Salam semua
Nama aku Mohamad Hazrul Helmi. Kalo kawan kat ofis cume panggil JanG dan kat kampung pulak dieorang panggil BADUT. Aku ni orangnya takdelah berapa handsome sangat, cume sedap mata memandang je. Seorang yang periang, peramah dan suka berkawan tidak kira dengan sesiapa sahaja pun. Asalkan orang tu ikhlas nak berkawan dengan aku.
Adik beradik cuma 3 orang sahaja (termasuk aku). Hasil perkahwinan mak aku Zainap Bt Udin dan arwah ayah aku Mohamad Sum bin Hassan dapatlah 3 orang anak sahaja.
Aku memulakan pendidikan aku kat Tadika Kemas di kampung ayah aku iaitu kat Kampung Gadung Jaya, Labu Negeri Sembilan. Apabila masuk darjah 1 aku telah disekolahkan kat Jelebu Negeri Sembilan. Nama sekolah aku dah tak ingat sebab dah lama sangat.
Aku bersekolah kat situ sekejap sahaja sebab arwah ayah aku telah ditukarkan tempat kerja di HQ TNB Cawangan Seremban semasa aku darjah 2.
Semasa di Seremban pula aku disekolahkan di Sek Keb Methodist (ACS) sehingga lah aku berada dalam darjah 5.
Langit yang terang jangan disangka Tak Hujan, pada tanggal 29 November Tahun 1995 keluarga aku telah diduga oleh Allah S.W.T kerana pemergian ayah aku ke Rahmatullah ketika aku adik beradik masih kecil lagi. Masih memerlukan belaian dan kasih sayang seorang bapa. Tapi takdir dah menentukan segalanya.. Ajal dan jodoh ditangan tuhan.
Ayah aku meninggal dunia kerana mengalami Angin Ahmar ataupun Stroke.
Semenjak pada hari itulah tanggungjawab ibu aku bertambah berat kerana terpaksa menjadi ayah dan ibu pada satu masa.
Kemudian ibu aku mengambil keputusan untuk berpindah ke kampungnya, dan aku telah disekolahkan di Sek Ren Keb Dato' Akhir Zaman semasa aku berada dalam darjah 6.
Pada Tahun 1997,semasa aku telah melangkah ke Tingkatan 1 aku telah bersekolah di Sek Men Keb Dato Samsudin Nain sehingga lah aku berada di Tingkatan 5.
Berbagai kenangan pahit dan manis aku di sekolah itu. Semasa aku bersekolah menengah aku telah menjadi Pengawas dari Tingkatan 1 sehingga lah Tingkatan 5. Kemudian pada Tingkatan 4, guru pengawas sekolah aku telah melantik aku menjadi Pemangku Ketua Pengawas sehingga lah aku menjadi Ketua Pengawas apabila berada di dalam Tingkatan 5.
Pada Tahun 2002 aku telah melanjutkan pelajaran aku di InstituT Kemahiran Mara Johor Bahru. Aku telah mengambil jurusan Pembuatan (Machining) sehinggalah tahun 2003.
Begitu lah serba sedikit tentang tahap pendidikan aku.

Sebak bace kisah awak ni...
BalasPadamSemoga kehidupan bertambah baik selepas ni...
Terima Kasih
BalasPadam