AdiK BongSu
Adik KeDua
My MuMz
Sekarang aku ingin memperkenalkan ahli-ahli keluarga aku. Mereka ini lah insan yang aku paling sayang dari dunia sampailah akhirat.
My MUM...
Nama mak aku Zainap Bt Udin. Asal dari Kg Rantau N.Sembilan. Sekarang mak aku berumur 48 tahun. Seorang yang ceria, peramah dan seorang yang tabah. Dialah yang telah membesarkan aku adik beradik semenjak ayah aku meninggal dunia pada tahun 1995. Segala pengorbanan dan kasih sayang yang mak aku curahkan pada adik-adik dan aku tidak dapat aku membalasnya. Dialah ibu dia juga lah bapa kepada aku adik beradik. Tiada sesapa yang dapat menggantikan tempat mak aku. Kami adik beradik teramat sayang kepadanya. Tapi sekarang dia sudah tidak bekerja lagi kerana sudah sampai masanya dia berehat di rumah dan kami adik beradik yang akan menyaranya.
AdiK Aku.
Namanya Mohd Hazril Sham. Sekarang berumur 24 tahun. Seorang yang nakal dan boleh dikategorikan sebagai seorang yang degil juga. Tapi alhamdulillah dia sekarang juga mempunyai kerjayanya sendiri. Dia sekarang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di salah sebuah klinik di Cheras.
Adik Bongsu Aku..
Namanya Mohd Izwan Efendi. Berumur 22 tahun. Baru sahaja menamatkan pengajian di UiTM Shah Alam dalam jurusan Sains Geomatik. Seorang yang pendiam dan manja dengan mak aku. Kadang-kadang dia ni seorang yang pemarah juga. Ketika dia sedang menduduki peperiksaan Semester Akhir, dia telah mendapat surat tawaran kerja dari pejabat SUK Negeri Sembilan. Alhamdulillah walaupun kerjanya sekarang tiada kena mengena dengan apa yang dibelajarnya...sekurang-kurangnya dia tidak hanya duduk di rumah dan menghabiskan masa tidak tentu hala.
Such a great family..
BalasPadamthankzz
BalasPadam