[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Khamis, Jun 11, 2009

PuTUs / CeRai

Tertarik pada artikel dalam blog sahabat aku Haruan TaseK. Mengenai Putus tunang. Aku pun pernah mengalami kisah seperti ini. Yelah mungkin takde jodoh lagi antara aku dengan dia lagi.

Mungkin salah aku juga..Tapi bagi aku dua2 salah.
Terlampau ego sangat diri memasing. Bercinta punyelah lama. Dekat 5 tahun. Bertunang sampai 1 tahun, tapi semuanya sudah tertulis bahawa tiada jodoh aku dengan dia lagi. Biarlah dia mencari lelaki yang 10 kali lebih baik dari diri aku. Dia pun orangnya berpelajaran. Bukan macam aku ni.

Mula2 aku memang rasa tak boleh terima kenyataan ini. Aku tersangat malu pada orang kampung, kawan2 di pejabat dan terutama sekali pada keluarga aku sendiri.Mak aku dah berharap yang aku akan akhiri zaman bujang aku ni. Aku rasa masa tu semua perancangan aku selama bertahun2 hancur sekelip mata sahaja. Wang ringgit dah tentulah aku dah rugi..Tapi tu bukan jadi persoalannya. Sebab duit boleh dicari. Aku jadi murung untuk beberapa seketika. Aku jarang nak balik kampung masa tu. Nak jumpa kawan2 pun aku dah kurangkan. Semua nya jadi tak normal. Hati aku masa tu gundah gulana. Keluarga aku masa tu menyalahkan aku sebab terjadi semua ni. Tapi dieorang semua tak faham. Aku bersabar je dengan apa yang terjadi.

Tak ramai yang faham masa tu. Pernah satu ketika dia mengajak aku berbaik semula, tapi dah terlambat. Maruah aku dah betul2 tercemar. Bukan senang untuk mulakannya semula. Dia pun dah menyatakan tak boleh nak jadi dia seperti yang dulu. Tertutup pintu hati aku.

Tapi disebalik kejadian pahit yang menimpa aku ni, sebenarnya ada hikmah disebaliknya. Aku berkenalan dengan Fiza. Teman hati aku sekarang ni. Fiza seorang ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak. Pada mulanya Fiza hanya menjadi pendengar setia aku untuk meluahkan perasaan. Tapi hati aku masa tu mula tertarik padanya, tanpa aku sedari. Bukannya tujuan aku untuk menggantikan si dia dalam masa terdekat, tapi perasaan kita tak boleh nak tipu.
Kisah hidup Fiza lagi tragik dari kisah hidup aku. Tak perlulah aku nak ceritakan. Antara aku dengan dia sahajalah.
Mungkin nasib aku dengan Fiza sama. Tapi aku berpisah sebelum kahwin , tapi Fiza selepas bahgia mendirikan rumah tangga.

Bagi aku biarlah aku berpisah dengan dia sebelum berkahwin, jangan kemudian hari selepas berkahwin terjadi benda2 macam ni. Masa tu aku langsung tak kisah Fiza ni sudah mempunyai 2 orang anak. Bagi aku semua tu aku tolak tepi. Yang penting dia faham perasaan aku.

Nak diceritakan lagi nanti panjang lebar plak. Saja nak tulis ni untuk luahkan perasaan. Apa2pun aku bersyukur yang aku dah mempunyai insan yang teramat menyayangi diri aku ni. Keluarga aku terutama Mak yang aku sayangi, dah menerima Fiza seadanya. Tambahan pula Aiman anak Fiza dah menjadi cucu kesayangan mak aku. Nampak gaya dah lebih sayang Aiman dari diri aku hahahaha...
Terima kasih kerana sudi membaca.

Adioz


8 ulasan:

  1. sy pon penah alami putus tunang...tp kesah yg terjadi u tak sama..sy putus sbb famly sy sendiri yg suruh atas alasan sbb takt si lelaki tu tak leh nak masuk ngan famly sy..tu je huhu tp nak wat camne ikatan yg hampir 2thn putus jgk..ummis y sendir yg pulangkan..hidup sy jgn ckp..n sampai sekrh hati sy masih ragu2 nak kawen walaupun sy sudah punyai teman baru hemmm

    BalasPadam
  2. hitam yang jahat12 Jun, 2009 14:43

    sedey den baco..
    sobak dado den..

    BalasPadam
  3. semua ni dugaan dari yang maha esa. terima jelah ketentuannya..

    BalasPadam
  4. wah begitu ceritanya jan... apapun aku doakan agar ko bahagia dengan yang ada ok.. tabahkan dirimu bro.

    BalasPadam
  5. bila baca blog ni .. teringat pada seorang mamat yg gila kerana "centa" .. fobia dengan dia sampai skang ni ... mmm ..

    Kadangkala...susah utk di terangkan, pening kalau di fikirkan, sakit hati kalau di ikutkan, mati jiwa kalau di turutkan, so.. HanTam SajAlaH..

    ~It'S OnLy Me~
    - Amietz -

    BalasPadam
  6. soba jang.. mungkn ni ketentuan dr allah utk ko.... napo nal lari.. ado maslah kono solosaikan.. bukan lari... po2 pun.. ekau dah dapek org yg sesuai dgn ko kan... yg ponting omak ko pun suka dio.. harap2 ko bahagio... bila g nk join dak2 myvians yg encem2 mcm aku nie.. heheheh..

    selamat berbahagio jang a.k.a badut....

    BalasPadam
  7. siut jo ko cakap badut kantoilah weii hahahahhaha

    BalasPadam
  8. kwen la cepat2 jang oit...

    BalasPadam

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman