[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Selasa, April 28, 2009

KurSus Di Kuala Lumpur

Tan Sri Shazali




KHAIRUL DAN MAZHAN




AKU TENGAH BERBURAK


KLCC VIEW (SEBELAH JE NAMPAK)



Pada 23hb sehingga @25hb April lepas aku telah berkursus di salah sebuah Hotel yang terletak di Chow Kit..
Maklumlah jabatan aku wajibkan seorang pegawainya berkursus selama 10 hari setahun, so aku kene lah jugak mintak kursus ni sebab tahun ni aku langsung takde kursus lagi. So dengan menghadiri kursus ni dapatlah aku 3 hari..

Hotel tempat aku menginap ni kira ok jugaklah..takde lah apa2 keistimewaannya sangat. Bab makannya plak boleh dikategorikan sebagai biasa sahaja lah..
Sazali iaitu budak ofis aku pun pergi juga ke kursus ni. Adalah kawan2 nak berburak. Masa kursus ni pun aku telah berkenalan dengan kawan baru. Mazhan namanya. Mula2 aku ingat mamat ni PTD lah dengan muka poyonya yang telah ditampilkannya..Tapi bila dah mula berburak2 budak ni ok plak. Peramah kemain..
Rupanya budak ni staff kat tingkat bawah tempat aku bekerja. Dah kerja 6 bulan kat situ tapi masa pergi kursus tu lah first time jumpa mamat ni..

Hari pertama aku ajak zali pergi lepak kat mamak..Nak lepaskan geram makan maggie goreng sebab gigi aku dah tak sakit lagi. Masa tu aku lepak dengan dia berdua je lah..
Lepas tu pergilah ke kelas untuk mendengar ceramah sampailah malam..

Nak diceritakan view bilik aku ni memang cantik, sebab nampak Menara Berkembar Petronas (KLCC)..Malam pertama tu susah sangat aku nak lelapkan mata..Maklumlah tempat barukan..

Hari kedua tu awal2 pagi dah bangun nak g breakfast..lepas bfsat aku dengan Zali terus ke kelas untuk dengar ceramah. Harini ceramah sampai petang je. Ingat nak keluar petang tu..tapi malaslah plak..So aku, Zali dan Mazhan cadang nak lepak dalam bilik je..

Sedar tak sedar kite orang berburak dari pukul 6 petang sampailah pukul 11 malam..Dalam pukul 10 member Zali..Si Khairul join kiteorang sekali berburak dalam bilik aku dan Zali. Macam2 lah topik yang dibincangkan. Kutuk sana kutuk sini..Gelak giler2 kuatnya..
Dalm kul 1130 kiteorang rasa nak Cap Teh kat kedai depan hotel..Kiteorang pun keluarlah lepak kat situ smpailah pukul 1 pagi. Masa ni lah nak merasa kehangatan malam di KL..
Terus naik bilik kemudian tertido...

Hari last kat sana..aku dengan Zali tak turun pun pergi kelas. Malas sangat..Aku lepak je dalam bilik dengan Zali. Mazhan pun join sekaki.. Busan menunggu lama aku call kawan aku Hj Rahim. Kebetulan dia ada sekitar KL..dia pun datang jemput aku kat LRT Chow Kit kiteorang pun pergilah lepak minum sementara nak tunggu bas datang untuk balik ke Putrajaya..




Apepun aku berasa puas sangat sebab dapat kawan baru dan bercuti gamaknyalah heheh.

Dalam pukul 1245 tghhari bas pun sampai..Aku pun mengangkat kaki untuk balik ke rumah sebab dah rindu sangat kat awek aku and anaknya Aiman..

Penat betul sampai terlelap dalam bas.
Tulah serba sedikit tentang hari semasa aku berkursus di KL...

P/s: Balance kursus ada 7 hari lagi. Hope lepas ni dapatlah kursus lagi..

Adiozz..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman