[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Selasa, Disember 15, 2009

TaHniaH MaLaYsia

Tahniah diucapkan pada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan Akhir Bola sepak Sukan SEA di LaoS..

Corak permainan yang boleh dikategorikan agak baik walaupun pada permulaan separuh masa kedua nampak sedikit tekanan. Apapun tahniah buat pasukan negara kita MALAYSIA..

Tidak sia2 perlawanan semalam yang ditayangkan secara langsung dari LaOs..Apa yang paling menarik yang aku tengok semalam ialah, semangat kesukanan antara kedua2 pasukan tidak terkecuali juga penonton yang menyaksikan perlawanan malam tadi..

Dari pemerhatian aku, memang penyokong pasukan LaoS lebih ramai mungkin lebih daripada separuh stadium dan penyokong Malaysia yang hanya sebilangan kecil itupun mungkin dari kontinjen Malaysia yang mengambil bahagian dalam sukan SEA kali ini..Namun, tiada pun sebarang kejadian ataupun perkara yang tidak diingini berlaku..Bahkan penyokong fanatik pasukan Laos dan penyokong Malaysia langsung tidak dipisahkan langsung di barisan tempat duduk..

Malahan mereka boleh bercampur dan menganggap bahawa sukan ini bukannya medan untuk melepaskan geram atau sebagainya..Kalau nak diikutkan mungkin penyokong LAos boleh bertindak agresif..Tapi itulah dia semangat kesukanan yang begitu tinggi ditunjukkan..

Takda pun acara membakar kerusi, membaling mercun,melontar botol air dan sebagainya yang dapat kita saksikan malam tadi...

Fikir2kanlah........Tahniah Laos dan tahniah juga buat MALaysiA..


1 ulasan:

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman