[mErEkA bkN pEngiKut AyaH piN]

Khamis, Mei 21, 2009

iNAi daN CUkuR JamBuL


Salam Sekadar untuk berkongsi ilmu dengan semua...

Aku baru lepas baca satu artikel ni..Dalam artikel tu menyatakan bahawa amalan Cukur Jambul yang menjadi amalan masyarakat kita sekarang ni adalah amalan bidaah dan khurafat. Sebenarnya amalan cukur jambul tidak ada dalam islam..Penjelasan ini diberi oleh Tokoh Ulama terkenal iaitu Datuk HJ Abu Hasan Din alHafiz
Gambar contoh je

Dalam artikel tu lagi ada memberitahu bahawa Bayi yang dilahirkan adalah tercagar dengan akikahnya yang membawa maksud Sembelihkan seekor kambing untuk anaknya dan jika ingin nak cukur rambut anaknya, cukurlah sampai botak.BUkan hanya cukur jambulnya sahaja atau pun sekadar untuk gunting sikit2...

Mengenai perihal inai pula..Sekarang ini ramai orang terutama (perempuan) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan..Jelas Ustaz Abu Hassan Inai berukir ala tatu ini tidak boleh.Inai berbentuk awan larat atau bentuk gambar dikategorikan sebagai tatu. Untuk itu jika nak pakai inai, pakailah betul-betul pada hujung jari...

Semoga perkongsian ilmu ini akan membawa keberkatan kepada kita khususnya umat islam..
Adioz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

[HARI PENUH SEJARAH]

[HARI PENUH SEJARAH]
2 APRIL

[CAHAYA MATA]

[CAHAYA MATA]
Armand, Abril & Aiman