[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Khamis, April 30, 2009

Balik KampUng ( SpeCiaL )



Besok sempena cuti Hari Pekerja ( Jumaat )..Aku nak balik ke rumah mak aku di Seremban. Tapi kali ni berbeza sedikit sebab kepulangan aku kali ini lebih istimewa..
Sebabnya aku akan bawa Fiza dan Aiman sekali untuk diperkenalkan kepada Mak aku.

Bagi aku dah sampai masanya untuk aku perkenalkan dieorang pada Mak aku tu.Selama ni cuma mendengar cerita daripada aku je.

Kalo ada Armand boleh bawa dia sekali. Tapi dia kat kampung sekarang ni..
Memang rasa gementar jugak nak perkenalkan pada mak aku ni. Apatah lagi Fiza. Tapi mak aku ni sporting..Dia tak kesah siapa pun pilihan hati aku janji orang tu dapat membahagiakan aku..

Rasa tak sabar sangat nak balik kampung besok..
Nanti boleh bawa Aiman jalan-jalan pergi City Park..City Park ni salah satu tempat beriadah yang popular di Seremban. Ada Tasik buatan sendiri. Banyak ikan dalam tasik tu. Pengunjung boleh bagi makan pada ikan. Ada tempat permainan kanak-kanak dan macam-macam lah lagi.

Tujuan aku perkenalkan pada Mak aku bukannya apa, untuk memberi tahu mak aku siapa pilihan hati aku untuk dijadikan Teman Hidup.Insyaallah kalo panjang umur dan dimurahkan rezeki..adalah jodoh aku bersama dengan Fiza. Lagipun mak aku memang suka sangat kat budak-budak.Kene-kene lak macam Aiman yang cute tu..

Sebelum aku bercinta dengan dia dulu pun aku dah tau statusnya..Tapi bagi aku tu bukan penghalang untuk aku menjalinkan hubungan dengan Fiza. Janji dia setia dan memahami aku.

Bagi aku kehidupan lamanya tu biarlah hilang pada ingatannya. Aku cuma nak menjalinkan hidup baru dengan dia. Tutup buku lama buka buku baru..
Perancangan aku kalo ada rezeki nak bernikah pada awal tahun depan. Insyaallah kalo ada reseki tak kemana pun. Lepas ni aku plak kene berkenalan dengan orang tua Fiza. Dalam bulan 6 kot nanti pergi Kuching.Dapat pergi melawat kat sana. Tak pernah lagi sampai ke Sarawak..Heheheh

Apa2 pun selamat bercuti kepada semua...



Adiozzzz




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman