Aiman adalah anak kepada girlfrenz aku Fiza. Dia datang ke sini pada 8 Mac lepas semasa Fiza balik ke kampungnya di Kuching. Semenjak pertama kali aku bertemu dengan Aiman...Perasaan sayang mula timbul secara tiba-tiba..
Aiman budaknya cute dan manja sangat..kadang2 jadi nakal..Masa mula2 dia sampai ke KL haritu dia tak sihat. DEMAM..Mayb sebab berubah tempat..
Kesian sangat Aiman masa tu...menangis je. Masa mula2 dulu pun dia takut2 dengan aku lagi..Yelah tak kenal kan sebab baru first time jumpa.. Tapi sekarang dia lagi rapat dengan aku daripada Maknya sendiri. Sampai ada sekali tu maknya jeles sangat. Heheheeh
Aku kalau balik kampung,mesti rindu sangat dengan Aiman..Dulu dia kurus sikit...Tapi sekarang badannya dah berisi..Comel sangat..Mana taknya minum susu kuat..Makan pun kuat.
Masa dia ada kat sini dapat jugak aku bawak Aiman pergi jalan2 ke Melaka dan Area K.Lumpur..Seronok sangat masa tu..
Macam2 kenangan manis aku masa bersama dengan Aiman..Gelak tawa dia menjadi penghibur aku dengan Fiza kat sini. Tak pernah pun sekali aku nak marah2 kat Aiman Tak sampai hati......Macam mane dia nakal pun au tak kesah....Sebab aku sayang sangat kat dia.
Sekarang ni dia dah mula nak bercakap.Perkataan pertama yang dia sebut adalah PapA.Seronok sangat masa dia mula2 belajar nak bercakap.
Kuat tergelak dan bergurau jugak Aiman ni. Selalu lepas balik kerja je,walaupun aku letih macam mane pun mesti aku tak sabar2 nak pergi jumpa dia.Nak cium2 Aiman.Walaupun bukan anak sendiri,tapi aku dah anggap macam anak aku sendiri sekarang ni.
Tapi yang sedihnya' tak lama lagi Aiman nak kena balik kampung...Nenek dan atuk kat kampung dah rindu sangat dengan dia. Mayb dia ada kat sana lama kot sebelum aku dan Fiza jemputnya semula datang ke sini. Sedih sangat sebab nak berpisah dengan Aiman..
Sekarang aku nak habiskan masa aku sepenuhnya bersama dengan Aiman sebelum dia balik Sarawak nanti. Tak taulah mcm mane aku nak hadapi nanti bila Aiman tak ada kat sini..
Tak dapat lagi nak dengar gelak tawa dia..tak dapat lagi nak bergurau2 dengan dia..
Mesti aku sedih sangat2..
Aiman Papa janji dengan Aiman, Papa akan datang sana secepat mungkin untuk jemput Aiman balik KL. Papa sayang sangat kat Aiman..
Nanti Aiman kat kampung jangan nakal2 tau..Ingat Papa kat sini tau..
I Love u So Much Aiman...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan