronok bekerja disitu disebabkan aku bekerja di Pusat Snooker kerana Sukan Snooker adalah sukan kegemaraan aku pada masa itu. Di situ juga terdapatnya Cyber Cafe yang membolehkan aku belajar dengan lebih dalam mengenai Komputer dan melayari Internet dengan sesuka hati tanpa dikenakan bayaran.
Aku bekerja disitu pun tidak lama kerana aku telah mendapat panggilan untuk melanjutkan pelajaran di IKM johor Bahru walaupun semasa itu aku tidak berminat untuk menyambung pelajaran.
Pengalaman kerja aku yang ke Tiga:
Setelah menghabiskan masa selama 1 tahun 6bulan di IKM Johor Bahru, aku telah memulakan kisah kerja aku di sebuah Pasar baru yang terletak di Seremban Jaya. Disana aku membantu Mak Cik dan Pak Cik aku menjual sayur-sayur kampung. Kebetulan arwah datuk aku pun ada sekali membantu mereka. Tujuan aku hanyalah satu, aku berasa kasihan dengan datuk aku berniaga seorang diri tanpa dibantu. Selepas habis menjual di pasar, aku terus membantu Mak Cik aku di kedai makannya yang terletak berhampiran dengan pasar. Begitulah keadaan aku setiap hari. Permulaan upah aku seharian hanyalah RM5. Tapi aku tetap bersabar sehinggalah upah aku sehari menjangkau RM30 - RM40. Hanya 1 tahun sahaja aku bertahan disana membantu mak cik aku.
Pengalaman kerjaya aku yang ke Empat:
Mak aku mendesak aku untuk mencari kerja lain. Kerana mak aku berpendapat tiadanya potongan EPF / KWSP hanyalah merugikan diri aku sebenarnya. Aku pun berhenti dari membantu mak cik aku. Berkat kesungguhan mencari kerja setiap hari, akhirnya aku berjaya mendapatkan kerja di salahsebuah kilang di Kawasan Perindustrian TTJ. Aku sekarang bekerja di kilang membuat Jubin Seramik. Pada mulanya aku tidak tahan bekerja disitu dengan keadaan habuk dan berdebu. Aku mencuba jugak sehingga lah setahun. Alhamdulillah aku dapat surat dari SPA. Surat tawaran bekerja di Sektor Awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan