Bagi aku tak perlulah nak cakap besar ni..Nak buat apa..Ukur baju kat badan sendiri dulu ataupun cermin muka sendiri..Cerita dengan orang lain nak buat tu nak buat ni, nak beli tu nak beli ni..Untuk apa..Sedangkan kita sendiri tau mcm mana keadaan kehidupannya sendiri...Buat kene kutuk dan digelakkan oleh orang je...Depan orang buat baik, belakang orang mengutuk..
Orang pun akan mula menjauhkan diri sebab dah rasa meluat...
Perlu ke bercerita dengan orang lain..hanya untuk mendapat kepuasan..Orang tu tak tau ke effectnya kalo bercakap besar lastly akan memakan diri sendiri...Memalukan diri sendiri..Keluarga sendiri...
Andai kata apa yang dicakapnya tu takdapat ditunjukkan atau dilakukan pada orang yang diceritakannya tu...tak de rasa malu ke pada orang lain..Taktau lah kalo sikap malu tu mmg dah takda wujud dalam hidupnya...Dah hilang....
Pelik sangat pada orang yang mcm ni..seakan satu gejala ataupun wabak penyakit yang semesti ada pada sesetengah orang...Padahal orang yang betul2 boleh nak buat apa sahaja tanpa memberitahu orang lain pun tak da masa nak bercerita pada orang.Buat apa2 dengan rasa rendah diri..Orang lain pun tak sakit hati.Untuk apa nak bercerita pada orang...????Sekarang ni zaman dah berubah....bukan zaman dulu...
Jangan suka cakap ikut hawa nafsu semata2..sampai wujud nya sifat riak dalam diri sendiri....
Macam mana lah nak maju kalo sikap mcm ni masih wujud dalam diri...
Pada orang yang jenis cakap besar ni..berubahlah...Fikir sendiri mcm mana keadaan diri sendiri tu dulu...Jgn kerana mulut badan binasa...Takda manfaat sikap cakap besar ni...
Buat sesuatu tu biarlah dengan rasa rendah diri...Jangan takbur....Takda gunanya langsung...
Fikir2kanlahhh.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan