[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Ahad, Disember 06, 2009

DeParTureS



Sebuah filem dari Negara Matahari Terbit (Jepun)..Cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang bekerja sebagai Pengurus Mayat..Asalnya dia adalah seorang ahli orkestra yang sudah dibubarkan kumpulannya oleh pemilik orkestra tersebut..

Terdesak mencari kerja , akhirnya dia menerima kerja sebagai seorang pengurus mayat yang pada awalnya dia rasakan syarikat itu adalah sebuah agensi pelancongan..mengikut iklan yang telah dibacanya..

Dia juga adalah seorang anak yang telah ditinggalkan oleh bapanya ketika dia baru berusia 6 tahun..Perasaan benci yang timbul terhadap bapanya akhirnya terlerai dan hilang apabila dia sendiri yang telah menguruskan mayat bapanya..Kerana dia beranggapan bapanya masa itu tidak langsung mengingatinya walhal bapanya sentiasa mengingatinya melalui 'surat batu' yang diserahkan pada bapanya semasa dia masih kecil lagi..Nak tau lebih lanjut kene tengok sendiri movie ni..

Sekarang ada ditayangkan kat Astro Box Office (ABO) Ch 952..

Pengalaman 1
Menguruskan mayat seorang wanita tua yang telah mati selama 2 minggu semasa mayat wanita itu dijumpai oleh pihak polis.Mayat yang penuh dengan ulat dan berbau busuk.Membuatkannya hampir hilang semangat untuk bekerja.

Pengalaman 2
Menguruskan mayat seorang wanita yang mempunyai seorang suami yang tegas.Akhirnya suami itu sendiri menangis setelah tidak tahan menahan sebak sebaik sahaja melihat mayat isterinya yang telah disolek dengan begitu cantik sekali dimasukkan kedalam keranda.

Pengalaman 3
Menguruskan mayat wanita yang telah menggantung diri sendiri di sebuah hotel. Pertama kali mendapat kes pada waktu tengah malam tanpa dibantu oleh bosnya.

Pengalaman 4
Menguruskan mayat seorang gadis yang mempunyai keluarga yang bermasalah.Gadis ini mati akibat kemalangan motorsikal.Pergaduhan berlaku antara keluarga dan teman lelaki gadis tersebut semasa upacara menguruskan mayat dan

seterusnya...Nak tau kene tengoklah eh

Departures: 10/10

2 ulasan:

  1. gud job mai fren...menarik gak ABO punye cite...ai rase cam nak amek je pakej ni...

    BalasPadam

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman