Syukur alhamdulillah, aku,Fiza dan Aiman sampai kat rumah dalam pukul 830malam tadi..Walaupun menempuh kesesakan jalan yang luar biasa sebab warga kota pulang ke kampung halaman kerana cuti selama 3 hari..Sampai je aku ke sini, terus call mak..Belum apa2 lagi mak dah bertanyakan Aiman..heheheh..Adik aku Fendi pun bertanyakan dia.
Dieorang tetiba rasa sunyi kat rumah tu sebab Aiman dan balik...
Sebelum balik tadi, sempat aku bawak Mak dan Munirah anak Mak long aku dan kedua2 orang yang aku sayangi Fiza dan Aiman ke Hospital untuk melawat Mohamad anak Mak Long aku kerana Mohamad akan menjalani pembedahan leher pada hari esok.
Selesai melawat Mohamad, kiteorang semua pergi ke TESCO untuk membeli barangan keperluan Aiman sebelum bergerak balik..
Selesai beli barang aku pun menghantar Mak aku yang tercinta pulang ke rumah. Kesedihan terpapar pada muka mak aku kerana akan berpisah dengan Aiman. Kemesraan Mak aku dan Aiman langsung tidak aku sangka sebelum ini.
Entah bila lagi Mak akan bertemu dengan Aiman kerana tak lama lagi Aiman akan balik ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak untuk sementara waktu.
Apapun aku seronok sangat pada minggu ni kerana dapat bawa Fiza dan Aiman untuk diperkenalkan pada Mak aku.
Ada rezeki nanti Insyaallah aku akan bawa Aiman kembali berjumpa dengan Nenek barunya semula.
Terima Kasih Mak...Abang sayang sangat kat Mak..Terharu sangat dengan kemesraan Mak aku kepada Fiza dan Aiman....
Itu sahaja lah ok..Lepas ni kalo Aiman datang aku nak bawa dia balik ke kampung aku...hehehehe..
Salam..
AdioZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan