[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Khamis, April 30, 2009

My Office












Office aku terletak di Bangunan Sapura, Seri Kembangan Selangor. Salah sebuah kawasan elit di Selangor.


Hanya 20 minit dari rumah aku. Aku dah bertugas kat sini lebih dari 3 tahun. Bangunan setinggi 9 tingkat dan Pemandangan tempat kerja aku disini sangat cantik kerana di belakang office aku boleh dilihat pemandangan Tasik The Mines.



Untuk pergi ke tempat kerja aku ni, perlu melalui Tol Besraya. Setiap hari kene lalui 2 tol untuk ke tempat kerja. Satu Tol RM1.30. Bangunan ini dimiliki oleh Kumpulan Sapura iaitu salah sebuah syarikat Korporat yang terkenal di Malaysia.


Disini terdapat 2 buah cafe yang membolehkan kakitangan minum pagi dan juga makan tengah hari. Office aku ni pun terletak berhampiran dengan Shopping Complex The Mines dan juga dekat dengan Palace Of The Golden Horses. Disini juga disediakan parking dari tingkat 2 hingga ke tingkat 4 juga sekitar kawasan bangunan ini. Parking disini sangatlah terhad.



Memang seronok dapat bekerja disini. Tapi satu hari nanti aku mesti akan bertukar juga ke tempat lain. Macam-macam kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui masa bertugas kat sini. Semua tu takkan dapat aku lupakan sampai bila-bila.




































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman