[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Rabu, April 22, 2009

BerhaTi2 Di Jalan Raya




Inilah yang berlaku akibat leka dan cuai semasa berada di jalanraya. Kejadian ini terjadi kepada Adik aku pada 16hb Januari 2009.Berlaku di Lebuhraya PLUS menghala ke Kuala Lumpur berhampiran Tol Lama Nilai.Semasa perjalanan ada sebijik kereta tetiba buat brake emergency depan kereta adik aku. Adik aku mengelak dan keretanya LOST CONTROL. Masa tu die on the way nak ke tempat kerja kat Klinik Kesihatan Cheras dari kampung aku. Dia baru lagi kene transfer kat klinik tu so tak sempat lagi nak cari rumah sewa.
Mujurlah dia tak dapat kecederaan yang serius..walaupun tengok pada keadaan keretanya yang boleh dikategorikan kemalangan ngeri sebab keretanya terbalik 2 kali. Dia cuma patah tulang selangka sebelah kiri sahaja.
Nasib adik memang baik haritu sebab dia gunakan tali pinggang keledar, kalo tak guna tak tau lah apa nasibnya..mungkin lagi teruk.
Dia call aku masa tu pukul 7pagi. Masa tu aku baru hidupkan enjin kereta nak pergi tempat kerja. Berderau jantung aku bila dia bagitau yang dia accident. Lepas aku hantar awek aku ke Ofifice dia ,aku pun terus gerak pergi Hospital Seremban untuk tengok keadaan dia. Lega hati aku bila tengok dia ok. Adik bongsu aku pun ada sama temankan dia.
Selepas selesai dia di check oleh doktor, aku dan adik2 aku pergi ke bengkel kereta untuk sain apa yang patut nak buat Claim Insurance. Pergi balai polis buat report dengan dibantu oleh LongKai Abang Ramli.
Setelah semua selesai aku pun menghantar adik aku balik ke kampung.
Sampai sekarang ni 22hb April keretanya masih tak siap2 lagi. Adik ko sabar je lah yo.
p/s: Berhati2 lah dijalanraya. Ingatlah orang yang tersayang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman