Harini tanggal 29 Oktober adalah hari lahir mak aku yang ke 48 tahun. Muda lagi kan mak aku.... Selamat Hari Lahir Mak, Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki mak...Kiteorang adik beradik doakan mak akan sentiasa sihat dan gembira...
Antara menu2 yang dah disediakan semasa aku nak pergi beli breakfast kat INFRA Bangi...Pagi2 lagi dah siap untuk lauk makan tengahhari..Tak tahan godaan aku tengok lauk2 ni..Kat sini memang best makanan dia..Tak caya pergi lah cuba ok .....
Melayan cerita lama Hindustan "BoBBy"...Memang cite ni dah banyak kali aku tengok..Tak muak2..Kisah percintaan seorang anak jutawan dengan seorang anak nelayan.
Cinta yang dihalang oleh keluarga..Cheewwaaahhh.Biasalah Hindustan ni citer pasal cintan2 lah..First tima aku tengok citer ni dulu tak silap aku tahun 1993..Dah lama gile, still kuar lagi citer ni..
Pemilik kereta ni adalah seorang lelaki berbangsa Arab yang tinggal di kawasan Apartment ni..Kereta ni dalh diletakkan begitu lama kat sini tanpa bergerak.
Macam mana nak bergerak tengok saja lah keadaan keretanya tu...
Notis pemindahan telah diberikan kepada pemilik kenderaan yang tersadai ni supaya dapat mengalihkan kenderaan ni keluar dari kawasan Apartment kerana mencacatkan pemandangan..
Almaklumlah sekrang ni Management baru, so undang2 kat kawasan Apartment ni dah bertambah ketat. Perkara pertama yang mereka lakukan ialah proses pengalihan kenderaan yang tidak diguna atau yang sudah lama tersadai...
Skrg ni kereta ni dah takda, taktaulah mana dicampak kat Pak Arab ni..Kesiannnnnnnn..Habis madu sepah dibuang huhuhu
Tak habis2 dengan makan. Dah makan nasi tadi pun still nak makan bende ni lagi..Lagipun aku order meatball ni petang tadi melalui online order..Suh dieorang hantar pukul 830 malam..
Tapi pukul 930 tadi baru sampai..Nasib larat lagi nak makan.. Saja je nak pekena meatball dr Pizza ni..Dah lama tak rasa..
Inilah die makanan petang kiteorang semasa dalam perjalanan balik ke rumah..Dibeli oleh Cik Fiza kat Big Apple Mines...Sedap sangat....Rasa macam tak cukup je tadi hehehe
Rancangan 360 malam ni memaparkan tentang isu GAM...Memang kalo ditengok, gam ni boleh dibeli dengan mudah dimana2 sahaja. Lagipun GAM ni bukannya brang kawalan..Bahayanya kesan GAM ni.....Jom layan !!!!!!
Busan sangat berada kat ofis arini..Yelah semenjak pemergian 2 sahabat karib aku Sazali and Azizi ke tempat kerja baru dieorang..Sunyi sangat rasanya..Takde lagi bunyi riuh rendah dalam bilik ni.Cuma kendengaran bunyi sayup2 lagu dan bunyi keyboard.
Takde lagi bunyi senjata peperangan (counter Strike)..permainan yang menjadi kegilaan kiteorang semua.. Pantang ada masa terluang skit, mesti berperang punyalah..Takde lagi keluar perkataan "Celebration" dari mulut dieorang. "Celebration" ini sebenarnya kata panggilan khas yang digunakan untuk mengajak melepak sambil menghisap rokok kat tangga.. Adui sunyinya rasa tempat kerja aku ni...Nanti lama kelamaan aku akan biasalah kot...
Tak sangka, setelah 3 tahun lebih bersama dieorang akhirnya berpisah juga.Macam2 kenangan manis dan pahit kiteorang.Susah nak lupakan semua tu.Adatlah kerja ni, kene pindah randah..Next time masa untuk aku pulak berpindah..Untuk cari pengalaman baru dan kawan2 baru..
Korang kalo baca N3 ni, ingat2lah aku kat sini ye..Selalulah contact aku,emel aku...Biarlah kite jauh dimata, tapi dekat dihati.....
Kalo ada sumur diladang boleh kami menumpang mandi Kalo ada umur yang panjang Boleh kite berjumpa lagi..
Sehari dua ni badan aku rasa lemah2 je..Kene selsema agaknya...Tak berapa selesa sangat....Sejuk semacam je badan aku ni. Nak demam agaknya ni. Malam tadi dah makan panadol untuk standby takut melarat pulak.
Bangun tido pagi tadi rasa ok lah skit. Masuk je opis ni mulalah balik seream2 sejuk..Tapak tangan aku pun sejuk semacam..Memang opis aku ni air cond nya dasyat skit. Selalu takde apa masalh pun sejuk2 mcm ni..
Mintak2 jauhkanlah demam ni. Letih badan. Sengal2 je...Aiman pun tak berapa sihat skrg ni.Batuk and selsema..Kesian kat dia...
Pagi tadi kalo nak diikutkan memang malas nak pergi kerja. Tapi aku gagahkan jugak langkah ni nak kerja.
Semalam aku tak leh nak lelap kan mata dari pukul 3pagi sampailah skrg ni...Perut aku malam tadi memanglah lapar gila..Nak keluar makan memang terasa malas sungguh..
Nak call Mcd wallet tinggal dalam kereta pulak..Lagilah malas nk turun g parking...Nampaknya aku kene lah bertahan sampai pagi tadi..Kul 6 aku dah bersiap2 untuk gerak pergi kerja..
Lepas ambil Aiman and Fiza aku pun terus ke Mcd Bangi..Memang tak tahan lagi dah laparnya...Aku pun orderlah Big Breakfast set..Tambah 2 lagi Hash Brown..
Boleh bagi Aiman satu untuk makan...Memang lega gile lepas makan tadi.Dalam kereta je aku sental..Tak tahan lagi dah nafsu makan aku ni.Bergelora beb....